Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

Author Archives: Shubhi

6 cara mulakan perniagaan walaupun tak ada duit

By | 13/02/2017

Boleh kah seseorang itu mulakan perniagaan walaupun dia tak ada duit ? Samada duit simpanan, atau duit dari hasil harta warisan, untuk dijadikan modal permulaan ? Biasanya, ramai yang percaya bahawa nak mula buat apapun, sekecil manapun, apa saja jenis perniagaan, perlu ada modal. Atas sebab itulah, maka ramai yang berikan alasan tak ada duit modal, menyebabkan dia… Read More »

Dulu Ah Long, sekarang taukeh bisnes aiskrim

By | 08/02/2017

Saya terjumpa kisah menarik tentang seorang pemuda berbangsa Cina yang dulunya seorang Ah Long beri pinjaman duit, dan sekarang menjadi taukeh bisnes aiskrim dari akhbar Focus Malaysia. Akhbar bisnes Focus ini akan saya beli sekali sekala bila terlihat ada cerita menarik tentang bisnes di negara kita. Dalam naskah Focus Malaysia edisi mingguan yang ke-214 bertarikh 17 Jan –… Read More »

Insan unik dalam diri yang anda mungkin tak sedar

By | 07/02/2017

Dah lama saya pegang dan percaya bahawa saya insan unik. Bukan saja pada diri saya, malah semua orang yang bernama manusia merupakan insan unik. Termasuk anda yang sedang membaca artikel ini, anda juga, saya amat pasti merupakan seorang insan yang unik. Insan unik, perjalanan unik Antara ayat yang saya suka ulang adalah ayat berikut, ” Cipta sejarah kehidupan… Read More »

4 tanda anda ada masalah networking dan cara selesaikannya

By | 06/02/2017

Selesaikan masalah networking, kalau nak lancar dan permudahkan perjalanan bisnes anda ! Dunia perniagaan dengan networking tidak dapat dipisahkan sama sekali. Semakin baik aktiviti networking, semakin berpotensi perniagaan anda boleh pergi jauh. Bukan saja dalam dunia perniagaan, masalah networking juga boleh membantut dunia kerjaya makan gaji anda. Saya selalu pesan pada diri sendiri dan pada kawan-kawan usahawan dan bakal… Read More »

Menguruskan kakitangan dengan konsep ‘ latih dayang jadi tentera ‘

By | 01/02/2017

Menguruskan kakitangan memang sesuatu yang amat mencabar. Majoriti usahawan tentu setuju dengan apa yang saya katakan tu. Betul tak ? Dari pencarian saya dalam bab menguruskan kakitangan ini, setakat ini saya berjumpa hanya dua pendekatan utama. Menguruskan kakitangan cara barat Majoriti besar segala buku dari barat yang saya baca, begitu juga cadangan dari pakar motivasi perniagaan barat, mengambil pendekatan… Read More »

4 tanda anda hilang fokus dan gagal urus diri, dan cara atasinya

By | 31/01/2017

Hilang fokus dan gagal urus diri andalah salah satu dari musuh besar seorang usahawan yang mahu berjaya. Bukan pada usahawan saja, malah pada semua orang yang mahu berjaya dalam apa saja lapangan yang diceburinya. Ramai usahawan tertipu dengan perkataan ‘sibuk’. Para pekerja makan gaji juga sering tertipu dengan bab sibuk ini. Malah ada juga majikan yang tertipu dengan… Read More »

Fenomena syok sendiri dan aplikasi dalam bisnes

By | 23/01/2017

Ini satu bab pada menyatakan fenomena syok sendiri dan bagaimana ianya boleh diguna pakai dalam bab perniagaan. Adapun kemudian daripada itu, ketahuilah oleh mu, dah lama tak dengar ayat begini. Masa zaman muda-muda cergas dahulu saya suka pergi beli kitab lama dan pergi tadah mengaji dengan guru-guru di masjid. Itu cerita masa kat kampung dululah. Kebanyakan kita akan… Read More »