Bengkel perniagaan hidupringkas.com bulan April 2014Alhamdulillah! selesai sudah bengkel perniagaan bulan April 2014 berlansung hari ini dengan jayanya. Bengkel kali ini saya masih kekalkan format seperti mana bengkel yang sebelum ini iaitu:

  1. Sesi pendaftaran di awal pagi antara 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi
  2. Permulaan bengkel perniagaan dengan sedikit upacara pembukaan ringkas dengan dimulai bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.
  3. Sesi penerangan berkenaan bengkel dan aturcara majlis
  4. Sesi berkenalan dan perkongsian pengalaman saya sendiri dalam mengharungi kehidupan dari mula sampai sekarang. Juga semua peserta memperkenalkan diri masing-masing dan menceritakan serba sedikit berkenaan kisah keusahawanan mereka.
  5. Rehat minum dan sarapan separa ringan.
  6. Sesi perkongsian pengalaman bersama usahawan jemputan. Kali ini saya telah menjemput salah seorang peserta paling awal yang telah menyertai bengkel sulung yang saya anjurkan. Dia merupakan seorang usahawan yang bermula daripada seorang pekerja makan gaji dan tertarik untuk jadi usahawan dan kemudiannya berhenti kerja dan mula berniaga. Naik dan turun dan sedang cuba untuk naik semula.
  7. Sesi pengenalan terhadap apa erti sebuah perniagaan dan bagaimana merangka satu perniagaan dengan cara yang betul.
  8. Sesi aplikasi yang mana para peserta mencongak semula idea perniagaan mereka samada memenuhi ciri-ciri yang dikatakan sebagai sebuah perniagaan.
  9. Sesi mempelajari bagaimana membuat kiraan dan menentukan tahap perniagaan peserta samada tidak berdaya maju, sederhana atau berpotensi tinggi untuk pergi jauh.
  10. Sesi aplikasi dengan menggunakan teknik kiraan tersebut di atas. Para peserta mula mengira potensi perniagaan mereka dan melihat keputusannya.
  11. Sesi penerangan satu persatu kesemua idea perniagaan para peserta bagaimana menggunakan semua hasil kiraan untuk samada memantapkan lagi perniagaan tersebut atau menukar model perniagaan yang sedia ada kepada model perniagaan yang lebih berdaya saing.
  12. Sesi soal jawab terbuka terhadap isu-isu keusahawanan.
  13. Bersurai.

Begitulah sesi bengkel perniagaan telah berlansung hari ini dan semua peserta akhirnya pulang dan saya amat mengharapkan semua yang telah hadir telah belajar sesuatu yang bermakna dalam meneruskan usaha mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya dan pergi jauh, sejauh yang mungkin.

Penambah baikan untuk bengkel perniagaan yang akan datang

Antara cadangan yang telah disyorkan oleh para peserta dalam borang kaji selidik bengkel perniagaan hari ini adalah untuk menjemput usahawan yang telah berjaya setelah menyertai bengkel perniagaan yang telah saya anjurkan sebelum ini.

Memang satu cadangan yang baik tetapi malangnya saya rasa amat sukar untuk saya realisasikan. Ini disebabkan jika usahawan yang telah berjaya setelah menyertai bengkel perniagaan saya, saya yakin ia bukanlah disebabkan mereka telah menyertai bengkel yang telah saya anjurkan.

Ada terlalu banyak faktor yang membuatkan seseorang usahawan itu berjaya dan sumbangan saya terhadap kejayaan mereka sebenarnya terlalu sedikit berbanding usaha gigih mereka yang telah berjaya itu. Tidak patut pula saya ambil pujian dan meletakkan sebab mereka berjaya kerana menyertai bengkel perniagaan yang telah saya anjurkan.

Bengkel perniagaan yang selanjutnya

Saya belum pasti lagi bila akan mengadakan bengkel selanjutnya selepas ini. Bergantung pada tahap kesibukan saya selepas ini. Jika ada perkara lain yang lebih utama untuk saya selesaikan, maka keutamaan akan diberikan pada kerja tersebut.

Jika anda rasa berminat untuk menyertai bengkel yang saya anjurkan ini selepas ini, sila berikan komen di ruang komen di bawah dan berikan syor bengkel apa pula yang anda semua berminat untuk saya adakan. Insyaallah akan saya cuba penuhi.

Semoga kita bertemu lagi dibengkel lain yang bakal diadakan. Sementara itu saya akan cuba fokuskan pada penulisan blog sahaja agar dapat menghidangkan penulisan dan perkongsian yang lebih menarik dan dapat meniupkan semngat keusahawanan pada para pembaca.

Penulisan perkongsian tentang kehidupan akan saya cuba tambah lebih banyak lagi dan tidak hanya fokus pada perniagaan saja. Tujuan utama blog ini lebih kepada mencari jalan untuk menjalani satu kehidupan yang ringkas serba sederhana dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Biar mati kita dikenang, kerana lebih ramai kenang jasa kita ertinya lebih banyaklah manfaat yang telah kita taburkan pada orang ramai. Saya harap, saya dipermudahkan Allah untuk mendapat kelebihan sebegitu. Insyaalah, doakan saya.

Sekian sedikit ringkasan terhadap perjalanan bengkel perniagaan bulan April kali ini. Insyaallah akan ada lagi bengkel lain yang lebih mantap dan lebih ramai penyertaannya. Jangan lupa berikan komen di ruang komen bawah dan nyatakan jenis bengkel perniagaan apa yang anda berminat.

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Semoga tuan Shubhi di beri kesihatan yang baik dan panjang umur untuk berbakti demi kehidupan yang ringkas buat semua. Berjaya dunia akhirat.

    1. bermula berniaga untuk menjadi usahawan. bagaimana kalau tidak ada modal.Sukses selalu menyertai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge