Basikal elektrik yang diggunakan oleh GoApe untuk memberi perkhidmatan penghantaran makanan

Kuala Lumpur, 28 April 2020 – GoApe melancarkan kempen Equity Crowdfunding (“ECF”) di platform Ata Plus dengan rasminya pada hari ini.

Sasaran GoApe adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM3 juta untuk pulangan 13% pegangan ekuiti dalam syarikat. Para pelabur juga ditawarkan bayaran dividen yang menarik selepas tiga tahun.

GoApe merupakan sebuah platform penghantaran makanan atas talian untuk Industri Makanan & Minuman (Food & Beverage/F&B) yang mempraktikkan amalan hijau dan tanggungjawab sosial.

Dengan harapan untuk mengurangkan hasil pencemaran daripada proses penghantaran, di mana GoApe menggunakan basikal elektrik sebagai alat pengangkutan perkhimatan untuk menggantikan motosikal yang menggunakan minyak petrol.

Pengurangan kos operasi juga amat ketara dengan penggunaan basikal elektrik berbanding motosikal.

Syarikat ini bukan sahaja menggunakan data dan teknologi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka secara lestari, malah mereka juga setanding pesaing-pesaing mereka.

Penekanan syarikat ini dalam penggunaan teknologi dapat dilihat melalui strategi dalam pembentukan dan pembinaan sebuah platform yang menggunakan pengesanan GPS, analisis data, dan ‘artificial intelligence’ atau AI dalam menambah baik operasi dan mengurangkan kesan carbon footprint.

GoApe juga mahu menyumbang ke arah ekosistem rantaian makanan yang mengh

Shirley Tan, CEO GoApe

ubungkan para petani secara terus kepada peniaga tanpa bergantung kepada orang tengah.

GoApe dapat merapatkan jurang antara pasar-pasar tani dan restoran-restoran dengan meramal permintaan bahan makanan pada masa akan datang.

Sejak pelancarannya pada 2018, GoApe telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan setelah berjaya mendaftar seramai 132 peniaga dan restoran.

Dana yang terkumpul melalui ECF akan digunakan untuk menambah baik teknologi aplikasi mereka dan selebihnya untuk operasi dan pemasaran.

Shirley Tan, CEO GoApe amat teruja dengan potensi impak aplikasi penghantaran makanan ini.

“GoApe bukan sahaja berusaha untuk menyediakan pelbagai pilihan makanan yang berkualiti kepada para pelanggan kami, malah kami juga melaksanakannya secara lestari dan menghubungkan mereka terus kepada para petani dan dengan sekali gus menambah baik hasil pendapatan petani-petani kecil,” kata Shirley.

Kyri Andreou, Pengarah dan Pengasas Bersama Ata Plus

Pengarah dan Pengasas Bersama Ata Plus, Kyri Andreou berasa positif dengan pelancaran platform penghantaran secara atas talian GoApe.

“Perniagaan penghantaran makanan telah menjadi satu sektor yang sedang berkembang pesat dalam perniagaan F&B di Malaysia dan permintaan perkhidmatan ini semakin meningkat sejak pandemik Covid-19 berlaku,” kata Kyri.

“Pencapaian tahap kelestarian adalah sesuatu yang harus kita semua usahakan dengan permintaan yang sedia ada ini. Dengan pelaburan di GoApe, para pelabur ECF berada di posisi yang boleh memberi impak yang berkekalan dengan GoApe,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat ini atau maklumat pelaburan, sila layari https://ata-plus.com/deals/goape.

 Mengenai Ata Plus Sdn Bhd

Ata Plus Sdn Bhd merupakan platform pendanaan masyarakat berasaskan ekuiti (equity crowdfunding atau ECF) dalam talian yang memadankan perniagaan yang inginkan pertumbuhan dan pendanaan dengan para pelabur yang berminat untuk membina syarikat bertaraf dunia yang mampan.

Ata Plus adalah Pengendali Pasaran yang dikenalpasti dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak bulan Jun 2015. Matlamat Ata Plus adalah untuk :

  • Menyediakan saluran pengumpulan dana yang efisien dan inovatif kepada syarikat PKS dan permulaan (start-ups)
  • Menawarkan aliran perjanjian (deal flow) yang berkualiti, berpotensi tinggi dan sah kepada komuniti pelabur
  • Mengendalikan platform ECF yang telus dan profesional yang mengimbangi pengurusan risiko dan pematuhan melalui proses yang efisien

Laman web: www.ata-plus.com

Mengenai GoApe

GoApe adalah sebuah platform dari ladang-ke-meja atau farm-to-table yang baru yang menawarkan yang menyediakan solusi kelestarian kepada sektor F&B dengan bekerjasama dengan para petani, restoran-restoran dan para peniaga; menggunakan basikal elektrik yang bukan sahaja menijmatkan kos bahkan mengurangkan pengeluaran CO2. GoApe adalah satu app milik syarikat Gowlat Delivery Sdn Bhd.

Laman web: www.goape.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Elain Lockman
Ata Plus Sdn Bhd
elain@ata-plus.com
Mobile: +6012-209 5378

Dexter Tan
Gowlat Delivery Sdn Bhd
dtgroup@qq.com
Mobile: +6019-6021313

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge