Category Archives: Tabiat

4 tanda anda dah hilang semangat dan cara atasinya

By | 16/01/2017

Macam mana nak tahu bahawa anda merupakan seorang usahawan yang dah hilang semangat? Ini satu isu yang asas dan paling penting untuk diperhatikan, dalam memastikan perniagaan yang anda bina berjaya sebagaimana yang diharapkan. Sejak mula berusaha untuk kongsikan sedikit pengalaman yang ada, pada usahawan kecil lain diluar sana, dah ramai juga usahawan yang saya jumpa. Saya dan kawan-kawan lain… Read More »

12 perkara yang buat anda tidak punya semangat tinggi

By | 11/01/2017

Untuk kekal momentum kehidupan yang lebih baik, kita semua perlu punya semangat tinggi yang maksimum sepanjang masa. Tambah lah lagi jika anda merupakan seorang usahawan, sudah tentu anda amat perlukan semangat tinggi untuk mengharungi segala cabaran yang sentiasa datang dari berbagai sudut. Untuk pastikan anda sentiasa punya semangat yang tinggi, pastikan 12 perkara berikut tidak menjadi tabiat atau amalan… Read More »

Masuk 5 tahun blog Hidupringkas, Selamat Tahun Baru !

By | 31/12/2016

Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun usia blog hidupringkas ini. Saya mula buat dan menulis artikel di blog hidupringkas.com ini pada bulan Januari tahun 2012. Ia dimulakan dengan menggunakan platform blogspot pada masa itu. Kemudiannya dipindahkan ke wordpress yang punya lebih banyak fungsi pilihan yang menarik. Masa mula tulis dahulu, tak ada orang yang kenal blog ini.… Read More »

10 pendekatan amalan buat kerja sedikit dapat hasil banyak

By | 19/12/2016

Bagi mereka yang kenal, tentu tahu betapa minatnya saya mencari pendekatan terbaik untuk amalkan konsep buat kerja sedikit tapi dapatkan hasil pulangan yang banyak, dari kerja yang dilakukan itu. Atas dorongan itu juga saya buat blog hidup ringkas ini. Ianya untuk dijadikan sebagai landasan mencari pendekatan tersebut secara konsisten. Matlamat besarnya adalah untuk diri sendiri. Bila nak kena… Read More »

Merancang kehidupan yang lebih baik amat perlu kalau nak maju

By | 14/12/2016

Siapa yang tak mahu sebuah kehidupan yang lebih baik daripada apa yang dia ada sekarang ? Jika ditanya soalan tersebut pada semua orang, tentu semua akan mengiyakannya. Cuma jika ditanya lebih lanjut lagi, apa yang dia maksudkan terhadap sebuah ‘kehidupan yang lebih baik’ itu, mungkin ada ramai yang akan terfikir sejenak. Jika anda sedang terfikir sekarang, jawapan yang… Read More »

Tak boleh ada 2 jaguh dalam satu masa, bisnes pun macam tu juga

By | 05/12/2016

Dalam bab tak boleh ada 2 jaguh dalam satu masa ini, saya teringat zaman ketika berada di negara Perancis satu ketika dahulu. Saya tinggal di Montpellier, France antara tahun 1989 hingga tahun 1993. Untuk membolehkan saya berkomukasi dan berinteraksi dengan orang Perancis, mahu tak mahu saya perlu kuasai Bahasa Perancis. Bila dah sampai dan duduk di sana, saya… Read More »

Tubuhkan mastermind group untuk percepatkan kejayaan anda

By | 28/11/2016

Mungkin ramai yang dah pernah dengar tentang mastermind group. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Napoleon Hill pada tahun 1925. Kalau anda pernah baca buku tulisan Napoleon Hill, dan saya yakin ramai dari kalangan pembaca blog ini yang ada simpan koleksi buku tulisan beliau, tentu dah ada idea betapa mastermind group ini bagus untuk perkembangan diri anda sendiri dan… Read More »