Tak lama lagi negara China akan kuasai industri automotif dunia mengatasi semua gergasi lama yang dah lama memegang kuasa.

Dalam ekspo industri automotif yang berlansung di Frankfurt baru-baru ini, anda boleh saksikan hampir kesemua pembuat jenama-jenama kenderaan besar dunia menonjolkan konsep kenderaan eletrik masing-masing.

Menurut laporan, dalam ekspo tersebut, pelopor dan pembuat kenderaan eletrik yang amat terkenal dunia seperti Nissan dan Tesla hampir tenggelam dek banyaknya pembuat-pembuat kenderaan lain yang turut sama menonjolkan kehebatan mereka.

Apa yang boleh dirumuskan daripada semua perkembangan teknologi kenderaan cekap tenaga yang berorintasikan eletrik itu, negara China nampaknya bakal menerajui industri automotif dunia tidak lama lagi.

Negara China dalam masa tak lama lagi bakal tenggelamkan jenama-jenama besar dunia automotif selama ini yang kebanyakannya berpusat di Eropah dan Amerika. Dan ada 5 sebab kenapa negara China akan menguasai industri automotif dunia selepas ini.

1. Strategi industri automotif negara China

Negara China telah buat keptusan bahawa teknologi yang akan ditekankan dalam industri automotif negara mereka adalah teknologi elektrik. Mereka nekad untuk menggunakan sistem pengangkutan berasaskan elektrik di seluruh negara mereka.

Impian ini saja bakal membuatkan negara China mampu melaksanakan pendekatan teknologi elektrik secara menyeluruh jauh lebih pantas dan cekap berbanding kesemua negara lain di dunia.

Mereka berikan perhatian penuh dan serius dalam pembinaan bateri lithium-ion. Begitu juga penekanan terhadap semua bahan mentah yang diperlukan dalam merealisasikan tenaga eletrik untuk kenderaan.

China sasarkan untuk mengadakan sebanyak 4.3 juta stesen mengecas kuasa persendirian dan sebanyak 0.5 juta sistem awam untuk tujuan yang sama menjelang tahun 2020 nanti.

Bukan itu saja, malah negara China sasarkan untuk mula mengeksport sebanyak mungkin kenderaan berautonomi pandu sendiri berserta teknologinya menjelang tahun 2025 secara besar-besaran. Usaha giat sedang dijalankan untuk merealisasikan semua itu.

2. Tiada kekangan legasi teknologi lama

Negara China amat baru dalam dunia industri automotif ini beranding semua negara lain yang dah lama menguasai teknologi lama dalam industri automotif. Negara lain terikat dengan teknologi enjin lama mereka dan masih cuba untuk kekalkan legasi itu selama mungkin.

Hasil dari cubaan kekalkan legasi lama, akan wujud banyak masalah birokrasi dalaman. Perubahan akan berlaku dengan lembab dan masalah terlalu yakin sedang menghantui para juara dunia automotif barat dan Jepun.

Semua itu tiada di negara China. Alang-alang menceburkan diri dalam dunia automotif, lebih baik terjun terus kepada arah baru teknologi pengangkutan dunia. Dengan saiz pasaran penduduk mereka sendiri, mampu membuatkan semua usaha itu berjaya dengan lebih pantas dan akhirnya akan tenggelamkan semua negara lain.

3. Lambakan tenaga kemahiran berbakat

Dalam tempoh satu tahun, negara China hasilkan seramai 360,000 tenaga jurutera berkemahiran. Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi beranding jumlah yang dikeluarkan oleh negara Jepun, Amerika dan Jerman dicampur sekali secara gabungan.

Dan paling penting semuanya memberikan tumpuan yang menjurus ke arah teknologi masa depan dalam dunia automobil.

Banyak penubuhan bisnes-bisnes baru yang berorientasikan teknologi automotif cekap tenaga berlaku di negara China. Mereka semakin berjaya menarik bakat-bakat hebat dalam dunia automobil dari seluruh dunia untuk menyertai syarikat di China. Malah syarikat-syarikat baru ini berjaya menarik lambakan modal yang banyak masuk ke negara China bagi membangunkan teknologi ini.

Antara syarikat baru yang menonjol adalah seperti Faraday Future. Syarikat ini banyak menarik bakat-bakat hebat dari BMW masuk mentertai mereka. Syarikat NextEV pula telah mengambil ketua sekabentuknya dari Porsche. Terdapat sekurang-kurang 15 syarikat baru dalam industri automotif cekap tenaga yang berjaya mendapat dana yang banyak di China.

4. Lambakan modal kewangan dan maklumat

Dalam bab dana kewangan untuk pelaburan terhadap generasi baru kenderaan ini, China memang lansung tak ada masalah. Mereka ada banyak duit untuk membeli kemahiran dan membuat pelaburan dalam industri automotif. Semua orang tahu bahawa Volvo, MG dan Lotus dah jadi milik warga China. Sedikit dari saham Peugeot juga telah dimiliki oleh syarikat pembuatan automotif DongFeng.

Maklumat yang banyak dan tepat juga amat diperlukan dalam membina sistem kenderaan autonomi yang cekap dan selamat. Negara China ada kesemua maklumat ini berdasarkan apa yang telah mereka bina selama ini.

Negara China sudah lama menggunakan sistem motosikal cekap tenaga. Motosikal eletrik sudah digunakan pakai sejak lama di sana dan ada sejumlah 250 juta buah kenderaan motoskal eletrik di China. Kesemua motosikal itu sudah biasa mengecas motor mereka setiap hari.

Ertinya mereka dah ada pengaaman yang meluas dan data yang cukup banyak. Malah rakyat negara China juga dah amat ramai yang celik digital. Bayangkan terdapat seramai 750 juta pengguna telefon pintar di China!

Dan paling penting rakyat China tidak terikat dengan berbagai akta privasi seperti di negara Eropah dan Amerika. Semua maklumat rakyat China boleh dipantau oleh kerajaannya. Membuatkan lambakan maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan sistem yang cekap dan selamat untuk kegunaan orang ramai.

5. Pemegang kepentingan industri yang bertahan

Syarikat-syarikat seperti Ford, Bosch, Daimler dan lain-lain lagi dah terlalu lama menguasai industri automotif ini di seluruh dunia. Mereka sudah terlalu lama berkuasa dalam dunia industri automotif dan sudah berkarat dengan segala birokrasi.

Proses membuat keputusan juga sudah menjadi terlalu kompleks dan sukar. Ini semua membuatkan proses membuat perubahan menjadi terlalu sukar dan lembab. Selama ini mereka berusaha menggunakan pengaruh mereka dalam memperlahankan perubahan kepada sistem dan teknologi baru.

Mereka cuba bertahan dan buat apa saja termasuk mempengaruhi peraturan dan undang-undang demi untuk terus berkuasa dalam industri dengan cara yang lama. Itulah kerja mereka yang paling penting sekarang dan akan terus cuba kekal begitu tak mahu berubah dengan cepat.

Sejarah sudah banyak membuktikan betapa gergasi-gergasi besar dalam dunia perniagaan akhirnya tumbang apabila pintu gerbang perubahan terbuka luas kepada perubahan baru. Dan gergasi baru akan muncul untuk menguasai dunia yang sudah berubah.

Pendapat yang saya kongsikan kat atas itu adalah pendapat yang diberikan oleh Gerard Reid, Co-Founder Alexa Capital: Empowering Change in the Worlds of Energy and Mobility

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge