Kaya pun tak mau, pandaipun tak mau! habis nak jadi apa?

By | 08/01/2013

Bukan seorang dua yang menyebut ayat di atas, malah lebih daripada itu. Semuanya di kalangan kawan-kawan yang saya kenal. Ada juga di kalangan mereka yang baru saya kenal. mereka juga selesa untuk mengulangi ayat yang sama.

Saya tak pasti tentang para pembaca. Saya juga tertanya-tanya mungkin anda yang sedang membaca tulisan ini juga menganut falsafah yang sama?.

Apa yang saya pasti adalah, semua yang mengulangi ayat tersebut memang benar-benar tidak kaya. Mereka sekadar jadi warga biasa yang hanya mampu menyara kehidupan diri sendiri dan anak serta isteri.

Orang yang sama juga, yang mengulang ayat tersebut tidak punya pencapaian yang baik dalam bidang keilmuan. Mereka juga tidak menjadi tempat bergantung orang lain sebagai tempat rujukan masalah serta hukum hakam agama.

Ringkasnya mereka:

  • Tidak ke mana dalam bab ilmu sains
  • Tidak ke mana dalam ilmu agama
  • Tidak ke mana dalam bab kekayaan
Persoalannya, wahai saudara-saudara Islam ku di luar sana, kenapakah kamu terlalu mementingkan diri sendiri? 
  • Kamu belajar ilmu sekadar untuk kegunaan sendiri
  • Kamu belajar agama sekadar untuk lepas masalah diri
  • kamu cari kekayaan sekadar untuk kegunaan sendiri.
Apakah begitu anutan yang perlu dianuti oleh semua umat Islam?
Jika jawapannya tidak, maka sila pilih sesuatu untuk anda mendalami dan menempa kejayaan dalam kehidupan anda yang singkat ini.
Jika keusahawanan yang anda pilih, binalah sebesar-besarnya, untuk anda dan juga untuk masyarakat. Bukan pentingkan diri sekadar untuk lepas anak bini dan yang lain biarkan mereka mampus usaha sendiri!
Jika anda ustaz, jadilah ilmuan sekurang-kurangnya ke tahap Mujtahid. Biarlah anda menjadi rujukan di mana saja anda tinggal. Bukannya sekadar tahu serba sedikit untuk anak bini saja. 
Jika anda ahli sains, jadilah pakar yang menyumbang kepada masyarakat dengan kemudahan teknologi yang baik. Biarlah anda mampu menjadi tempat berlindung dan pusat berteduh mereka yang ada di sekeliling anda. jangan sekadar tahu serba sedikit khas untuk anak bini anda saja!
Oleh itu, bagi para usahawan, janganlah segan silu menyatakan azam dan tekad anda untuk berjaya. Saya yakin anda pilih keusahawanan kerana anda bukanlah seorang ulama.
Kalau anda tak boleh berikan sumbangan ilmu sebagai seorang ulama, maka berilah sumbangan lain yang mampu anda lakukan, berilah sumbangan ekonomi pada umat Islam!
Selepas ini diharapkan tiada lagi pembaca yang sekadar mahu menyorok dan menjalani kehidupan sendiri tanpa sedikitpun memikirkan tentang apa nasib saudara sekeliling kita! Bangun dan jadilah penyumbang yang hebat.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Kaya pun tak mau, pandaipun tak mau! habis nak jadi apa?

  1. Anonymous

    Benar sekali, sungguh membuka mata kata-kata di atas. saya seringkali bingung akan tujuan hidup saya. apapun, saya percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. semoga saya, anda, dan pembaca semua berjaya dunia akhirat, Aameen

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge