Perangkap kepercayaan karut dalam kejayaan

By | 07/03/2013

Siapa yang tak pernah bercakap tentang kejayaan?

Tak ada mana-mana manusia normal yang tak pernah bincang atau sebut perkara yang menyentuh kejayaan ini.

Semua orang mahu berjaya berdasarkan takrif masing-masing terhadap kejayaan.

Secara umumnya, kebanyakan daripada kita mengejar kejayaan. Tetapi samada sedar atau tidak, kejayaan diimpikan kerana ia menjanjikan 4 perkara:

  1. Wang ringgit yang banyak. Ini tak payah diterangkan. Budak sekolah rendahpun tahu kelebihan miliki banyak duit
  2. Kedudukan. Banglow besar di lokasi berprestij. Kereta besar, pangkat besar, pejabat besar dan seumpamanya merupakan idaman majoriti manusia walaupun seseorang itu dalam keadaan menggemis di jalanan.
  3. Pangkat. Dari zaman Firaun hingga kini, manusia tak akan melepaskan peluang jika diberikan pangkat. malah ada yang sanggup sabotaj dan lakukan apa saja jika dijanjikan kenaikan pangkat yang gilang gemilang.
  4. Populariti. Ada manusia yang bersusah payah semata-mata untuk mengecapi populariti. Panjat gunung tertinggi dunia. Melalak atas pentas, berdemo atas jalanraya, keluarkan kenyataan kontroversi dan sebagainya menjanjikan populariti. Walaupun diri sendiri sengsara, segalanya sanggup diharungi bila dirinya dikagumi ramai.
Anda boleh cakap apa saja untuk menafikan bahawa ke-4 perkara di atas bukan apa yang anda cari. Tapi jauh di sanubari, sedar atau tidak itulah yang membuatkan anda tersenyum puas ketika berangan-angan seorang diri.
Tak payah segan dan silu, akui saja kerana sedikit sebanyak motivasi itu yang membuatkan anda melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Manusia memang sikapnya lebih terdorong kejar perkara yang boleh dilihat.
Dengan adanya keempat-empat perkara tersebut, kita biasanya dapat mengukur tahap kejayaan yang telah dikecapi. Apabila seseorang berjaya memiliki kesemua perkara tersebut, dia sendiri tahu yang dia dikatakan berjaya. Orang lain juga akui itu tandanya seseorang telah berjaya.
Perangkap mula terbina bila berjaya
Apabila kejayaan dicapai, kita akan meletakkan puncanya pada cara berfikir dan juga cara bertindak yang telah kita amalkan selama ini. Kita yakin penuh dengan cara tersebutlah kita berjaya.
Dengan keyakinan itulah membuatkan orang yang menjadi jutawan sesekali tidak akan mendengar nasihat daripada orang yang miskin. Bayangkan sikap seseorang yang kaya raya memberikan nasihat pada seorang jutawan bahawa sikapnya tak betul dalam melayan orang bawahnya!
Takkan nak dengar nasihat bagaimana cara menguruskan orang bawah daripada mereka yang tidak berjaya, kalau betul cara mereka, sudah tentu mereka sekurangnya sama berjaya dengan kedudukan aku?. Itulah soalan logik yang bermain di kepala orang berjaya.
Dari situ satu kepercayaan karut mula terbentuk. Kepercayaan karut bukan saja bermakna percaya pada bomoh untuk berjaya dalam perniagaan. Ia bukan saja bermakna ikat taring harimau pada kedai untuk dijadikan pelaris. Apatah lagi dengan mengamalkannya, perniagaan kita tetiba bergerak maju.
Kepercayaan karut juga bermakna kita percaya dengan sikap buruk kita itulah yang membuatkan kita berjaya. Antaranya adalah:
  • Kedekut piang
  • Panas baran dan mulut ringan mencrut dan memaki hamun
  • Keras kepala
  • Idea aku saja yang betul
  • Rasuah
  • Menipu bila ada peluang dan berusaha menipu jika tak ada peluang.
  • Tidak jujur dalam urusan perniagaan
  • Tamak haloba
  • Dengki
  • Dan lain-lain
Anda tentu pernah dengar cakap-cakap dikalangan kontraktor kerajaan seperti, “untuk dapat projek, perlu suap pegawai. Itu tak boleh elak”. Amalan tersebut diamalkan secara meluas dan terbukti ia menghasilkan ramai kontraktor ¬†yang berjaya. Maka terbentuklah kepercayaan karut bahawa sikapnya itu betul!.
Anda juga tentu pernah dengar jutawan berpangkat besar dan berpengaruh yang bersikap biadap dan kejam serta bengis. Panggil orang bawahan seperti haiwan. Mensyuarat dengan orang bawahannya ketika dia berak di dalam tandas dan biarkan mereka tunggu terketar-ketar diluar pintu jamban sambil buat laporan.
Untuk mengubah kesemua itu, terlalu sukar kerana mereka percaya sikap sebegitu betul. Buktinya ia menghasilkan kejayaan. Bukan senang nak ubah melainkan bila dia dilanda musibah baru nak mengadah.
Ringkasnya, jika anda terlah berjaya tidak bermakna kesemua yang anda lakukan menjadi punca kejayaan tersebut. Kerana percayalah bahawa asasnya adalah dengan izin Allah jua.
Segala perkara buruk yang dilarang agama, tetap perlu dibuang walau apa alasan sekalipun. Jika anda berjaya selama ini tapi masih banyak sikap buruk berkarat dalam diri, dengan mengubah dan membuangnya Insyallah ia akan membawa kejayaan yang lebih tinggi lagi.

“Kejayaan sebenar adalah membaiki diri sesempurna mungkin dengan melazimkan diri kepada segala amalan serta akhlak terpuji sehinggalah maut datang menghampiri. Oleh itu jangan terperangkap dengan kepercayan karut apabila kita telah berjaya.”

Moga anda faham apa yang cuba saya sampaikan dan sama-samalah kita amalkannya. Insyallah.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Perangkap kepercayaan karut dalam kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge