Tertipu dengan titik mula dan akhir

By | 13/10/2012

Kenapa ramai sangat yang mengidam nak jadi usahawan? kenapa ramai yang mengidam jadi artis? kenapa ramai yang mengidam nak jadi Einstein? kenapa ramai yang mengidam jadi penulis terkenal? kenapa ramai mengidam nak jadi ulama besar? kenapa ramai mengidam nak jadi Lionel Messi? ……….

Di mana saja kedudukan kita sekarang, kebanyakan daripada kita punya sesuatu yang diidamkan. Idaman banyak dipengaruhi oleh mereka yang telah berjaya. Kita sanggup berhabisan untuk meniru gaya hidup orang yang kita gilakan tersebut.

Masalahnya adalah apa yang kita lihat yang ditafsirkan sebagai berjaya itu kebiasaannya hanyalah titik akhir. Apa yang kita tiru itu adalah keputusan dari sebuah pengorbanan, jatuh dan bangun yang panjang ceritanya. Itu yang kebanyakan dari kita tidak nampak.

Kita juga biasanya didedahkan dengan titik mula. Atau kita sendiri menyaksikan titik mula seseorang yang berjaya jauh meninggalkan kita lalu kita merasakan mudahnya dia berjaya. Ringkasnya kita hanya peka dengan titik mula dan titik akhir sahaja.

Tidak hairanlah bila kita rasakan kita juga mampu mengikuti jejak langkah mereka yang berjaya, setelah melakukan terjunan, berakhir dengan pusingan U-Turn. Itu disebabkan perjalanan yang diambil menyebabkan kita terserempak dengan beribu-ribu lagi titik dan majoritinya adalah pahit dan menakutkan.

Apabila kita terkejut biawak dengan realiti itu, maka kita mula berfikir panjang samada mahu meneruskannya atau tidak. Tanpa jiwa kental, kita akan buat pusingan U, dengan jiwa kental kita akan terus meredah. Di saat itu, kita juga akan membina satu lagi ilusi baru pada orang lain.

Orang mula merakamkan kejayaan kita, mereka melihat satu lagi ilusi titik mula dan juga titik akhir….

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge