Usahawan merdeka

By | 31/08/2013

Bendera MalaysiaKenapa anda jadi usahawan? apakah anda mahu jadi usahawan merdeka?

Antara sebab paling popular kenapa ramai usahawan berhenti kerja makan gaji dan berniaga adalah untuk mengecapi kemerdekaan.

Usahawan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding mereka yang makan gaji dari segi masa dan tindakan.

Menjadi usahawan bermakna mereka bebas merdeka untuk mencatur aktiviti serta matlamat mereka sendiri. Tidak ada lagi boss di atas yang memberikan arahan itu boleh dan ini tidak boleh.

Atas faktor kemerdekaan itulah membuatkan ramai orang yang meleleh air liur untuk mengusahakan perniagaannya sendiri.

Namun begitu, ada banyak lagi perkara yang usahawan perlu bebaskan dirinya menjadi merdeka, jika para usahawan mahu berjaya dan tidak merasa kecewa dengan keputusannya untuk terjun berniaga.

Berikut beberapa senarai yang boleh difikirkan oleh para usahawan untuk membebaskan diri mereka dan menjadi usahawan merdeka:

  1. Untuk berjaya dan mengumpulkan kekuatan untuk berhenti kerja dan berniaga, para usahawan atau lebih tepat lagi bakal usahawan perlu bebaskan dirinya daripada perasaan ketakutan. Hanya mereka yang merdeka dari ketakutan kepada makhluk sahaja akan berani berdikari. Usahawan merdeka hanya meletakkan ketakutan pada Allah.
  2. Usahawan juga perlu merdekakan dirinya daripada risau menghadapi kritikan orang ramai termasuklah keluarga atau sahabat handainya. Risau dengan kritikan walaupun nampak kecil merupakan salah satu faktor paling besar yang menghalang usahawan untuk berjaya.
  3. Usahawan juga perlu bebaskan dirinya daripada terikut-ikut gaya atau kehidupan usahawan lain yang berbeza hasil pendapatan serta kemahiran berbanding dengan dirinya. Jika usahawan tidak merdeka dari segi itu, maka apa saja orang lain buat dia turut sama nak buat. Padang di seberang sering kelihatan lebih hijau daripada padang di mana dia berada.
  4. Usahawan juga perlu bebas merdeka dari sikap ego yang keterlaluan sehingga tunjuk ajar atau cadangan orang lain dirasakan tidak bernilai. Untuk berjaya para usahawan perlu seimbangkan antara yakin dengan bersikap terbuka dengan perkara baru bagi mencapai matlamat yang lebih besar.
  5. Usahawan juga perlu bebas merdeka daripada terikut dengan kebiasaan amalan orang lain. Berani mencuba cara baru atau berfikir diluar kotak amat membantu untuk kita pergi jauh. Salah satu sebab yang penting membuatkan ramai usahawan melonjak naik ada lah dengan mengamalkan prinsip melangar kebiasaan. Orang putih kata Break all the rules!.
  6. Asas kemerdekaan bagi seorang usahawan sebaik sahaja dia membuat keputusan berhenti kerja makan gaji dan berniaga adalah meletakkan harapan satu-satunya hanya kepada Tuhan yang Maha Esa. Usahawan akan sedar bahawa ketika itu orang yang memasukkan duit ke dalam akaunnya bukan lagi majikan. Orang yang akan menjadi pelanggannya bukan lagi disebabkan oleh kehebatan syarikatnya atau kepakaran usahanya. Sebaliknya semua itu adalah rezki dari Tuhan yang telah ditetapkan sebaik saja ditiupkan roh pada tubuhnya.

Jika usahawan itu seorang yang beriman, dia sebenarnya lebih hampir kepada Tuhannya…dalam keadaan itu dia mengecapi erti kemerdekaan sebenar.

“Kemerdekaan mutlak bagi seorang manusia adalah bilamana dia memperhambakan dirinya hanya pada Allah. Tuhan semesta alam, Tuhan yang menyelamatkan Musa dari Firaun, Tuhan yang menyelamatkan Nabi Nuh dari banjir besar, Tuhan yang menyelamatkan Ibrahim dari api…..adakah anda masih ragu-ragu dengan Tuhan itu?”

28 thoughts on “Usahawan merdeka

  1. mhj

    Ingin berhenti kerja untuk memulakan langkah jadi usahawan tetapi hati sentiasa terlintas kenapa tidak bersyukur dengan kerja yang telah dianugerahkan olehNya…..Bagaimanaye?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Itu bukanlah satu pemikiran yang salah kerana menjadi usahawan hanyalah satu Fardu Kifayah bukannya Fardu Ain.

      Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja biasanya mengambil tanggung jawab melaksanakan Fardu Kifayah ini.

      Lihat mereka yang menjadi AJK Masjid atau surau, segelintir saja, lihat tugasan selenggara mayat, hanya segelintir saja, lihat ilmuan agama, ilmua sains, ilmuan matematik…hanya segelintir saja.

      Lihat juga CEO Islam, pakar perang Islam, pakar bedah, pakar puan, dan sebagainya…hanya segelintir saja yang sambut seruan Fardu Kifayah.

      Begitu jugalah menjadi usahawan berjaya seperti Syed Mokhtar, Mydin, Al-Ikhsan, Abrar, KPJ,…dlll…

      Sekali lagi ditegaskan…ia hanyalah Fardu Kifayah…hanya untuk mereka yang berjiwa besar sahaja yang sanggup menggalas tugas umah…Wallahu’alam!

      Reply
  2. Joe

    Tak tahulah kalau dapat ke tak nak jayakan bende macam nie. Skrg nie masih buat research. Tengok lah dalam 2 3 tahun lagi, mungkin jadi usahawan kot…
    Joe recently posted…Buat Duit Dengan EbayMy Profile

    Reply
  3. MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH

    Ya betul sememangnya itu lah maksud kenapa is pun menjadi usahawan, hehehehe, is nak tanya kelab ini ada ker menawarkan loan atau apa sahaja yang berkaitan dengan modal tambahan? is pernah jumpa satu site, tapi is terlewat sebelum puasa dorang buat, dorang kasi kursus, lepas tu modal 50k takpayah pulang balik lepastu siap kasi duit tambang untuk ke kursus kalau duduk jauh.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH recently posted…KDN Dapat 49 Kumpulan Kongsi GelapMy Profile

    Reply
  4. ahmadyani

    Ketakutan pada saya adalah sebab terbesar kenapa seseorang masih tidak mahu membebaskan diri dan meraih kemerdekaan sebagai seorang usahawan.
    ahmadyani recently posted…Siti – Isu PerdanaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge