Salah satu gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan adalah, elakkan duduk. Semakin kurang anda duduk, semakin meningkat kesihatan anda.

Apakah anda mengalami masalah duduk?, berapa jam anda duduk dalam masa satu hari?. Tahukan anda bahawa duduk merupakan satu masalah yang perlu dielakkan sebaik mungkin?.

Banyak penyakit yang menimpa manusia moden sekarang ini berpunca daripada masalah duduk. Dari situ, duduk memainkan peranan yang besar dalam mengamalkan gaya hidup sihat kita.

Itulah maklumat menarik yang saya dapat daripada buku terbaru yang sedang saya baca sekarang bertajuk, Eat Move Sleep tulisan Tom Rath.

Berikut beberapa fakta ringkas menyentuh masalah duduk:

  1. Di seluruh dunia sekarang ini, ketiadaan aktiviti atau duduk saja membunuh manusia jauh lebih ramai daripada merokok.
  2. Duduk dalam jumlah masa 6 jam sehari meningkatkan risiko anda untuk mati awal dengan banyak sekali (Insyaallah).
  3. Tidak kira berapa kerap anda bersenam, jaga makan, tidak merokok dan tambahan apa saja gaya hidup sihat, banyak atau berlebihan duduk tetap membahayakan kesihatan anda.
  4. Duduk juga merupakan faktor anda menjadi gemuk. Jumlah manusia duduk semakin hari semakin meningkat sedangkan jumlah bersenam kekal sama sejak dulu hingga sekarang.
  5. Menurut seorang pakat diabetes, berlebihan duduk menyumbang risiko kesihatan yang sama dengan merokok.
  6. Sebaik saja anda duduk, keseluruhan aktiviti kerja pada anggota kaki anda terus berhenti. Jumlah pembakaran kalori badan anda menurun kepada hanya satu kalori/seminit.
  7. Sebaik saja anda duduk juga membuatkan enzim membakar lemak anda menurun sebanyak 90%.
  8. Selepas duduk selama dua jam, jumlah kolestrol baik anda menjunam turun sebanyak 20%.
  9. Pekerja yang bekerja di depan meja atas kerusi mengalami masalah serangan jantung dua kali ganda daripada orang lain.
  10. Sebaik saja anda berdiri daripada duduk, tenaga anda akan mula meningkat. Berjalan kaki boleh meningkatkan tenaga anda sebanyak 150%. Menggunakan tangga berbanding lif meningkatkan tenaga anda sebanyak 200%.

Melihat pada fakta ringkas di atas berkenaan duduk, tidakkah anda rasa bahawa menjadikan kurang duduk sebagai satu gaya hidup sihat anda adalah cukup penting dan bermakna?.

Oleh itu jangan lihat duduk sebagai sesuatu yang aman dan menyenangkan. Sebaliknya lihatlah duduk sebagai satu penyakit. Hindarkan diri anda dari masalah duduk sekarang juga. Jadikan ‘tidak duduk’ sebagai salah satu dari gaya hidup sihat anda.

Ada banyak cara untuk anda lakukannya:

  1. Kurangkan duduk di dalam kenderaan. Anda boleh letakkan kereta anda jauh daripada lokasi yang anda mahu pegi agar boleh berjalan kaki.
  2. Kurangkan duduk di rumah. Lihat TV dengan berdiri, basuh pinggan, sidai pakaian, berfikir atau berbual dengan orang rumah sambil berdiri.
  3. Berdiri dan pusing keliling kerusi anda setiap kali anda telah duduk selama satu jam. Keluar ambil angin di taman atau seumpamanya sebelum duduk semula meneruskan kerja.
  4. Jangan gunakan telefon untuk menghubungi kawan, sebaliknya berjalan kaki kepadanya dan berbual secara real…sambil berdiri.
  5. Jangan gunakan lif setiap kali naik bangunan. Gunakan tangga walaupun anda mahu naik ke tingkat 10. Berdoalah agar lif rosak agar anda boleh gunakan tangga.

Itu adalah sekadar beberapa idea untuk anda amalkan sebagai gaya hidup sihat anda dengan kurang duduk. Anda boleh fikirkan sendiri cara lain yang sesuai asalkan jangan berfikir sambil duduk.

Jika anda rasa kerjaya sekarang memerlukan anda banyak duduk, mungkin sudah tiba masanya anda tukar kerjaya. Menjadi cikgu seumpamanya membuatkan anda terpaksa banyak berdiri dan bergerak. Mungkin sebab itu saya lihat ramai cikgu yang elok tubuh badan mereka kerana sering amalkan gaya hidup sihat dengan kurang duduk.

Mari kita sama-sama jadikan kurang duduk sebagai gaya hidup sihat kita bermula daripada sekarang…bukannya susahpun nak sihat, betul tak?

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Duduk pun ada masalah juga ye…lebih baik berdiri kerana menunjukkan kita besedia dan boleh bertindak dengan cepat.setuju?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge