Kelebihan membaca

By | 30/05/2012
Kelebihan membaca tidak disedari oleh kita

Kata nak hidup ringkas, tapi kenapa kena baca buku pulak? Apa kelebihan membaca?.

Itu soalan yang mungkin kita tanya selepas membaca tajuk di atas. Jika fikiran sebegitu terlintas dalam kepala, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pemahaman anda tentang hidup ringkas.

Hidup ringkas bukan untuk menjadi bodoh dan malas sampai tak bergerak lansung rohani atau jasmani.

Hidup ringkas bertujuan untuk menjadikan kehidupan kita semakin baik dari masa ke semasa dan dalam masa yang sama kekal ringkas dan sederhana.

Hari ini biarlah lebih baik daripada semalam dan kehidupan tahun ini mestilah lebih baik daripada tahun lepas.

Untuk menjayakan matlamat tersebut kita mestilah pastikan segala aktiviti kehidupan kita berfaedah dan mendatangkan manfaat bagi membantu mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Perkara yang tidak membantu kita mencapai matlamat itu hendaklah kita tinggalkan. Ini membebaskan kita daripada kekusutan dan terkejar-kejar dengan berbagai perkara dan seterusnya akan memberikan ruang yang lebih bagi dipenuhi dengan perkara yang bermanafaat.

Mari cuba memahami apakah kelebihan membaca?

Pergerakan kehidupan kita sentiasa dipenuhi dengan aktiviti membuat keputusan.

Tidak ada sesuatupun yang bergerak pada diri seseorang manusia yang waras samada dari segi rohani maupun jasmani melainkan ia sentiasa dimulai dengan ribuan keputusan-keputusan yang kecil-kecil.

Gambarannya seolah-olah sistem keputusan binary yang hanya ada angka ‘1’ atau ‘0’. Ia merupakan rangkaian jalinan yang cukup besar bermula dari satu cabang dan berpecah kepada dua dan setiap satu cabang kemudiannya berpecah pula kepada dua, ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

Untuk kelangkah seterusnya kita perlu menentukan samada ya atau tidak, selagi soalan itu tidak terjawab, tiada pergerakan akan berlaku.

Begitulah caranya setiap keputusan yang keluar di skrin komputer kita terhasil daripada jalinan rangkaian ya atau tidak.

Bagaimanakah kita menentukan samada ya atau tidak?

Ia bergantung kepada maklumat-maklumat yang telah kita masukkan ke dalam minda ingatan kita. Jika banyak maklumat, lebih tepatlah keputusan yang akan kita buat.

Dan salah satu daripada cara untuk membantu pengisian maklumat ke dalam minda kita adalah melalui membaca. Di situlah terserlahnya kelebihan membaca pada diri seseorang yang sentiasa perlu membuat keputusan yang baik.

Setiap maklumat yang kita dapat hasil daripada pembacaan diserap ke dalam minda separa sedar kita dan sebenarnya kita amat jarang menyedari bahawa semua keputusan yang berlaku secara spontan adalah terhasil daripada maklumat itu.

Perlu dingat bahawa keputusan yang dibuat secara tekanan dan memerah otak jarang mengeluarkan hasil yang baik. Minda sedar berfungsi tidak secekap minda separa sedar.

Contoh yang paling ketara sekali adalah dalam urusan kita membawa kereta. bagi mereka yang telah mahir, aktiviti membawa kereta adalah aktiviti spontan yang lansung tidak memerlukan kita berfikir.

Semuanya berlaku dengan amat lancar sekali kerana yang berfungsi pada ketika itu adalah minda separa sedar kita.

Berbeza dengan mereka yang baru belajar membawa kereta di mana terpaksa menggunakan minda sedar, segalanya nampak amat rumit sekali.

Kita merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dilihat, cermin depan, cermin belakang kiri dan kanan, tekan minyak, tekan clutch, tekan brek, masukkan gear tengok kenderaan depan, belakang, tengok meter berapa laju kita berjalan, tengok garisan jalan, dan bermacam-macam lagi dan hasilnya kereta dibawa dengan cara terhegeh-hegeh hingga dimarahi orang lain.

Begitulah perbezaan besar antara penggunaan minda separa sedar dengan minda separa sedar. Jadi besarkan simpanan maklumat yang ada di dalam minda separa sedar anda dengan membaca dan membaca sebanyak mana bahan yang boleh untuk membantu anda mencapai matlamat yang ditetapkan.

Anda mungkin rasa ia macam tidak berguna, anda mungkin tak sedar akan kelebihan membaca, tetapi percayalah, ia sebenarnya terselit di ruang maya minda anda dan akan digunakan bila tiba masanya tanpa anda sedari.

Apabila kita berada di dalam keadaan tersebut, kerja membuat keputusan kita menjadi lebih mudah cekap dan pantas dan tidak banyak membuangkan masa. Ini seterusnya membuatkan kehidupan kita menjadi lebih ringkas.

Persoalannya bagaimanakah kita mahu tanam tabiat membaca supaya ia menjadi budaya hidup kita. Ramai yang apabila sebut membaca akan mula rasa mengantuk dan rasa seperti sesuatu yang mustahil untuk dijadikan amalan.

Akan saya kongsikan pengalaman tanam tabiat gila membaca di lain masa, insyaallah. Sekarang ini anda hanya perlu tahu bahawa kelebihan membaca memang cukup besar dalam kehidupan seharian.

2 thoughts on “Kelebihan membaca

  1. amir hamzah harun

    Membaca adalah hobi saya… saya suka catatan tuan…. terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge