Terjebak dengan aktiviti blogging

By | 24/05/2012

Sebelum mengenali aktiviti blogging, saya percaya yang saya tak tahu dan tak pandai menulis.

Setelah diajar oleh seorang kawan bagaimana mahu membuat blog, saya mula menulis apa-apa saja yang terlintas di kepala, di dalam blog.

Sejak itu saya mula menulis dan menulis. Aktiviti blogging menjadi kemudiannya seperti menjadi satu ketagihan pada diri. Satu hari tak menulis terasa macam ada sesuatu yang tak kena.

Hasil daripada aktiviti blogging, maka banyaklah pula blog yang saya buat. Blog umum, blog politik, blog hobi, blog perniagaan dan lain-lain lagi.

Bila terlalu banyak masa dipenuhi dengan aktiviti blogging, saya mula sedar yang cara saya menggunakan masa untuk aktiviti blogging sebenarnya terlalu kusut dan banyak membuang masa tanpa ada apa-apa faedah yang bermakna.

Saya mula berfikir bagaimana untuk meringkaskan aktiviti blogging dalam keadaan terasa masih mahu menulis sebab bagi saya menulis banyak memberikan kebaikan kepada minda terutamannya untuk berfikir secara teratur dan melatih penyampaian yang tersusun, apa yang berlegar di kepala otak.

Tetapi saya perlu pastikan aktiviti blogging dan blog yang ditulis itu benar-benar memberikan pulangan yang berfaedah kepada diri sendiri. Dari itu saya terpaksa melupakan cara berblogging sekarang yang punya banyak blog tapi berbeza-beza topik.

Rasanya politik bukanlah keistimewaan saya dan yakin yang saya tak perlu teruskan usaha menulis mengenai politik lagi selepas ini. Tidak ada apa-apa sumbangan besar yang boleh dibuat terutamanya kepada parti yang disokong dengan menulis di blog.

Kalau saya kritik pimpinan atau parti, 110% pasti tak ada masa mereka untuk membaca tulisan saya. Kalau untuk mempengaruhi penyokong atas pagar bagi menyokong parti pilihan, saya rasa banyak lagi blog lain yang khas berdedikasi untuk buat perkara itu. Jadi rumusannya saya perlu hentikan buang masa tulis pasal politik yang mengampu.

Untuk meringkaskan aktiviti blogging, saya hanya akan teruskan menulis di dua blog sahaja:

  1. Blog Hidup Ringkas. Ini kerana ia banyak membantu cara saya berfikir sekarang dan mencorakkan semula kehidupan yang nampak macam dah terlalu kusut seperti dah hilang hala tujunya.
  2. Blog wartashubhi. Blog ini sudah lama saya aktifkan dan sudah beribu-ribu artikel yang dibuat sejak tahun 2008. Ada juga sumber pendapatan datang melalui blog ini dengan aktiviti blogging dan kerjasama program affiliate. Jadi elok diteruskan sahaja dengan tidak tergesa-gesa.

Sebelum ini saya ada blog kamera, blog gambar, blog peribadi dan lain-lain lagi. Semuanya telah saya gabungkan ke dalam wartashubhi sekarang agar lebih banyak maklumat untuk para pembaca setia di wartashubhi.

Walau apapun, saya rasa tidak rugi terjebak dalam aktiviti blogging ini kerana faedah yang saya dapat terlalu banyak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge