5 keadaan di mana diam lebih baik

By | 11/04/2013
kurang bercakap

Bercakap perkara senang jika anda tidak bisu. Tetapi bukan semua orang pandai bercakap terutamanya didepan orang. Bagi mereka yang tak pandai bercakap biasanya lebih suka diam.

Sesetengah orang rasa terkilan apabila tidak bercakap dan marahkan dirinya sendiri atas ketidak upayaannya berkata-kata di depan orang.

Tetapi bukan semua benda kita perlu bercakap. Malah ada masanya diam adalah lebih baik daripada bercakap.

Berikut 5 keadaan di mana lebih elok jika anda diam daripada bercakap:

  1. Ketika diminta pendapat sesuatu yang anda tidak ada pengetahuan tentangnya. Walaupun tidak bercakap nampak mudah, tapi ramai orang yang masih mahu memberikan pendapat pada sesuatu yang dia tidak ada pengetahuan tentangnya. Kes menjadi lebih berat apabila ia melibatkan hukum hakam agama, strategi perniagaan, kesalahan orang dan lain-lain seumpamanya. Lebih baik diam.
  2. Ketika anda sedang marah. Ada pendapat yang mengatakan melepaskan rasa marah dengan menengking. menjerit dan melepaskan rasa gram dengan cakap tak berhenti bagus untuk memberikan isyarat pada orang bahawa anda serius. Tetapi tak ada kesan yang baik selain dari anda akan membawa jenama seorang yang panas baran sepanjang hidup anda. Tak ada percakapan yang menarik keluar dari mulut orang yang sedang marah. Lebih elok diam.
  3. Ketika nak tunjuk anda lebih ke depan. Berapa kali anda didatangai seorang kawan atau pekerja bawahan memberitahu satu idea hebat atau berita terbaru yang baru diterimanya, lalu dengan selamba anda beritahu, “aku dah tahu lah!”. Jika anda diamkan diri dan membiarkan mereka teruskan keseronokan mereka berkongsi apa yang mereka tahu tentu lebih baik dan tidak sedikitpun mengurangkan kehebatan anda. Lebih baik diam
  4. Ketika nak tunjuk anda lebih pandai. Setiap kali ada orang beri cadangan atau idea baru, anda akan tambah dengan ayat “kalau buat macam ini lebih bagus…” atau ” ok, tapi…” atau lain-lain seumpamanya. Lebih teruk lagi jika anda ciluk potong percakapan orang tersebut separuh jalan. Kalau nak tunjuk anda lebih pandai, elok diam saja.
  5. Ketika pendapat anda dikritik dalam satu perbincangan santai. Adat semua orang sentiasa mahu menang. Sehinggakan dalam perbincangan santai sesama kawan-kawan anda akan bangkit mempertahankan idea atau pendapat anda yang dikritik semata-mata tak mahu kalah. Sebenarnya jika anda hanya diam dan mendengar kritikan mereka adalah lebih mematangkan akhlak. Apatah lagi setiap kritikan di balas dengan ucapan terima kasih setelah mereka habis mengkritik.

Kurang bercakap

Jika anda seorang yang pandai dan banyak cakap, untuk mendiamkan diri dalam keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah satu perkara mudah. Ianya perlukan latihan dan keazaman yang kuat.
Jika anda ingin membuat perubahan menjadi orang yang lebih baik, kongsikan hasrat untuk diam pada tempat yang perlu dengan menceritakan pada kawan-kawan. Minta pertolongan mereka untuk menegur setiap kali anda menggigil mahu membalas cakap.
Atau anda boleh kenakan denda RM10 setiap kali anda melakukan kelima-lima perkara di atas kepada kawan yang berjaya menegur keterlanjuran anda itu.
Selamat mencuba!
Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

5 thoughts on “5 keadaan di mana diam lebih baik

  1. Is

    saya tertarik dengan ayat2 diatas.. sy bukan jenis bnyak sangt bercakap.. tp sy mudah mesra bila jumpa dengan org.. so x leh nak cover lagi2 org tu ajk sembang.. ^_^ tips ni mungkin berguna… terima kasih!!

    Reply
  2. Anonymous

    saya ni cgu matematik
    ngajar pelajar vokasional yg mmg kurng minat akademik
    jadinya… kerap hangin
    tulah..susah hati jugak
    terasa bab panas baran nih.terimakasihlah ya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge