Nak ringkaskan apa…?

By | 25/05/2012
apa yang anda nak ringkaskan

Mungkin ramai yang sering sebut nak hidup ringkas. Tetapi pernah anda bertanya soalan, “nak ringkaskan apa?”.

Kalau nak diikutkan memang banyak perkara yang kita nak ringkaskan agar kehidupan menjadi lebih selesa dan aman damai, tetapi jika tidak ada penyusunan yang sistematik, aktiviti nak ringkaskan itu menjadi berterabur dan tidak menyeronokkan.

Bila kita berhasrat nak ringkaskan kehidupan, ianya bermaksud meringkaskan 7 perkara berikut di bawah:

  1. Barangan – Segala barangan kepunyaan kita yang berada disekeliling kehidupan samada di rumah di pejabat atau di stor. Jika kita perhatikan terlalu banyak barang yang kita simpan tapi tak digunakan. Nak buang rasa sayang takut-takut kalau ia berguna satu hari nanti. Tapi malangnya hari itu tak pernah kunjung tiba.
  2. Kewangan – Segala hal berkenaan dengan kedudukan kewangan kita samada simpanan, hutang, cara berbelanja, cara kita menambahkan pendapatan dan lain-lain lagi.Meringkan kan kewangan juga bererti meringkaskan cara hidup yang mahu kita jalani. Jika kita mulakan dengan aktiviti ringkaskan barangan di atas, kewangan juga akan turut sama menjadi ringkas dan mudah.
  3. Masa – Segala hal yang menyentuh dengan cara kita menggunakan masa, mengejar masa atau membuang masa. Bagaimana kita gunakan masa selama ini, adakah lebih banyak yang mendatangkan faedah atau lebih banyak yak tak berfaedah. Jika kita jelas dengan matlamat yang nak dicapai, penggunaan masa akan dapat diringkaskan dengan mudah.
  4. Kesihatan – Segala hal yang menyentuh dengan tahap kesihatan, cara penjagaan kesihatan dan sikap kita terhadap kesihatan. Banyak cara ringkas untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Kita tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk kekal sihat seperti daftarkan diri pada program fitness dan dapatkan seorang jurulatih peribadi. Cukup dengan hanya buat perkara mudah seperti berjalan dan kurangkan memandu dan sebagainya.
  5. Hubungan Sosial – Segala hal berkenaan hubungan sosial kita bersama masyarakat, kawan-kawan, jiran dan lain-lain. Jika matlamat jelas, jika suruhan agama mahu dijadikan pedoman. Hubungan sosial mesti ada dan kita perlu tahu hierakinya dengan baik. Pastikan yang lebih utama diutamakan.
  6. Pasangan Hidup – Segala hal berkenaan dengan teman hidup. Hubungan kita dengannya dan lain-lain yang bersangkutan. Meringkaskan aktiviti dengan pasangan hidup sebagai contoh adalah dengan tinggalkan segala perbalahan yang yang tidak mendatangkan apa-apa faedah dari segi kesihatan, masa, atau kewangan. Saling bertolak ansur juga dapat meringkaskan kehidupan berpasangan.
  7. Diri Sendiri – Yang paling penting sekali di antara yang penting. Ia menyentuh tentang diri kita sendiri dan bagaimana kita melayan dan memberikan peluang kepada diri kita sendiri dan lain-lain yang bersangkutan dengan diri kita. Apakah yang kita kejar dalam hidup. Adakah kita sedang berlumba dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Jika kita jadikan hidup hari ini lebih baik daripada semalam, kehidupan akan mula jadi lebih ringkas.

Begitulah senarai yang anda nak ringkaskan dalam kehidupan. Cuba fikirkan samada kesemua senarai di atas boleh diringkaskan lagi atau tidak. Jika ada bagaimana nak ringkaskannya…

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Nak ringkaskan apa…?

  1. beautiface

    Salam.saya paling suka blog hidup ringkas.tahun ni azam saya nak ringkaskan susun atur dan barangan dalam rumah.masalahnya kat mana saya nak ‘campakkan’ kebanyakan barang2 saya yang masih elok dan masih boleh digunakan lagi tu…?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Banyak yang boleh dibuat. Berikan pada jiran, kawan, pusat anak yatim, jabatan kebajikan, jual secara lelong depan rumah, buat sale di roadwalk dengan hampar tikar dan longgok jual sambil jerit-jerit dll…sekadar idea. Menarik juga pertanyaan ini. Insyallah saya akan cuba buat satu artikel khas tentang ini.
      Terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge