Perlukah beli ‘Alphard’ ?

By | 10/11/2012

Kebanyakan dari masa, kita membeli atas dasar ikut-ikutan. Mungkin disebabkan terlalu terpengaruh dengan apa yang orang lain buat membuatkan kita bertindak tanpa memikirkan apa faedahnya melakukan perkara yang sama dengan apa yang orang lain lakukan.

Saya mempunyai seorang rakan yang punya rumah ‘corner lot’, kereta BMW 5 series, kereta Myvi dan juga sebuah Alphard. Dari gambaran apa yang dimilikinya, kita sering buat rumusan berdasarkan satu perkara sahaja. Dia sudah tentu seorang yang berada.

Kawan saya itu mempunyai seorang isteri dan hanya dua orang anak. Dia juga menggajikan seorang pembantu rumah. Jadi keseluruhan isi rumahnya berjumlah 5 orang sahaja. Cuba fikirkan kenapa dia memerlukan semua yang saya sebutkan di atas?

Beli Alphard
Seorang lagi kawan yang sederhana kehidupannya suatu hari memberitahu yang dia sedang mencari sebuah Alphard. Dia bertanya pada saya kalau-kalau ada kenal mana-mana kawan yang boleh mendapatkan Alphard yang ok.

Saya bertanya kenapa nak beli Alphard? kenderaan yang dia ada masih tak cukup ke? Mereka punyai 2 buah kereta sekarang. kereta lama yang dah habis bayar. Satu untuk dia dan satu lagi untuk isterinya.

Alasan untuk mendapatkan sebuah Alphard adalah disebabkan keluarga mereka sudah besar. Mereka berdua ditambah dengan 3 anak yang sedang membesar membuatkan kenderaan sedan biasa menjadi terlalu sempit.

Soalan saya padanya adalah berapa kali dia rasa Alphard tersebut betul-betul diperlukannya?, setelah mencongak dia berkata dalam setahun dia perlu guna Alphard sebanyak 4 kali:

  1. Ketika raya puasa
  2. Ketika raya haji
  3. Ketika cuti sekolah
  4. Ketika mana-mana yang sesuai untuk makan angin di dalam negara
Kesemuanya bertujuan untuk balik kampung atau bercuti (biasanya setahun sekali sahaja). Bayangkan kos untuk menyara Alphard tersebut semata-mata untuk mendapatkan keselesaan yang sebanyak 4 kali sahaja setahun. Mari congak kos mendapatkan Alphard secondhand:
  • Bayaran muka RM20,000
  • Bayaran bulanan selama 7 tahun RM2,000
Tanpa mengira kos bayaran muka, dia terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM24,000 setahun. Mari kita kira kos seandainya dia hanya menyewa kenderaan seperti itu:
  1. Raya puasa 5 hari (RM600x5=RM3,000)
  2. raya haji 3 hari (RM600x2=RM1,200)
  3. Cuti sekolah 5 hari (RM3,000)
  4. Jalan-jalan 3 hari (RM1,200)
Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM8,400. Cuba bandingkan jumlah kos yang dihabiskan kerana membeli sebuah Alphard! bukankah dengan menyewa kita dapat menjimatkan kos yang cukup banyak? Jadi kenapa nak beli Alphard?
Berfikirlah terlebih dulu sebelum kita berbelanja. Tidak perlu mengikut apa yang orang lain buat. Takut-takut nanti jika mereka terjun masuk lubang najis, kita akan turut sama terjun. Itu tidak mustahil seandainya kita tidak melatih diri bertanya pada diri sendiri setiap kali mahu melakukan sesuatu.
Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge