Ringkaskan barang yang ada

By | 23/05/2012

Ini langkah pertama yang saya nak buat. Ringkaskan barang yang ada. Saya ada baca laporan statistik dari sebuah buku menyatakan bahawa setiap daripada kita punyai lebih kurang 10,000 barang.

Mak ooi! banyaknya!, betul ke? takkan sebanyak itu kita ada simpan barang?.

Pada mulanya terasa fakta itu macam tak betul. Tertanya-tanya jugak kat mana kesemua barang sebanyak itu kisa sorokkan di dalam rumah kita.

Tapi setelah difikirkan perlahan-lahan dan mula membuat senarai barangan yang dipunyai dari satu tempat ke satu tempat, dari satu almari ke satu almari, dari satu bilik ke satu bilik, memang sah banyak rupanya barang yang saya simpan. Kenapa tak kita ringkaskan barang tersebut?


Bagaimana nak ringkaskan barang?

Di dalam almari lama luar rumah sahaja terdapat banyak bekas-bekas kecil di mana skru, paku, jarum, nuts, spring dan lain-lain lagi tersimpan memenuhi setiap bekas yang ada. Kenapa masih simpan lagi semua itu?

Jika dicurahkan kesemuanya atas lantai dan mula dikira satu persatu, memang senang-senanag untuk mencecah ratusan malah ribuan benda kecil yang disimpan selama bertahun-tahun tanpa sedikitpun saya menyentuhnya.

Memiliki banyak barang bukanlah satu masalah. Tapi kita memang bermasalah jika ada barang tersimpan yang hanya dijenguk atau disentuh sekali sahaja seumur hidup.

Kadang-kadang bila nak pindah baru kita sedar kewujudan semua barang tak digunakan itu. Di saat itu baru nak kita ringkaskan barang yang kita ada.

Atas alasan apa kita setia menyimpan semua benda yang tak pernah disentuh itu?, alangkah baiknya semua benda tersebut dikumpulkan dan diasingkan untuk mengenal pasti tahap kebergunaan mereka dan selanjutnya buang sahaj apa yang tidak lagi berguna.

Jadi matlamat pertama saya adalah untuk buat houskeeping. Senaraikan apa barangan yang ada. Asingkan mana satu berguna dan mana satu tak berguna.

Saya nak kumpulkan semua barang itu dan buat pilihan samada boleh jual, boleh berikan pada orang yang memerlukannya atau humban saja masuk tong sampah.

Kalau saya berjaya buat itu semua dengan konsisten, maka saya dah berjaya ringkaskan satu bahagian daripada kehidupan. Aktiviti meringkaskan apa saja barang yang ada sebenarnya merupakan aktiviti berterusan yang perlu diamalkan sepanjang hidup.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge