Jimat duit beli lauk

Jika seseorang itu jadikan amalan berjimat cermat dalam kehidupannya, dia akan menjadi amat peka dan kreatif dalam mengoptimumkan segala urusan. Hatta dalam bab beli laukpun akan keluar idea bernas dan menarik yang tidak terfikirkan oleh orang biasa yang tidak berjimat cermat.

Itulah yang saya pelajari semalam ketika menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim anjuran Mentor Niaga Resources. Tips beli lauk ini dikongsikan oleh penceramah pertama yang merupakan taukeh pasaraya tidak asing lagi di negara kita.

Taukeh yang saya maksudkan ialah Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan Mydin Holding Sdn Bhd.

Pasaraya Mydin sudah terkenal dan sebati dalam minda rakyat Malaysia sebagai salah satu peneraju dalam industri peruncitan barang-barang murah dan berkualiti.

Untuk pengetahuan pembaca, Mydin menawarkan barangan murah, orijinal dan berkualiti jauh lebih rendah berbanding Pasaraya lain dari luar negara seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan seumpamanya.

Satu fakta yang mengejutkan saya yang dikongsikan oleh Taukeh Mydin adalah, pasaraya yang harga barangannya paling mahal di Malaysia diungguli oleh Pasaraya Giant! diikuti dengan Tesco dan Aeon Big. Mydin berada di tangga ke-7, lebih murah dari semua pasaraya lain.

Terkejut juga dengar fakta tersebut sebab selama ini saya mendapatkan segala keperluan dapur keluarga daripada Pasaraya Giant dan tidak pernah mendapatkannya daripada pasaraya Mydin!.

Kekuatan Taukeh Mydin

Taukeh Mydin amat sensitif dengan harga. Satu lagi kejutan yang saya dengar dari mulut beliau adalah apabila dia berpendapat harga buku popular “Mudahnya Menjemput Rezeki” yang dijual dalam harga RM18 itu mahal!!!.

Buku biography Taukeh Mydin yang dibuat oleh beliau dijual hanya dengan harga RM12.90 sahaja di MPH. Sedangkan bukunya jauh lebih tebal dan penuh dengan gambar berwarna!.

Beli lauk jadi punca kenapa Mydin amat obses menjual dengan harga murah?

Saya tertanya-tanya juga apa yang membuatkan Mydin obses dengan barangan harga murah dan menjadikan moto atau tema pasarayanya sebagai pakar barangan murah?.

Setelah mendengar cerita bagaimana ayahnya sering berpesan padanya setiap kali ke kedai mamak untuk beli lauk buat makanan keluarga, barulah saya faham.

Setiap kali pergi beli lauk, ayahnya akan pesan agar beli dua ketul dan pastikan buat dalam dua bungkusan. Satu bungkus untuk setiap lauk.

Kenapa perlu ada dua bungkus bila beli lauk dua ketul?, tentu pembaca juga tertanya seperti saya.

Taukeh Mydin menerangkan bahawa jika beli lauk dalam dua bungkusan, mereka akan dapat kuah lebih berbanding beli lauk dengan hanya satu bungkusan.

Setelah selesai makan lauk, kuah berlebihan akan disimpan pula untuk makanan di waktu sarapan keesokkan harinya. Kuah itu dimakan dengan roti benggali atau roti tawar.

Memang saya sewaktu kecil dulu cukup suka makan roti tawar dicicah ke dalam kuah kari. Tambahan pula jika kuah itu kuah semalam yang dah agak pekat setelah dipanaskan. Memang sedap!.

Beli lauk yang kreatif

Kalau dalam bab beli lauk, keluarga Mydin cukup berkira, kreatif dan berjimat cermat, apatah lagi dalam urusan lain. Banyak lagi cerita pengalaman dan amalan keluarga Mydin dikongsikan oleh Taukeh Mydin semalam.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kekuatan kita sebenarnya datang daripada kebiasaan atau didikan sepanjang hidup sejak kecil.

Jika kita pandai menggunakannya untuk mencatur perjalanan kehidupan yang bersesuaian, sudah pasti ianya akan banyak membantu menjadikan kita orang yang berjaya.

Oklah, moga cerita di atas memberikan inspirasi terutamanya jika anda anak ramai dan suka beli lauk di kedai, buat satu lauk satu bungkusan !.

Berkenaan Konvesyen yang telah dianjurkan semalam saya ada cerita lain juga. Lebih tepat lagi sedikit komen yang saya lihat juga dapat daripada peserta lain yang menghadirinya dengan membayar dan meluangkan masa mereka untuk hadir.

Ada peserta yang merungut tak puas hati dan terus pulang meinggalkan Konvesyen setelah waktu rehat tengah hari…kenapa? insyallah akan saya mongsi jika ada kesempatan.

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

27 comments

  1. memang perkongsian yang membuka mata kita….orang kaya seperti mereka selalu melakukan apa yang tidak pernah kita terfikirkan sebab itu mereka ke depan.

    terima kasih tuan…

  2. Kisah yang menarik dan banyak intipati (macam makanan pula ya?). Saya suka baca kisah-kisah usahawan bumiputera yang berjaya dan saya dapatkan di komikniaga.com atau majalahniaga.com

    Selain mydin ada satu lagi pasaraya yang mampu beri saingan iaitu ECONSAVE.
    Saya sudah bandingkan harga kedua pasaraya ini dan ECONSAVE lebih murah cuma ada 2 kekangan
    1) Kurangnya pasaraya Econsave, tidak banyak tempat ada pasaraya ini.
    2) Masalah kaunter bayaran yang terhad. Saya pernah membeli belah di Econsave Paya Jaras Sungai Buloh. Memang beratur panjang betul tapi kerana murah. Sabar sahaja menunggu.
    Adikensem recently posted…10 blog best Adikensem Ogos 2013My Profile

    1. oh Giant yang paling mahal ya, tapi gua pun nak kongsi satu cerita dahulu masa gua rajin ke giant alias itu aje pasaraya besar ada pernah dia buat ofer ikan tongkol lah kalau tak salah gua dia ofer murah gila untuk hari itu tapi kalau dah beku dengan air batu macam mana orang nak ambil pun dia tak arahkan pekerja dia menolong pelangan, so jawabnya memang dia tak bagi beli lah hari itu.
      onlajer recently posted…Extension WireMy Profile

  3. Betullah dulu tuan ada ckp pasai mamak yg teliti pasai duit syiling msas tuan kecik2 dulu. Depa mmg sensitif pasai duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge