Usahawan dan mentor

By | 15/07/2013
jurulatih niaga

Sudah berapa lama anda berniaga?

Jika perniagaan anda sudah mencecah 5 tahun, saya yakin anda tentu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pembimbing atau mentor. Usahawan dan mentor berkait rapat antara satu sama lain.

Mentor amat diperlukan oleh seorang usahawan yang mahu pastikan perniagaannya dapat kekal walaupun selepas 5 tahun menjalankan perniagaan.

Data daripada kajian yang dijalankan terhadap para usahawan kecil dan sederhana di Australia menunjukkan 70% daripada usahawan yang mempunyai mentor berjaya mengharungi perniagaan mereka melepasi tempoh 5 tahun.

Data di atas menunjukkan mempunyai mentor amat penting dan merupakan satu cara bijak untuk berjaya dalam perniagaan anda.

Namun begitu, adalah mengejutkan apabila kajian menunjukkan sebanyak 42% daripada usahawan kecil dan sederhana berniaga tanpa mempunyai mentor untuk dirujuk!.

Semua data yang saya sebutkan di atas merupakan data daripada luar negara. Saya tidak pasti samada di negara kita ada kajian dilakukan terhadap para usahawan kecil dan sederhana bagi mengumpul maklumat yang sebegitu.

Insyallah, jika ada kesempatan dan jika makin ramai para usahawan yang menyertai blog ini dan mendaftar dengan memasukkan email anda pada kelab usahawan hidupringkas, maklumat sebegitu dapat saya laksanakan.

Jalan selamat adalah dengan dapatkan mentor
Cuba kaji dan dapatkan maklumat terhadap usahawan yang berjaya samada di dalam atau luar negara, anda tentu akan mendapati kesemua mereka mempunyai mentor sebagai orang yang akan dirujuk untuk sebarang pendapat atau nasihat perniagaan.

Saya bernasib baik kerana sepanjang bermula menjadi usahawan sampai sekarang, sentiasa dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang cukup berjaya dalam perniagaan mereka.

Sebarang masalah atau pencerahan boleh dirujuk pada ramai kawan-kawan yang jauh lebih lama dalam dunia perniagaan. Mereka akan kongsikan pengalaman dan memberikan maklumat yang jelas untuk saya membuat keputusan selanjutnya.

Apa yang menarik adalah, kesemua kawan-kawan saya yang telah lama berniaga itu juga mempunyai mentor mereka sendiri di waktu awal mereka menjalankan perniagaan.

Daripada pengalaman saya sendiri, saya cukup yakin kalau seseorang usahawan itu mahu cepatkan proses membina kejayaan dalam perniagaannya, dia perlu mendapatkan bimbingan daripada seorang mentor yang berpengalaman.

Bukan tak boleh mengharungi dunia perniagaan tanpa bimbingan mentor. Usahawan masih boleh dapatkan buku dan juga melayari internet bagi mendapatkan jutaan petua dan panduan dari sana.

Tetapi bukan semua orang ada masa atau keupayaan untuk memberikan tumpuan pada bacaan. Kalau bolehpun, bukannya mudah untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

Cara terbaik tetap dengan merujuk mereka yang jauh lebih berpengalaman secara berdepan. Kalau tak faham kita boleh bertanya dan bertanya sampai faham.

Jika mahu yang lebih baik, anda boleh merujuk pada bahan bacaan dan ditambah dengan rujukan pada mereka yang berpengalaman untuk lebih memahami lagi duduk perkara yang cuba difahami.

Bagaimana mencari mentor
Ada dua jenis mentor yang boleh anda dapatkan bantuan. Satunya percuma dan satu lagi berbayar.

Mentor yang percuma biasanya adalah dari kalangan rakan yang dikenali berpengalaman dan berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Jika kesemua kawan-kawan yang anda ada kebanyakannya hanyalah pemakan gaji tegar yang tak ada langsung hasrat untuk jadi usahawan, anda perlu keluar dan mencari diluar lingkungan mereka yang anda kenal.

Anda masih boleh dapatkan bantuan secara percuma dengan ikhtiarkan cara terbaik untuk berkenalan dan seterusnya rapat berkawan dengan usahawan berjaya yang menjadi sasaran anda.

Mungkin cara di atas mengambil masa yang agak lama untuk anda mendapatkan mentor dan anda tak boleh menunggu.

Jika anda mahu mendapatkan mentor dengan cepat, ada banyak syarikat yang menawarkan ‘Business Coaching’ atau bimbingan usahawan secara peribadi.

Kebanyakan daripada syarikat-syarikat tersebut menawarkan khidmat bimbingan yang cukup lengkap untuk memastikan usahawan yang mereka latih berjaya dalam perniagaan mereka.

Cuma masalahnya adalah kos bayaran yang dikenakan pada para usahawan agak tinggi. Biasanya mereka mengenakan bayaran antara RM20,000 ke RM30,000 untuk bimbingan pada usahawan yang berminat.

Sudah tentu bagi peniaga kecil jumlah sebegitu adalah sesuatu yang cukup besar untuk dilunaskan. Oleh itu tidak hairanlah para usahawan kecil melupakan sahaja hasrat untuk mendapatkan mentor.

Walau bagaimanapun, seeloknya para usahawan kecil perlu berusaha mendapatkan bimbingan secara berterusan daripada mentor yang terbukti telah berjaya.

Para usahawan kecil perlu bercita-cita besar dan untuk merealisasikan cita-cita itu mereka perlukan suntikan semangat serta bimbingan dari mereka yang telah berjaya.

Buatlah apa saja dan berusahalah untuk mendapatkan bimbingan dari mentor, insyallah anda tidak akan menyesal.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

24 thoughts on “Usahawan dan mentor

  1. Pingback: 8 Faktor Pemilik Bisnes Di Malaysia ‘knockout’ Di Dalam Perniagaan – HAFIZUL HAKIM

  2. Sham BB

    Mentor itu penting dalam bisnes. Ibarat kompas diatas bahtera. Penunjuk arah supaya tidak tersesat. Perniagaan itu pula ibarat peta menunjuk sasaran hala tuju dan kita adalah nakhoda yg membawa perniagaan itu dengan tekad utk sampai ke destinasi.. insyaallah dengan izinnya..

    Reply
  3. Abd Halim

    Sya sedang mencari metor usahawan kontraktor..mohon beri cadangan…

    Reply
  4. idham holid

    belajar pada mentor adalah jalan cepat buat sukses, kerana mentor yg punya skill puluhan tahun boleh kita dapat hanya dg belajar beberapa hari saja asalkan kita mau action….!
    “semoga comment saya ini dapat menjalin hubungan baik dg saudara2 yang di malaysia, mari kita saling berbagi manfaat dan sama sama berjaya. Saya dari bali, sekarang buka usaha di banyuwangi jawa timur. (idhobali@gmail.com)

    Reply
  5. Jeliah sallih

    Saya memang tengah mencari mentor yg sesuai memandangkan saya baru saja bertapak di dunia perniagaan ni. Mohon nasihat dr en. Shubhi, di mana harus saya mencari mentor yg sesuai memandangkan di tempat saya begitu jarang/sukar untuk mencari mentor melayu. kebanyakan di tempat saya perniagaan di dominasikan oleh kaum bukan melayu.

    Reply
  6. Jeliah sallih

    saya mmg tengah mencari mentor yg sesuai. Memandangkan saya baru sahaja membuka perniagaan pakaian. Di tempat saya, jarang/sukar utk menemui org melayu berniaga. Kebanyakan perniagaan di dominasikan oleh kaum bukan melayu. Jadi saya ingin mohon nasihat dr pihak en.Shubhi, bagaimana saya untuk mencari mentor (melayu) @ ada cara lain mentor di perolehi dr alam maya ini?

    sekian terima kasih

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Mentor tak semestinya sama bangsa dgn kita, tak kisah mat saleh, India, Cina, Melayu atau Bangla, asalkan dia berjaya dan banyak pengalaman. Kalau tak ada langsung Melayu kat tempat saudari, cuba sertai mana-mana persatuan ekonomi, kebajikan, sukarela, atau apa saja persatuan yang berkhidmat utk masyasrakat…di situ biasanya ada ramai orang yang berjaya…sertai mereka !

      Reply
  7. Haziq Mazlan

    Betul… kita mmg perlu kan mentor.. bkn sahaja nk panduan or dorongan tp mentor tu nanti akan menegur or memperbetul kn jln or keadaan disaat kita tidak sedar

    Reply
  8. Haziq Mazlan

    Betul… kita mmg perlu kan mentor.. bkn sahaja nk panduan or dorongan tp mentor tu nanti akan menegur or memperbetul kn jln or keadaan disaat kita tidak sedar

    Reply
  9. azman

    Kalau kita mencari mentor,rasanya itu lebih baik dari kita terumbang ambing tanpa bimbingan.

    Reply
  10. Mohd Zaki

    Cari mentor melalui facebook..di facebook pelbagai group bisnes diwujudkan untuk dikumpulkan dalam satu kumpulan. Di situ kita boleh bertukar-tukar pandangan dan bertanya pelbagai masalah yang dihadapi. Contohnya kat facebook sekarang ada 1 Malaysia Fertagasi Group. Yang membincangkan mengenai tanaman fertegasi.

    Reply
  11. puteri kasih

    bagus juga kalau ada mentor..tapi ramai juga yang berjaya tanpa mentor dan hanya mendapat sokongan dari kaum keluarga dan sahabat handai kan 🙂

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Ada juga yang gunakan mentor bayangan seperti ikon terkenal yang diminati dan mendapatkan maklumat melalui buku atau biography mereka.

      Reply
  12. suri

    tak der mentor ni sb minta…urm…dorongan dari suami dan keluaraga sahaja..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge