Cara mudah buat kedai online

By | 04/09/2013

Cara mudah buka kedai onlineKedai online diseluruh dunia berjaya menjana berbillion-billion ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Lihat saja Amazon.com, Zappos.com, Lazada.com, Zalora.com.my, dan entah apa-apa lagi…kehadiran mereka sudah tidak dapat dibendung lagi.

Kenapa? kerana itulah perniagaan masa depan.

Orang ramai sekarang semakin selesa untuk membeli melalui internet. Jika anda perasan, Tesco juga sekarang sudah buat kedai online mereka sendiri. MPH juga sudah buat kedai online mereka sendiri.

Cara mudah buat kedai onlineMalah banyak restoran daripada luar negara dan juga dalam negara sudah buat kedai online mereka sendiri. Di samping restoran mereka yang sedia ada, tawaran diberikan pada orang yang malas nak bergerak naik kereta pergi makan dengan membuat tempahan makan melalui internet.

Buat kedai online anda sendiri

Jika anda seorang usahawan yang punyai produk atau servis yang bagus dan mengancam, jangan lepaskan peluang untuk kembangkan perniagaan itu dengan buat kedai online anda sendiri.

Mungkin persoalan biasa yang timbul adalah kurangnya kemahiran untuk buat kedai online anda sendiri di internet. Tak ada ilmu terhadap pengaturcaraan dan reka bentuk web dan paling teruk sekali adalah tak reti nak buat promosi melalui media sosial yang ada.

Jika anda jenis yang rasa sukar untuk buat kedai online, kini ada jalan mudah! gunakan saja khidmat Tackthis.com untuk buka kedai online anda. Mari lihat apa kata Tackthis.com di bawah:

“Menyediakan sebuah Kedai Online mungkin menjadi satu perkara yang sukar dan mencabar bagi anda. TackThis memudahkan anda untuk memulakan bisnes di Facebook. Anda akan memdapat segala-gala yang diperlukan, bermula dari peringkat awal penyediaan sehinggalah kepada penyediaan shopping cart dan kaedah pembayaran.”

Bagi orang yang tak berapa celik IT macam saya, bukan mudah nak buat kedai online. Tetapi dengan menggunakan kemudahan dari Tackthis.com, anda boleh mula buat kedai di dalam talian, buka store anda, reka bentuk rupa dan penampilan kedai anda, tentukan harga dan kemudiannya buatkan cara pembayaran dengan mudah.

Semua kemudahan itu disediakan oleh Tackthis.com untuk para usahawan yang nak buat kedai online dan menjana pendapatan secara sampingan atau secara sepenuh masa.

Buka kedai online dengan mudah dengan klik di sini atau klik saja pada gambar di sebelah kanan atas sana. Ini peluang terbaik untuk anda gunakan…selamat mencuba!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

16 thoughts on “Cara mudah buat kedai online

  1. shahrul

    Saya sedang mengembangkan perniagaan kedai runcit online cash on delivery. Kepada kedai sediaada yang berminat boleh lihat website kedairuncitonline.com atau mini mart bangiperdana.com and nak ajak admin untuk join sekali. Tq admin
    shahrul recently posted…Hello world!My Profile

    Reply
  2. Itsmenasirah

    Nak tanya , if buat kedai online ni free kannnn ?

    Reply
  3. kie

    alhamdulillah..setakat ini..saya telah join lazada affiliate> ada gak pendapatan – sikit-sikit…huhu

    Reply
    1. Jessica

      Boleh share mcm mana cara join business melalui lazada?

      Reply
  4. titan

    link affiliate tu broken.

    nasihat gua. kalau nak promosikan link dari jomniaga, jangan pakai diorang punya plugin. promosi secara manual. kekadang, bila auto.dia akan jadi macam dalam artikel ni.

    so far, wat link biasa.

    anchor link – kedai online
    link – letak link jomniaga atau apa-apa link.

    bila klik link tu..dia jadi broken. leh la betulkan nanti.
    titan recently posted…Kisah seram Budak perempuan kecik.My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge