Sidang kemuncak keusahawanan global

By | 17/07/2013

Untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi usahawan tidak boleh mengelak daripada membina jaringan.

Aktivti networking sepatutnya menjadi salah satu agenda para usahawan yang mahu ke depan samada untuk memasarkan perniagaannya maupun untuk melonjakkan dirinya.

Berikut sedikit maklumat berkenaan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global yang bakal berlangsung tahun ini:

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Malaysia menjangka 3,000 usahawan dari lebih 50 negara akan mengambil bahagian pada Sidang KemuncakKeusahawanan Global (GES) ke-4 2013 yang dijadualkan berlangsung 11 Okt ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata GES 2013 akan menjadi platform bagi usahawan bertukar-tukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka.

“GES 2013 diadakan supaya kita dapat memperkasakan usahawan kita dengan pengetahuan dan idea dan ini (GES) juga akan memberi peluang kepada usahawan Malaysia untuk memajukan perniagaan mereka dengan orang lain dari palbagai negara,” kata beliau pada sidang media selepas melancarkan program D-Code kementerian di sini, hari ini.

Program D-Code itu menandakan pengiraan detik pelancaran GES ke-4, yang tidak sampai 100 hari sahaja lagi.

Mohd Irwan Serigar berkata GES 2013 akan menghimpunkan pihak berkepentingan global daripada keseluruhan ekosistem keusahawan untuk berkongsi idea dan amalan terbaik serta membangunkan penyelesaian bagi beberapa isu paling sukar dikawal yang menghalang pertumbuhan perniagaan dan keusahawanan.

Beliau berkata acara antarabangsa itu akan mewujudkan kerjasama perangkaian antara usahawan Malaysia dan usahawan lain yang akan membuka minda para peserta.

“Ia (GES) juga menyediakan perangkaian dan para peserta akan mendapat perspektif baharu yang akan memberi kesan yang berkekalan,” katanya dan menambah ia juga akan menampilkan sesi yang memberikan maklumat mendalam mengenai sektor tertentu.

“Akan terdapat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perbankan Islam, pembiayaan dan banyak lagi.

“Penceramah akan berkongsi idea, pengetahuan mereka yang saya pasti para usahawan akan mendapat inspirasi daripada mereka,” katanya.

Beliau menyeru usahawan Malaysia supaya mengambil bahagian secara aktif dalam GES 2013. — BERNAMA

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “Sidang kemuncak keusahawanan global

  1. Lynn Munir

    Bagus info tentang sidang kemuncak keusahawanan global ni, mudah-mudahan ramai yang dah tahu sekarang ni dan penyertaannya meningkat.

    Reply
  2. Lynn Munir

    Bagus info tentang sidang kemuncak keusahawanan global ni, mudah-mudahan ramai yang dah tahu sekarang ni dan penyertaannya meningkat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge