Mula kecil sebagai syarikat minuman dan jadi jutawan
Salah satu perniagaan yang terbukti berjaya samada di persada negara maupun antarabangsa adalah perniagaan minuman. Syarikat minuman merupakan antara perniagaan paling besar di dunia.

Lihat sahaja syarikat minuman seperti Coca-Cola dan juga Pepsi. Kedua-duanya saling bersaing dan meraih keuntungan berbillion-billion ringgit sejak dahulu sampai sekarang.

Syarikat minuman hebat di negara kita

Tahukah anda syarikat minuman mana yang paling lama bertapak di negara kita dan masih kekal wujud sehingga ke saat ini? Kalau ada sesiapa dari kalangan rakyat kita yang tak kenal syarikat minuman ini, tentu ada masalah pada orang tersebut.

Siapa yang tak kenal minuman F&N?, sejak dibangku sekolah minuman ini saya dah kenal dan menjadi salah satu minuman impian. Maklumlah ketika itu susah, bukan mudah untuk mampu beli sebotol minuman F&N.

Melihat botol air F&N sahaja sudah cukup untuk saya menelan air liur. Nasib baik ketika sekolah rendah dulu, rakan kelas yang duduk sebelah saya adalah anak kepada Taukeh Syarikat Rempah Allagappa yang terkenal di Bukit Mertajam.

Saya masih ingat lagi namanya, iaitu ‘Namasivayam’. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan membawa sebotol air minuman F&N sebagai bekal.

Walaupun anak orang kaya, Namasivayam cukup baik hati kerana setiap hari bila masuknya waktu rehat, dia tak akan minum air F&N yang dibawanya itu selagi saya tidak merasmikannya terlebih dahulu.

Sebagai anak orang susuah saya sedar diri dan tak pernah minum melebihi dua teguk. Selepas itu saya akan kembalikan pada Namasivayam semula. Dua teguk itu sudah cukup berharga buat diri saya. Itu semua tinggal kenangan.

Berbalik pada kita syarikat F&N semula, berikut sedikit fakta berkenaan syarikat itu sebagai sumber inspirasi buat mereka yang ingin menjadikan industri minuman sebagai perniagaan mereka.

Fakta berkenaan Syarikat Minuman F&N

  • Syarikat minuman itu sekarang barada di senarai Bursa di bawah nama Fraser & Neave Holdings Bhd. Ia disenaraikan pada tahun 1961, bermakna sudah 52 tahun bertapak di bursa saham negara kita.
  • Sebenarnya, Syarikat Minuman F&N bermula di Singapura pada tahun 1883. Syarikat tersebut ditubuhkan atas nama Singapore Straits Aerated Water Company.
  • Usahawan yang menubuhkan syarikat minuman paling tua itu ialah John Fraser dan David Chalmers Neave. Syarikat itu kemudiannya masuk ke Malaya pada tahun 1961 di bawah nama Fraser & Neave Holding Berhad atau (F&N Berhad).
  • Ini bermakna F&N sudah wujud sejak 130 tahun dahulu dan dari dulu sampai sekarang tidak pernah keluar daripada perniagaan minuman dan bahan tenusu!, istiqamah betul mereka!!!.
  • Syarikat minuman F&N merupakan sayarikat yang bertanggung jawab memperkenalkan susu pekat manis pada tahun 1974 dan dalam masa yang sama memperkenalkan berbagai produk aiskrim untuk pasaran negara.
  • Sekali lagi pada tahun 1984, syarikat tersebut memperkenalkan minuman isotonik yang semua orang tahu iaitu 100 Plus.
  • Pada bulan February tahun 2007, usahawan dari Thailand berjaya membeli dan mendapat hak kawalan F&N Ltd Singapore, iaitu syarikat induk F&N dengan jumlah belian mencecah RM35 Billion. Billionaire itu ialah Charoen Sirivadhanabhakdi, yang juga merupakan tuan punya syarikat Thai Baverage.

Demikianlah serba sedikit maklumat buat mereka yang mahu jadi pesaing kepada Raja Minuman Asia Tenggara dari Thailand di atas.

Bagi saya perniagaan minuman ini cukup berpotensi dan mudah untuk dijalankan terutamanya secara kecil-kecilan. Banyak syarikat minuman muncul dari industri kampung yang dibotol dan dipasarkan di sekitara daerah setempat.

Masalah hanya timbul apabila usahawan mahu melonjakkan minuman keluarannya ke seluruh negara dengan jualan besar-besaran. Ini memerlukan modal tinggi dan kempen pemasaran yang cukup besar dan berterusan…tak ramai yang ada wang yang banyak untuk kerja sebegitu!

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

16 comments

  1. cerita kisah syarikat minuman ni teringat gua dekat air tin sudi, dan macam sekarang jenama fanta mula meningkat semula gua rasa dah lebih sepuluh tahun gua tak jumpa sekarang siap ada iklan dekat tv hebat betul lah yahudi
    onlajer recently posted…Membina Pendapatan PasifMy Profile

  2. Dari kecik aku minum coke je… Haha
    Anyway, baru tahu F&N dah kena jual.Lepas nie boleh tulis mengenai Richard Branson pulak. Dia pun ade cerita yang menarik. Usahawan yang berani dan berwawasan.

  3. Terima kasih untuk cerita yang menarik. Penuh dengan moral untuk para usahawan. Antara yang menarik ialah,’istiqamah’ dan ‘kempen pemasaran’.. Teruskan menulis,Tuan. Moga menjadi inspirasi untuk para usahawan.. Terima kasih sekali lagi !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge