Usahawan muda berjaya dari Pulau Pinang yang misteri !

By | 02/09/2013

Taikun muda dari P PinangBerapa ramai usahawan muda berjaya di Malaysia yang layak digelar Taikun di negara kita yang sudah hebat seawal usia 31 tahun?

Sebanarnya tak berapa ramai yang berjaya di waktu muda. Kalau ada usahawan berjaya di usia mudapun, tak ramai pula yang ada hubungan rapat dengan ahli politik tertinggi serta golongan diraja.

Jho Low, usahawan muda berjaya

Pernahkah anda dengan nama Low Taek Jho? nama glamournya ialah Jho Low. Dia berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak kepada Datuk Larry Low, seorang usahawan dari Pulau Pinang.

Usahawan muda berjaya, Jho Low ini terlibat dalam berbagai perniagaan termasuklah dalam industri hartanah, pelaburan dan juga pengedaran pakaian dalam wanita bermutu tinggi.

Jho Low juga dilihat sering berparti dengan celebriti terkenal dunia separti Paris Hilton dan juga rapat dengan artis Usher. Tidak cukup hanya rapat dengan para artis, Jho Low juga dikatakan rapat dengan ahli politik peringkat tinggi negara kita.

Usahawan muda berjaya ini juga merupakan orang yang bertanggung jawab membawa masuk artis terkenal dari Korea yang meletup dengan lagunya Gangnam Style, ke Pulau Pinang tidak lama dulu.

Lebih hebat lagi adalah Jho Low dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga di raja dari tanah arab. Ini ditunjukkan daripada kejayaannya membawa pelaburan berbillion ringgit dari sana ke negara kita hanya dengan satu pujukan!.

Daripada mulut Jho Low sendiri, dia memberitahu bahawa dia punyai kenalan yang rapat dengan seseorang di Khazanah Nasional Berhad, sebuah agensi pelaburan kerajaan.

Jho Low juga dikatakan punyai hubungan dengan syarikat 1-Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat milik Kerajaan Malaysia.

Berikut antara beberapa syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low untuk siasatan mereka yang berminat mengenali Usahawan muda berjaya ini dan mencari jalan berkawan dengannya:

  1. Mubadala Development Company – Syarikat pelaburan milik penuh kerajaan Abu Dhabi. Melalui Mubadala inilah Jho Low membawa masuk pelaburan ke negara kita dari tanah arab untuk melibatkan diri dengan syarikat 1MDB. Jho Low merupakan pengarah kepada syarikat Viceroy Group of Hotels and Resorts, sebuah syarikat yang berpusat di San Francisco dan dimiliki oleh Mubadala.
  2. Terengganu Investment Authority – Kini dikenali sebagai 1-Malaysia Development Berhad. Jho Low menafikan penglibatannya dalam penubuhan 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaku bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memintanya untuk membantu penubuhan syarikat pelaburan kerajaan Terengganu itu bagi melabur kekayaan yang ada pada negeri tersebut. Jho Low menggunakan pengaruhnya di tanah arab untuk membawa masuk pelaburan yang banyak bagi menjayakan 1MDB.
  3. UBG Berhad – Jho Low ketika belajar di Kolej menubuhkan satu syarikat pelaburan Wynton Private Equity Group dengan menggunakan modal yang dikumpul daripada kawan-kawannya. Dari situ dia melibatkan diri dalam proses pembelian dan penggabungan syarikat-syarikat besar. Salah satunya adalah proses pembelian Loh and Loh Bhd dan juga Putrajaya Perdana Berhad oleh UBG Berhad. Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif kepada UBG Group Berhad pada tahun 2008 (kemudiannya letak jawatan ada 2011).
  4. Jynwel Capital Limited – Syarikat yang berpusat di Hong Kong ini dimiliki oleh Jho Low di mana dia bertindak sebagai CEO dan abangnya sebagai Pengarah Urusan. Syarikat ini banyak terlibat sebagai orang tengah dalam berbagai transaksi perniagaan. Syarikat ini berpakat dengan Sony Corp untuk membeli EMI Music Publishing dengan harga USD2.2 billion.
  5. EMI Music Publishing – Kini sebahagaian daripada Jynwel Capital Limited kepunyaan Jho Low. EMI antara lain dimiliki juga oleh Mubadala, Sony Corp dan juga Michael Jackson Estate.

Ringkasnya, Jho Low ini cukup hebat!, dalam umur yang cukup muda dia sudah menjadi Taikun dan mengenali ramai pemimpin dan juga celebriti hebat dunia dan juga tanah air.

Berikut sedikit fakta berkenaan Usahawan Muda Berjaya, Jho Low:

  • Jho Low atau nama sebenarnya Low Teak Jho merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik kepada Datuk Larry Low, pengasas kepada syarikat MWE Holding Berhad dari Pulau Pinang.
  • Dilahirkan pada tahun 1982 dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Union di Jalan Burmah, P Pinang. Pada bulan Mei tahun ini dia telah menderma sebanyak RM1 juta kepada bekas sekolahnya itu.
  • Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran di Harrow UK. Di situ dia berkenalan dengan anak-anak orang kaya dari Tanah Arab termasuklah Putera Hamzah Al_Hussein dari Jordan yang merupakan anak kepada Raja Hussein, Jordan.
  • Dia kemudiannya melanjutkan lagi pelajarannya di Wharton School, University of Pennsylvania. Di situ dia berkawan pula dengan Hamad Al-Wazzan daripada Al-Wazzan Group of Companies, Kuwait.
  • Dia juga berkawan dengan Yousef Al-Otaiba, anak kepada Menteri Minyak Emiriah Arab Bersatu. Melalui Yousef inilah dia mendapat jaringan kepada Mubadala Development Company, Abu Dhabi.

Lihat percaturan Jho Low yang mengoptimumkan kedudukannya di mana saja dia berada dengan merapatkan diri kepada orang-orang yang bakal membantunya untuk melonjakkan dirinya ke atas.

Betullah kata orang bahawa kalau anda nak berjaya, anda tidak boleh lepas daripada membina jaringan kenalan yang betul !

Jika anda mahu menjadi usahawan muda berjaya seperti Jho Low, mulalah membina jaringan yang betul di kalangan mereka yang sudah berjaya, Insyallah anda akan mengikuti jejak Jho Low…itupun jika anda masih muda. Tapi tak kisah jika anda mahu jadi usahawan veteran berjaya…

Apa pendapat anda?

 

 

25 thoughts on “Usahawan muda berjaya dari Pulau Pinang yang misteri !

  1. Bibik On Wheels

    family cina & india malaysia byk yg buat mcm ni. deorang hantar anak deorang study oversea, build network dgn student2 sana anak2 sapa2 yg patut, then create opportunity unt deorang. genuine partnership & biz. Genting group pon mcm tu, thats why mampu penetrate UK n hong kong

    Reply
  2. zahar

    Yang ni ak xheran. Bila dah lepak dgn anak pak arab, anak billionaire, artis luar tu confirm lahh nk dapat baik dgn depa ni mesti kena ada arak., betina(pelacur),masuk kelab. Lgpun bapaknyer datuk.. mmg berharta .kita nih yg bru start dari bawah mmg payah lah. Nk dapat contact power2 depa akan tanya “lu anak sapa?… kita org islam nk berniaga cara islam bukann senang oooo… mmg betul ramai anak org senang byk yg perabih duit…tp background dye nih taklah mantap sangat sbb mmg keluarga org bisness danberduit .tak excited sangat nk baca. Tp kalau dye zero to hero (masa muda) ak mmg tabiikkk springgg. Sori panjang sangat.

    Reply
  3. Syuhada

    sangat hebat..

    inilah yang dikatakan “melabur untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga”
    Surround yourself with only people who are going to lift you higher..
    Syuhada recently posted…50 Idea Pemasaran Luar Biasa!My Profile

    Reply
  4. Dzariff

    Mamat ni memang hebat, dah lama ikut dia.. lately dia senyap sikit.. ada projek baru lah tuh… -dzariff-

    Reply
  5. onlajer

    ya kenalan merupakan salah satu aset yang terpenting untuk dijadikan batu loncatan, tetapi tidak semua orang boleh berjaya dalam sekelip mata perlu juga ada usaha,ilmu dan untuk kita anak panah malam adalah salah satu benda yang terpenting.
    onlajer recently posted…Motivasi Iklan CPUVMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge