Siapa yang tak kenal nama T Ananda Krishnan?
Mungkin ada juga yang tak pernah dengar nama usahawan berjaya dan juga orang kaya nombor dua Malaysia itu, tapi kebanyakannya hanyalah mereka yang tidak terdedah kepada pembangunan dan maklumat semasa.
Di negara mana-manapun akan ada manusia yang paling kaya. Itu sekadar ukuran harta benda anugerah Tuhan buat sementara untuk manusia sementara dia masih hidup.
Bagi mereka yang ada impian nak jadi orang kaya, sedikit sebanyak perlu ambil tahu juga keadaan padang yang mereka mahu bermain. Pemainnya juga perlu diperhatikan. Manalah tahu kalau-kalau ada yang boleh dipelajari.
Sekurang-kurangnya dengan mengatahui mereka ang ada dalam padang itu, kita dapat sedikit gambaran akan permainannya. Berikut saya berikan sedikit fakta ringkas berkenaan usahawan berjaya tersebut.
- Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938.
- Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields.
- Jumlah duit dalam poketnya dianggarkan dalam lingkungan RM32 Billion!
- Ananda mula buat duit pada awalnya adalah dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Dari situ dia terbang tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga.
- Uniknya Ananda Krishnan ini adalah, dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya!.
- Syarikat utamanya di Bursa Saham adalah, Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiganya mencecah nilai pasaran RM81.48 Billion.
- Sebagai usahawan dia merasakan nikmat kejayaan dan juga padah kegagalan. Namun kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.
- Antara skandal besar yang sedang melandanya adalah transaksi perniagaan di luar negara terutamanya di India dan juga di Indonesia. Kedua-dua masalah tersebut masih menghantuinya sehingga sekarang dan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.
- Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua.
- Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami buddha di Thailand.
- Anak perempuannya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya.
- Seorang lagi anak perempuannya pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tak berminat dengan perniagaan bapanya.
- Kesemua perniagaannya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang terdiri dari mereka yang berkaliber dan hebat. Kemungkinan besar merekalah yang akan mengambil alih sebagai peneraju empayar Ananda Krishnan selepas ini. Calon yang menjadi sebutan ialah Brahmal Vasudevan.
Begitulah serba sedikit fakta berkenan orang kaya nobor dua negara kita. Seorang usahawan berjaya yang asalnya bersekolah di Sekolah Tamil sahaja dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Harvard. Jika pelajar sekolah Tamil boleh jadi macam itu, maknanya sekolah pondok lebih-lebihlah lagi berupaya mencapai kejayaan yang sama.
Satu lagi fakta menarik yang boleh kita lihat adalah betapa beliau tidak menguruskan semua perniagaannya secara terus sebaliknya melepaskan pada beberapa individu profesional yang cukup berkaliber. Anda tak perlu glamour dan ke depan untuk muncul juara dalam perniagaan. Cukup hanya berada di sebalik tabir.
Perlu diingatkan untuk kita yang beragama Islam, perniagaan perjudian tidak perlu dijadikan sebagai contoh dan ikutan yang boleh kita ambil daripada usahawan berjaya ini!!!
48 comments
It’s not easy for everyone to reach what we want but with the effort made, insha-Allah everything is simplified
Hmm aku baca sebab nak buat research untuk video dia boss nak arh!! Lepas dia anak madey lak… = ~ =
Really Salute with you Sir..
Terbaik !!!
klu kita nak berjaya kawan2..kita perlu bermula dari bawah,dan brlah blh smpai kr atas..ambk ckp aku ni,bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..rezeki tak datang bergolek kalau tidak dicari dan rezeki tidak akan jatuh dari awan..perlu da usaha untuk berjaya,dan kita jangan malu untuk bertanya..klu korg tidak bertanya nnt akan sesat jalan dgn keeogaan korg..biarlah kita bermula dari zero tau kosong,aku pon dulu tak tahu nk meniaga ape..dan nl bt pe,stelah aku th alhmdulillah..aku berjaya smpai skarang..stiap perniagaan mesti da jatuhnya..tidak semestinya kita di atas,pasti akan berada di bawah..klu kita jatuh..bangun semula..dan jgn sekali2 korg nak berputus asa.
Lihat bagaimana kejayaan si bapa tidak mahu diisi oleh anak.
Kisah yg memberi inspirasi utk kita lebih berjaya dunia dan akhirat
wow HARVARD eh…
perkongsian yang hebat…semoga tuan punya blog menjadi taikun juga akhirnya
kakiblog recently posted…5 Blog Yang Menjadi Magnet Trafik
ini bermakna tak semestinya kita kena jumpa orang untuk dapatkan something.. kita hanya perlu send someone yang kita trust to do the work for us?
Zuan recently posted…Uncle Zuan Blog
Anak2 dia sorang pun ikut jejak dia?fuiyyo..judi jgn jdkan ikutan..tp usaha perlu dijadikan panduan
shafwan recently posted…rindukan cahaya mu`adz dzulkefly
Terima kasih bro atas perkongsian..terima kasih juga untuk peringatan tersebut..siapa yang tak nak kejayaaan mcm ni kan?kadang2 hanya mereka yang terpilih sahaja yang berhak menikmati nikmat kekayaan..betul tak bro?
Hafizul recently posted…Apa Erti Kemerdekaan
hoho..bahan bacaan bagus nih..
titan recently posted…Melancong ke Singapura.
Seandainya kita berlumba dengan orang lain, sudah pasti sentiasa ada yang lebih dari kita. Seandainya kita berlumba dengan diri sendiri, kemenangan ditentukan oleh diri kita.
waimantakwa recently posted…Proton Suprima S Setaraf Kereta Volkswagen
keja yaan perniagaan bila kita dapat menggajikan orang yang cedik pandai untuk menguruskan syarikat…. orang pandai = gaji besar…. gaji besar belum tentu orangnya pandai…
sepol recently posted…Kerjaya sebagai jurufoto atau sekadar hobi
betul sangat lah tu, ambil yang perlu jer
yang haram seperti judi dan arak tak perlu ikut
moga2 kita juga akan kaya dan bahagia
dunia dan akhirat
Mungkinkah rasa tidak minat anak-anak pada perniagaan bapa boleh dianggap salah satu kegagalan bisnes seseorang usahawan?
ahmadyani recently posted…Kenduri Tanpa Kendara.
Tak semestinya…usahawan yang berjaya membesarkan perniagaan sehingga penggantinya akan muncul dan naik dengan cara sistematik adalah tanda aras kejayaan sesebuah perniagaan. Jadikan perniagaan atau syarikat kita hidup…itulah matlamat perniagaan ideal!.
Samada anak sendiri atau orang lain yang menggantikannya tidak menjadi persoalan…itu pandangan saya.
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
Rasa nak jadi cam die jugak, kita kene bijak mencari peluang saja huhu
Khairul Zamri recently posted…Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama
Mungkin ada orang lain yang tolong dia cari peluang…?
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
Ananda ni boleh dikira sebagai jutawan alaf baru atau hujung alaf lepas. Unlike jutawan dulu2 yg kerja keras dan kumpul wang sedikit demi sedikit, jutawan sekarang hanya perlu pandai nilaikan bisness dan speculate sahaja. Of course, tetap kena pandai urus jugak tetapi basically duit mereka ni semua bertambah menerusi penjualan saham-saham yang nilainya di atas kertas sahaja. Kalau tak silap dulu berbillion ringgit modal berjaya dijanakan menerusi listing Astro di BSKL. Resipi business zaman sekarang… hmmm…
Ismail N recently posted…More Than Teachers and Educators
Ya! macam Tony Fernandes and the gang!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
anak-anak tak minat..tp org luar di sana ramai yang minat
ema recently posted…Tuu……. dia Pak Tam
ya memang ramai…kalau mengorat anak dia mungkin lebih mudah!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
Ada anak rupanya tauke besar nih
TR recently posted…Tukar cermin Depan dan Belakang MyVi
Ya, ada nafsu maknanya…!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
harta banyak, tapi tak dapat diwarisi oleh keturunannya… Kemungkinan harta beliau akan di berikan ke rumah-rumah kebajikan setelah beliau meninggal dunia nanti…
Anuar recently posted…Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka Jualannya
Jatuh habis pada anak-anak dia ler…mereka pandai perabih jugak!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
lama tak singgah sini….
makin maju blog ni, suka penampilan yang baru ni… kelas..
posting kali ni pun best… baru tahu ananda ni ada 3 anak..
sepol recently posted…Kerjaya sebagai jurufoto atau sekadar hobi
Ya, lama dah tak nampak dalam cyber ni!, sibuk dengan kerja ke?
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
thanks bro shubhi berkongsi…
baru tau yg dia ada 3 anak, tp kesemuanya tak berminat dalam duna perniagaan…sayang juga tu…tp itu pilihan ahli keluarga t ananda =)
hafizmd recently posted…Khasiat Minyak Habbatus Sauda!
Welcome…!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
wah banyak benar duit koceknya mungkin nikmat dari kejayaannya
onlajer recently posted…Rebat Telefon Pintar
Makan tak habis…orang kampung kata!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
bangsa lain ada yang menjadi jutawan, alangkah bagusnya ada banyak orang Melayu yang jutawan sanggup menderma, membuat kebajikan yang banyak seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al -Bukhary..
Irwan Alessa recently posted…Bagaimana Menjadi Seorang Blogger
Ya, ramai lagi bagus. Boleh menyumbang lebih banyak utk kerja dakwah…
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
Membaca kisah kejayaan ini memang menjadi hobi saya sekarang ini…
daddydee recently posted…Mudahnya Mencari Kekasih Halal
Dapat memberi sedikit gambaran apa yang perlu dibuat…
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
Assalam…
Saya pernah beberapa kali terjumpa dengan beliau masa event..Memang orangnya humble…tapi yg kelakar..agaknya dah terlampau kaya tak simpan duit dalam poket…few times dia masuk shop saya dgn few client lepas tu lupa bayar…agaknya dia ingat semua shop under maxis kot huhu…
AkmaOmar recently posted…Kehendak Menggunung Sampai Sanggup Berhutang
Ya! rasanya memang ramai jutawan jenis macam tu, mereka beli barang atau makan dan tak bayar…selamba saja, kekadang drebar yang kena bayar!. Terima kasih berkongsi pengalaman
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
owh..begini rupanya orang jadi jutawan ni..hehe..tak pernah jumpa dia..
blackrosehunter recently posted…Khasiat Madu Lebah Kelulut
hehe…glamer kedai sis AO…
habis tu, sape yg bayarkan? drebar dia ke?
hafizmd recently posted…Khasiat Minyak Habbatus Sauda!
Bukan glamer cuma dulu saya ada shop kat KLCC, tapi skrg dah pindah sebab rental mahal sangat..tak mampu..huhu
Terpaksa lah kita billing ke office dia..bagi kredit collect monthly huhu
AkmaOmar recently posted…Panduan Lulus Exam Pegawai Penerangan S41
yup die memang humble orangnya huhu
Khairul Zamri recently posted…Inspirasi Perlu Untuk Bangkitkan Semangat
Kesian juga adanya anak tidak mahu mengambil tahu bisnes ayah
drinspirasi recently posted…Tips Motivasi : Minat Menulis Buku, Novel?
Ya, orang tertanya-tanya siapa akan jadi penggantinya
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan
kesian dia.. warisnya semua tak minat dgn bisnes…
sohoque recently posted…Seronok Sangat Dapat Jumpa Nuffnang Angels
Ya!
Mohd Shubhi recently posted…Usahawan berjaya – T Ananda Krishnan