Artikel kali ini saya hanya akan cuba tulis secara ringkas sahaja.

Sejak akhir tahun 2018 sehingga bulan April tahun 2019 ni, saya punya jadual yang ketat. Banyak kerja nak kena buat. Banyak perjalanan naik dan turun dari Johor, turun ke Perlis, lintas ke Pantai Timur dan terbang ke Sabah dan Sarawak.

Walaupun sebelum ini, saya dah buat azam untuk habiskan sisa hidup saya sekarang secara santai dan perlahan, tapi nampaknya, makin saya nak santaikan diri, makin banyak pula kerja yang menerjah datang.

Walau macam manapun, saya layan jugak sebab semua kerja yang saya sedang buat sekarang merupakan jenis kerja yang saya suka dan memberikan kepuasan.

Cuma kerja menulis, yang juga saya suka, terpaksa dikurangkan. Sebab itu hanya ada satu atau 2 artikel saja setipa minggu, yang sempat saya kongsikan kat blog ini.

Faham aktiviti jualan syarikat perniagaan

Seperti mana yang saya dah janji, ini merupakan artikel akhir dalam siri senarai semak aktiviti perniagaan yang anda, sebagai seorang usahawan perlu ada.

Saya dah buat senarai semak untuk Tabiat, Kewangan, Pekerja dan Pemasaran. Kali ini saya tamatkan siri senarai semak ini dengan buat senarai semak untuk aktiviti jualan dalam syarikat perniagaan anda pula.

Biasanya orang yang tak ambil peduli pasal ilmu perniagaan ini akan keliru antara aktiviti jualan dan aktiviti pemasaran. Bagi kebanyakan orang, mereka anggap semuanya sama sahaja.

Untuk anda yang masih keliru, saya berikan asas mudah terhadap perbezaan antara Pemasaran dan Jualan.

Sebab nombor satu orang lansung tak datang kedai atau tak pernah beli produk dan servis anda adalah disebabkan mereka tak tahu menahu lansung pasal perniagaan atau syarikat anda wujud.

Itu punca paling besar yang membuatkan orang tak dapatkan prosuk atau servis anda.

Untuk atasi masalah itu, anda perlulah berusaha untuk kasi seramai mungkin orang yang anda sasarkan sebagai pelanggan, tahu kewujudan perniagaan anda itu.

Aktiviti bagi tahu kat orang tu, kita namakan sebagai aktiviti pemasaran.

Ertinya, segala aktiviti yang dilakukan untuk memyampaikan maklumat tentang kewujudan syarikat perniagaan anda. Buka pintu, atau buka hijab supaya orang boleh datang, dapatkan dan temui syarikat perniagaan anda dengan mudah.

Bila orang dah tahu, baru ada kemungkinan untuk dia membeli.

Bila dia datang, maka barulah bermula aktiviti Jualan. Kalau dia datang, tanya, dan kemudiannya orang itu belah tampa buat sebarang pembelian dan tak datang lagi. Ertinya, anda telah gagal dalam menjual.

Ada ramai orang pandai tarik perhatian supaya orang datang kepada syarikat perniagaannya. Tapi malangnya, dia lemah untuk menjual. Orang putih kata, gagal untuk ‘close a deal’.

Keupayaan menjual memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Anda tak semestinya perlu ada bakat terpendam dilahirkan sebagai seorang yang pandai menjual. Ilmu menjual ini boleh dipelajari dan diamalkan.

Perlu belajar untuk pandai menjual secara teorinya. Kemudian wajib untuk diamalkan untuk menguasainya. Kemahiran menjual ini hanya akan datang bila dilakukan. Kalau tak praktik, sampai ketua tak akan dapat kuasainya.

Semakin lama dan semakin banyak anda amalkan aktiviti menjual, maka semakin mahir anda akan jadi jurujual. Asalkan anda punya sikap positif untuk jadi seorang jurujual yang baik dan profesional.

Ok, saya dah terangkan beza antara pemasaran dan jualan.

Sekarang kita tengok terus senarai semak aktiviti jualan syarikat perniagaan yang perlu anda ada.

10 senarai semak aktiviti jualan syarikat perniagaan

Kalau anda memang dah berniaga, dah ada pelanggan yang beli dan gunakan produk atau servis anda, anda perlu tahu cara-cara yang asa untuk uruskan segala aktiviti jualan perniagaan anda itu.

Pastikan anda ada 10 perkara berikut;

  1. Maklumat para pelanggan – Adakah anda simpan segala maklumat pelanggan anda?. Tak ckup sekadar hafal sahaja kalau nak pergi jauh, perlu ada rekod tentang mereka. Zaman sekarang, banyak cara mudah untuk aktiviti menyimpan rekod para pelanggan yang anda boleh gunakan. Tapi kalau masih buta teknologi, paling asas, beli saja buku log untuk simpan maklumat pelanggan anda itu supaya anda boleh berhubung semula dengannya.
  2. Senarai pelanggan setia – Pastikan anda asingkan senarai pelanggan setia anda. Pelanggan yang beli lebih dari sekali boleh dimasukkan ke dalam senarai pelanggan setia. Pastikan mereka akan terus datang dan beli berulang kali. Ini pelanggan yang akan bantu untuk pastikan perniagaan anda terus kekal dan membesar.
  3. Senarai pelanggan baru – Pastikan anda rekod setiap kali munculnya pelanggan baru. Dia baru pertama kali datang dan mencuba produk atau servis anda. Kalau kena caranya, dia akan masuk jadi pelanggan setia anda. Itulah sasarannya.
  4. Tindakan susulan pelanggan – Adakah anda jenis usahawan sombong yang tak ambil peduli pada semua para pelanggan anda? Jangan buat macam tu kalau nak terus berniaga. Buat follow-up kepada para pelanggan yang dah beli produk atau servis anda tu. Tawan hati mereka. Dapatkan maklum balas dari mereka. Seeloknya, buat follow-up 100%, pasti perniagaan anda akan mudah untuk berjaya.
  5. Sasaran jualan setiap produk – Perlu ada sasaran yang anda tetapkan pada setiap produk atau servis yang anda tawarkan dalam pasaran. Dalam bentuk kuantiti atau dalam nilai jualan. Kalau ada 10 produk, maka setiap satu produk itu mesti ada sasaran. Jangan main pukul borong sekali gus.
  6. Pamerkan prestasi jualan – Ramai yang suka simpan saja dalam komputer atau atas kertas atau dalam buku segala maklumat prestasi jualan perniagaan syarikatnya. Itu tak berapa bagus dan kurang berkesan untuk uruskan aktiviti jualan. Elok jika anda pamerkan supaya mudah tengok. Buat carta prestasi dan lekatkan besar-besar kat papan maklumat di dalam pejabat syarikat anda itu. Biar semua staff anda tahu dan rasa prestasi jualan syarikat.
  7. Latihan menjual – Adakah anda punya sesi latihan menjual untuk semua jurujual syarikat anda? Kalau anda tak mampu berikan latihan, hantar kursus menjual atau jemput orang yang pandai ajar. Perlu ada latihan menjual secara berterusan untuk perbaiki prestasi. Kalau syarikat anda tak ada jurujual, maka anda sendirilah yang wajib jadi jurujual. Sudahkan anda pergi belajar teknik menjual untuk tingkatkan lagi kemahiran anda?
  8. Mesyuarat jualan – Pastikan ada sesi mesyuarat atau perjumpaan berkala untuk semua team jurujual di dalam syarikat anda. Ini team paling penting dalam syarikat perniagaan anda itu. Terangkan strategi jualan anda. Fokus pada mereka dan sentiasa pantau perkembangan mereka. Update perkembangan jualan syarikat sebenar berbanding unjuran.
  9. Adakan sasaran individu – Setiap jurujual dalam syarikat anda perlu diberikan target yang dia mesti capai. Tak cukup hanya sekadar target keseluruhan. Pantau setiap prestasi individu. bantu setiap jurujual untuk capai sasaran sampai mereka berjaya jadi jurujual kesayangan anda.
  10. Kriteria merekrut jurujual – Bagaimana anda merekrut jurujual dalam syarikat anda? perlu ada cara yang sistematik dan bukannya main angkut masuk saja. Perlu jelas ciri-ciri seorang jurujual yang anda mahukan. Buat senarai terperinci segala syarat yang anda perlukan merekrut jurujual.

Tak banyak pun senarai semak aktiviti jualan syarikat perniagaan yang anda perlu ada. tapi kalau anda buat kesemua yang saya kongsikan kat atas tu, insyaallah lebih mudah untuk berjaya.

Tamat sudah siri senarai semak aktiviti perniagaan yang sempat saya kongsikan pada semua usahawan yang sudi membaca blog ini. Moga ada manfaat dan dapat diamalkan sebaik mungkin.

Total
32
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge