salesman yang hebatKalau nak jadi usahawan, kita perlu tahu apakah sikap yang perlu ada pada seorang jurujual yang baik.

Seorang usahawan yang bermula dari bawah samada suka atau tidak, perlu melalui proses membuat jualan.

Lainlah jika kita mula berniaga dengan modal wang yang banyak atau berayahkan seorang Tan Sri atau mempunyai seorang rakan kongsi anak kepada seorang menteri.

Dalam keadaan sebegitu, kita hanya perlu merekrut seorang jurujual yang baik sejak dari awal perniagaan.

Walaupun begitu, jika kita tidak tahu bagaimana nak kenal pasti ciri-ciri seorang jurujual yang hebat, kita akan tersalah langkah dan membuat pilihan yang salah. (Tapi kalau ada banyak duit, boleh juga upah orang yang tahu memilih jurujual yang hebat).

Jika nak jadi jurujual yang hebat, atau jika kita nak ambil pekerja jurujual yang hebat, mestilah pastikan ada sikap yang berikut:

#1. Jurujual hebat perlu ada keyakinan diri yang tinggi

Kita biasanya menjual pada manusia dan sebagai jurujual, akan sentiasa berurusan dengan manusia. Manusia biasanya sentiasa selesa dengan orang yang berkeyakinan tinggi dan tahu apa yang dia lakukan.

Tetapi jangan pula disalah ertikan dengan sombong. Kadangkala sombong dengan keyakinan yang tinggi sering berada bersebelahan antara sempadan yang nipis. Oleh itu perlu sentiasa berhati-hati.

Jika kita tak ada keyakinan jangan harap akan mampu yakinkan orang lain. Begitu juga jika kita merekrut seorang yang ragu-ragu untuk berjumpa dengan kita atau seorang yang gabra berlebihan ketika temuduga, dia sebenarnya memang tak sesuai untuk kerja jurujual.

#2. Jurujual hebat mesti sanggup pertahankan pendiriannya

Pertahankan pendirian bukan ertinya bergaduh atau dilakukan dengan cara yang tidak bersopan. Jika ternyata kita perlu mempertahankan sesuatu, kita tidak boleh segan atau berundur ke belakang tanpa sebab.

Ciri-ciri ini perlu ada pada seorang jurujual. Bayangkan jika ada masalah dibangkitkan oleh pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan, jika kita hanya menerimanya tersenyum dan tak ada reaksi mempertahankan atau membetulkan keadaan, agak sukar untuk menempa kejayaan.

Lebih parah lagi apabila pelanggan kondem produk atau perkhidmatan kita lalu kita turut sama menambah perisa dan mengkritik produk kita sendiri.

#3. Jurujual hebat mesti berkulit tebal dan tabah

Jika anda pernah buat jualan tentu tahu betapa sukarnya kerjaya ini. Jika kita berjumpa dengan 100 orang untuk menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan, untuk dapatkan seorang yang menerimanya adalah  sesuatu yang belum pasti.

Oleh itu jika tak berkulit tebal menerima tolakan demi tolakan, alamat lari malam dan tak keluar rumah lagi.

Jika tak pandai pujuk diri sendiri untuk tabah menerima dugaan dan anggap itu semua hanya sementara sahaja, anda tak akan mampu menjadi jurujual yang hebat.

#4. Jurujual hebat mesti bercita-cita tinggi

Apakah anda tak pernah kisah samada untuk mendapatkan jualan syarikat sepuluh ribu ataupun sejuta. Jika itu semua bagi anda sama saja, ertinya anda tak akan mampu melonjakkan jualan syarikat.

Begitu juga jika jurujual yang anda rekrut, yang tak ada semangat walaupun diberikan ganjaran komisyen yang baik, elok buang saja dan cari jurujual lain yang bercita-cita tinggi.

#5. Jurujual hebat mesti suka bersaing

Seorang jurujual yang hebat mesti peka dengan prestasi rakan sekerjanya. Dia akan saling berusaha mengatasi pencapaian orang lain dan mempelajari teknik untuk mendapatkan hasil yang serupa.

Sekurang-kurangnya dia mesti suka bersaing dengan pencapaiannya sendiri. Dia mesti mahu hasil hari ini lebih baik daripada hasil semalam.

Samada suka bersaing dengan orang atau diri sendiri, sikap suka bersaing untuk menjadi lebih baik mesti ada jika kita mahu jadi jurujual yang hebat.

#6. Jurujual hebat biasanya ada cita rasa yang tinggi

Dalam bahasa orang putih kita panggil ‘high standard’. Biasanya orang yang sering meyasarkan sesuatu yang tinggi sasaran serta jangkaan, akan bekerja dengan terperinci.

Begitu juga jurujual yang ada cita rasa tinggi dalam apa saja urusannya akan bekerja dengan terperinci merancang agar urusan jualannya berjaya sekerap yang mungkin.

Kita boleh lihat sikap jurujual yang hebat pada perwatakannya. Gaya pemakaian seorang jurujual hebat juga jarang selekah. Semua itu adalah sikap atau tabiat yang terbentuk hasil daripada cita rasa yang tinggi.

#7. Jurujual hebat perlu matang

Banyangkan bila pelanggan melenting dan marah-marah ketika kita berusaha membuat jualan.

Jika kita turut sama melenting malah dua kali ganda lebih daripada pelanggan, sampai bilapun tak ada orang yang akan hormat. Apatah lagi nak buat jualan.

Oleh itu, jurujual mestilah sentiasa relaks, bertenang dalam apa saja keadaan yang dia hadapi.

Hanya orang yang matang dan mampu kawal perasaan secara konsisten dan profesional sahaja akan sentiasa cool ketika membuat jualan.

#8. Jurujual hebat sentiasa peka dalam pertemuan pertama

Apa berlaku jika anda membuat temuduga pada seorang pekerja untuk jawatan jurujual, bila dia datang lewat dan tidak terurus dalam temuduga tersebut?

Jika anda rekrut juga orang seperti itu, sudah tentu ada sesuatu yang luar biasa padanya.

Jika kelewatannya serta rupanya yang tak terurus tersebut tanpa satu alasan yang munasabah, elok lupakan saja untuk merekrutnya buat dijadikan jurujual.

Apa saja yang kita lakukan, bila masuk bab pertemuan pertama, pastikan tidak ada sikap acuh tidak acuh. Ini amat penting untuk memberikan gambaran positif dengan orang yang mahu kita jumpa.

Rumusannya

Apakah anda, saya atau pekerja ada ciri-ciri di atas? kalau tak ada lagi, nampaknya perlu digilap agar mampu menjadi jurujual yang hebat.

Perlu diingat! jika anda seorang usahawan, tidak ada pilihan untuk berjaya menjual perniagaan anda ataupun menjual idea anda melainkan perlu menjadi seorang jurujual yang hebat

Total
280
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Perkongsian yang sangat menarik.penjual yang baik mesti ada aftersales service yang bagus juga….Every big business start with small business…..itulah salah satu ungkapan penting untuk berjaya…

    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.maklumat lanjut: http://www.kaya-knowledge.blogspot.com.
    wan recently posted…Introducer current account maybank/cimb untuk syarikat.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge