Kenapa anda gagal dalam MLM

By | 08/04/2013

Tentu ramai yang pernah terlibat dalam aktiviti jualan lansung atau lebih terkenal dengan panggilan Multi Level Marketing atau MLM (Meeting lewat malam!).

  • Ada yang terjebak menyertai perjumpaan MLM kerana dijemput oleh kawan yang merahsiakan agenda jemputan. Kononnya ada peluang keemasan sedang menanti.
  • Ada yang terjebak menyertai MLM setelah dipujuk oleh kawan yang menggunakan contoh kejayaannya menjana pendapatan yang banyak hasil dari aktiviti MLM.
  • Ada juga yang terpaksa membeli ‘starter kits’, semata-mata untuk melepaskan diri daripada kawan yang begitu bersungguh-sungguh mengajaknya bersama menjadi kaya. Dengan menyertai MLM, maka terhentilah gangguan kawan itu.
  • Ada juga yang tertarik dengan tawaran menggunakan produk harian jenama MLM kerana disamping menggunakannya, anda dapat pulangan wang. Tambahan pula jika ada orang di bawah anda turut menjadi pengguna tegar barangan tersebut….
  • Dan macam-macam cara lagi orang kenali MLM

Anda pula, tentu pernah ada pengalaman sendiri dalam dunia MLM ini dan sebenarnya ramai yang pernah terlibat kerana jumlah lambakan syarikat MLM yang muncul ke negara kita dan bertapak kukuh membuktikan bahawa pasarannya adalah besar dan ramai yang terlibat.

Memang MLM berjaya melahirkan ramai orang yang berjaya dari segi material. Malah itulah daya tarikan yang sering dijadikan umpan bagi menarik ramai peserta. Kereta mewah, pelancongan luar negara, duit banyak tak perlu bekerja dan bermacam-macam lagi kemewahan hebat.

Dalam keupayaan melahirkan ramai orang kaya melalui MLM, sistem perniagaan itu juga melahirkan ramai pencebur yang gagal. Malah jumlah mereka yang gagal adalah jauh lebih ramai daripada yang berjaya. Lebih malang lagi apabila yang gagal itu menyalahkan MLM kerana gagal mengkayakan dirinya.

Jika anda ada potensi untuk menjadi seorang yang berkaya, setiap kegagalan membuatkan anda menyuluh diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Itulah ciri-ciri yang dikongsi oleh seluruh golongan mereka yang berjaya.

Teknik jualan yang betul
Mari kita salahkan diri sendiri jika kita gagal menyerlah ketika berkecimpung dalam MLM dengan melihat adakah kita mengamalkan cara yang betul dalam membuat jualan.

Cara betul yang paling baik dalam melakukan jualan ada lah dengan mengikuti 4 langkah yang disebutkan di bawah:

  1. Menjalin hubungan – Kebanyakan mereka yang mencari ‘downline’ dalam MLM mereka, terlalu gopoh untuk membuat segala persembahan sedangkan orang yang dibawa untuk menemuinya masih dingin dan merasa curiga dengan anda. Pastikan anda relaks dan kenali dulu prospek.
  2. Memahami – Bila dah kenal, anda perlu cuba memahami apa sebenarnya yang dicari oleh prospek tersebut. Gunakan segala kreativiti yang ada agar proses memehami anda itu berjalan dengan rela, selesa dan tidak secara terpaksa.
  3. Memberi cadangan – Bila dah faham barulah buat cadangan berdasarkan keperluan prospek. Ada kalanya apa yang anda ada tidak dapat selesaikan masalah prospek tersebut. Oleh itu jangan pula memaksa dan memutuskan jalinan persahabatan yang baru dibina. KIV dulu dan mungkin selepas ini akan tiba masanya dia bersedia untuk pertimbangkan cadangan anda.
  4. Menjual – Menjual adalah proses akhir setelah segala yang di terangkan di atas berlaku dengan baik dan lancar.
Cuba lihat proses di atas dan fikirkan samada anda mengamalkannya sepanjang melakukan aktiviti jualan dalam MLM yang anda ceburi. Kebanyakan dari mereka yang gagal biasanya tidak mengikuti 4 langkah di atas. Mereka tergesa-gesa mahu jual dan mencari lagi pelanggan baru.
Proses yang sama juga berlaku dalam semua perniagaan. Apa saja perniagaan anda, samada menjual produk ataupun menjual perkhidmatan, proses yang sama mestilah diikuti dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Kenapa anda gagal dalam MLM

  1. sepol

    saya setuju dengan tulisan tuan… seperti perniagaan yang saya jalankan… selalunya perniagaan djalankan dengan kenalan rapat terlebih dahulu. kenapa? kerana mereka telah mengenali kita.

    kemudian mereka pula akan menjadi ajen promosi kita kepada rakan2 mereka yang kita tidak kenali dan begitu lah seterusnya.

    yang penting kita menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kita tanpa mengira siapa mereka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge