Sebelum ini saya ada kongsikan satu artikel bagaimana anda boleh gunakan teknologi yang mudah dan murah untuk menguruskan perniagaan kecil anda.

Mungkin ada yang tak berapa nak faham bagaimana nak gunakan sistem Vniaga yang saya syorkan dalam artikel tersebut.

Jadi, kali ini saya nak kongsikan langkah-langkah mudah menggunakan sistem Vniaga dalam menguruskan jualan anda.

Saya gunakan bisnes bengkel kereta sebagai contoh.

Anda boleh cuba kaitkan contoh yang saya beri nanti untuk disesuaikan dalam perniagaan kecil yang anda jalankan sekarang.

Uruskan jualan bisnes bengkel kereta

Bila anda buka sebuah bengkel kereta, anda sebenarnya masuk ke dalam satu perniagaan yang punya potensi untuk berjaya yang tinggi.

Maklumat terbaru yang saya dapat berkenaan statistik kegagalan sesebuah bisnes yang baru dibuka, memberikan satu perspektif baru yang memberansangkan.

Sebelum ini, peratusan kegagalan sesebuah bisnes baru diberikan secara umum. Jumlah bisnes yang gagal selepas satu ke 3 tahun dibuka, amat tinggi.

Tetapi bila buat perbezaan antara 2 kategori bisnes, rupa-rupanya ada perbezaan.

Maklumat dari industri pelaburan terhadap bisnes baru mendapati ada dua kategori bisnes yang berbeza yang boleh diceburi oleh usahawan.

  1. Bisnes gaya hidup – Apa saja bisnes yang usahawan buat dengan melibatkan dirinya secara penuh 100%. Contohnya adalah Bisnes Bengkel Kereta yang mana usahawan habiskan masanya di bengkel setiap hari. Jadi pomen, jadi servis adviser, jadi trouble shooter dan macam-macam lagi.
  2. Bisnes untuk dibesarkan – Ia boleh jadi apa saja jenis bisnes tapi fokusnya adalah untuk dibesarkan secara berganda. Usahawan tak boleh tenggelam dalam urusan rutin harian bisnes tersebut dari A ke Z. Sebaliknya usahawan buat pengurusan dalam menyusun atur segala sumber yang pelbagai untuk membesarkannya. Apa yang usahawan berikan tumpuan adalah idea dan konsep yang mahu dijayakan.

Jika anda seorang mekanik, berhenti kerja setelah bertahun-tahun makan gaji kerja di bengkel milik orang lain, dan buka bengkel kereta anda sendiri dengan skill operasi yang ada, maka anda masuk ke dalam kategori bisnes no. 1 di atas tadi.

Ada berita baik untuk anda!

Dalam 100 orang yang mulakan bisnes dalam kategori itu, hanya 25 orang sahaja yang biasanya gagal dalam tempoh 3 tahun pertama.

Ertinya kalau kena lokasi, ada pelanggan tetap yang kenal dan dah percaya pada kebolehan anda, ada kelengkapan yang cukup dan ada modal sikit, anda pula libatkan diri 100% pagi dan petang, anda punya segala resepi yang mencukupi untuk terus bertahan hidup.

Anda biasanya sudah pasti akan punya pelanggan dan jualan sudah pasti akan berlaku.

Apa yang anda perlukan sekarang hanyalah sedikit perubahan yang lebih baik dalam bab uruskan jualan bisnes bengkel kereta anda itu.

Kenapa perlu uruskan jualan bisnes kereta anda

Sebab paling utama kenapa anda perlu uruskan jualan bisnes kereta anda itu tak lain dan tak bukan adalah untuk pastikan bisnes anda sentiasa stabil dan membawa keuntungan.

Rata-rata masalah paling besar yang usahawan bisnes kereta hadapi adalah hasil jualan yang sudah tepu. Jumlah jualan bulanan secara purata kekal pada satu siling yang seolah-olah tak boleh ditingkatkan lagi.

Dalam keadaan begitu, bisnes kereta anda akan mudah terdedah kepada risiko merudum apabila berlaku perubahan dari luar yang anda tak boleh kawal. Contohnya apabila ekonomi agak terk dan polisi kewangan kerajaan yang baru diperkenalkan seperti sistem GST yang berlaku sebelum ini.

Hanya disebabkan GST, rata-rata bisnes kereta punya hasil jualan merosot. Adfa yang teruk dan ada yang tak berapa teruk. Ini membuatkan usahawan bengkel kereta terkedu dan hilang punca untuk membaiki pendapatan mereka.

Masalah itu tentu dapat dikurangkan risikonya jika anda punya sistem pengurusan jualan yang baik dan sistematik.

Dalam industri bisnes bengkel kereta, anda hanya perlu pastikan setiap pelanggan setia yang anda ada tidak terputus hubungan. Perlu sentiasa berhubung supaya mereka tak lupakan anda.

Ini ramai usahawan bengkel kereta tak buat.

Saya yakin kalau boleh semua nak buat tapi masa, modal dan kekangan kemudahan tidak mengizinkan.

Tapi dengan Vniaga, anda boleh buat semua itu.

Saya tunjukkan dengan mudah di sini.

Uruskan jualan dengan sistem Vniaga

Anda boleh cuba guna Vniaga secara percuma sebulan. Pergi ke pautan ini dan daftar untuk percubaan percuma.

Bila dah daftar anda boleh mula masukkan hasil jualan yang berlaku di bengkel kereta anda satu demi satu.

Masukkan jenis kerja yang anda buat. Masukkan maklumat pelanggan yang anda ada. Nama, no phone, nombor kereta, alamat perhubungan, kategori pelanggan dan lain-lain lagi.

Jika pelanggan anda itu datang untuk servis tukar minyak enjin, jangan lupa berikan indentiti Grup padanya.

Contohnya:

Group 1 – Untuk servis kereta bulan Jan, April, Julai, Oktober

Group 2 – Untuk servis kereta bulan Feb, May, Ogos, November

Group 3 – Untuk servis kereta bulan March, Jun, September, December

Dengan adanya 3 kumpulan sebegitu, anda sudah ada maklumat untuk kesemua pelanggan anda yang perlu datang servis kereta mereka setiap bulan.

Katakan anda perlu buat jualan minimum RM20 ribu sebulan untuk mendapat titik pulang modal bisnes bengkel kereta anda itu.

Cuba andaikan purata servis kereta bernilai RM190 sebuah.

Jika ada sebanyak 105 buah kereta yang datang servis di workshop anda setiap bulan, anda sudah mampu mencapai titik pulang modal. Itu belum ambil kira kerja-kerja repair yang lain lagi.

Kita andaikan kebiasaannya orang servis kereta 3 bulan sekali. Jadi anda perlu ada sebanyak 105 x 3 jumlah kereta.

Dengan menggunakan sistem Vniaga, anda boleh mula kumpulkan sebanyak sekurang-kurangnya 315 pelanggan unik yang setia untuk anda sentiasa berhubung dan jangan terlepas pandang.

Oleh kerana anda ada semua maklumat perhubungan melalui sistem Vniaga itu, anda boleh berhubung dengan mereka secara mudah melalui SMS. Pilih saja Group 1  pada bulan yang sesuai seperti yang saya berikan contoh kat atas tadi, dan berikan peringatan servis dah sampai masanya. Sekali tekan, semua pelanggan Group 1 akan mendapat peringatan mesra dari anda.

Anda juga boleh rangka promosi setiap bulan dengan saguhati atau hadiah menarik dan maklumkan melalui SMS tadi.

Tentu hebat kan!

Itu satu contoh bagaimana anda boleh gunakan sistem Vniaga

Ada banyak lagi perkara yang anda boleh buat bila dah ada maklumat yang dimasukkan secara betul ke dalam sistem Vniaga perniagaan bengkel kereta anda itu.

Yang paling penting anda boleh lihat hasil jualan setiap hari hanya dengan membuka sistem. Semua sudah dicampur untuk anda lihat prestasi perniagaan anda setiap bulan.

Boleh segera cuba pakai sistem Vniaga yang mudah dan murah itu. Hanya RM35 sebulan lebih kurang. Ada bantuan teknikal secara online kalau anda tak faham macam mana nak pakai.

Pergi cuba semantara harga yang ditawarkan masih rendah. Ini adalah hasil kerjasama hidupringkas dengan syarikat berstatus MSC khas untuk usahawan kecil diluar sana.

Moga bermanfaat untuk semua usahawan yang mahu melakukan transformasi digital ke arah membangunkan perniagaan mereka.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge