Petua susun barang di kedai

By | 20/08/2012

Salah satu perniagaan yang terbukti berjaya adalah perniagaan runcit. Namun begitu sejak kemunculan pasaraya-pasaraya besar di seluruh dunia, perniagaan kedai runcit tradisional mengalami serangan yang cukup teruk.

Dalam laporan terbaru tentang industri perniagaan di dunia yang teruk sekali mengalami penyusutan peluang samada peluang perniagaan, keuntungan maupun peluang pekerjaan, adalah perniagaan peruncitan. Ini disebabkan inovasi teknologi terbaru yang lebih mengutamakan sistem automasi berbanding penggunaan manusia.

Kepesatan penggunaan teknologi yang berkos tinggi dan memerlukan modal yang besar membuatkan perniagaan peruncitan kecil-kecilan kalah ditangan peruncit besar dan bersifat multinasional.

Bagi mereka yang bersikap positif, jika terpaksa melupakan perniagaan peruncitan, hendaklah beralih arah kearah pengeluaran produk runcit. Ada berbagai produk yang boleh dipasarkan terus kepada orang ramai. Buatlah apa saja produk yang terbukti ada pasaran dan perbaiki teknik pemasaran untuk mengatasai pesaing.

Kita perlu lihat secara terperinci segala aspek samada pemasaran, harga, penampilan produk ataupun persembahan peroduk. Gunakan peluang kedatangan pasaraya-pasaraya besar ke dalam pasaran tempatan sebagai pusat penjualan produk kita.

Jika kita berjaya menawarkan produk kita di sana, pastikan produk tersebut diletakkan pada rak yang tingginya sama paras dengan kedudukan mata pelanggan. Disamping itu buatlah apa saja untuk mendapat kedudukan produk kita dibahagian tengah. Bukan ditepi kiri atau kanan.

Ini kerana kajian membuktikan kedudukan samada laris atu tidak laris barangan kita dipengaruhi salah satunya oleh kedudukan pada ruang mendatar seperti berikut:

  • Tepi bahagian kanan – 31.7%
  • Bahagian tengah – 44.4%
  • Tepi sebelah kiri – 23.8%
Oleh itu letakkan produk anda pada bahagian tengah sekali yang simetri. Kedudukan ini juga boleh kita gunakan untuk mempromosikan apa saja barangan yang kita mahu habiskan atau lariskan di kedai kita sendiri. Ia tidak terhad kepada kedai runcit sahaja. Ia juga boleh digunakan dalam perniagaan pakaian, kasut, ubatan, dan lain-lain lagi.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge