Dalam mana-mana perniagaan, aktiviti untuk tambah hasil jualan perniagaan perlu menjadi perkara utama.

Aktiviti ini wajib sentiasa diberikan tumpuan.

Perniagaan anda akan hancur jika perniagaan yang dijalankan mempunyai kumpulan jurujual yang lembab membawa hasil jualan.

Perniagaan anda juga akan hancur jika kumpulan jurujual perniagaan anda gagal membawa masuk jumlah jualan yang jauh lebih banyak daripada jumlah kos menyara gaji mereka.

Kumpulan yang terlibat dalam menjalankan aktiviti jualan di syarikat anda merupakan kumpulan yang cukup penting dalam menentukan kestabilan dan kelansungan perniagaan yang sedang dijalankan.

Perlu serius tambah hasil jualan

Beri perhatian serius pada kumpulan jurujual untuk tambah hasil jualan

Walaupun semua orang tahu betapa pentingnya kumpulan jurujual ini, namun kebanyakan usahawan sering memandang ringan aspek pengurusan aktiviti jualan mereka.

Apa yang biasa usahawan amalkan selama ini adalah bersikap sambil lewa dalam merekrut jurujual.

Samada pekerja jualan direkrut kerana kasihan ataupun kerana kawan.

Bukan kerana keupayaan.

Setelah merekrut jurujual pula, majoriti usahawan akan membiarkan para jurujual mencari jalan sendiri untuk hidup dan melaksanakan kerja.

Lebih parah lagi jika aktiviti jurujual tidak diperhatikan langsung dan hasil yang mereka bawa masuk ke dalam syarikat tidak dipantau.

Banyak berlaku kejadian di mana syarikat terpaksa membayar gaji setiap bulan kepada jurujual sedangkan para jurujual itu tidak pernah memasukkan satu senpun hasil jualan ke dalam akaun syarikat.

Jika anda sering bertanya kenapa ramai usahawan yang gagal, atau kenapa banyak syarikat yang gulung tikar, sekarang anda dah tahu salah satu dari sebabnya.

Sikap sambil lewa dalam menguruskan salah satu komponen paling penting dalam perniagaan adalah salah satu dari sebab utama perniagaan gulung tikar.

Pengurusan jurujual untuk tambah hasil jualan

Untuk memastikan kesemua aktiviti jualan dan juga semua kumpulan jurujual anda mampu tambah hasil jualan perniagaan syarikat, anda perlulah mengambil sikap serius terhadap segala butiran aktiviti jurujual anda.

Berikut langkah yang perlu diperhatikan:

  1. Memilih pekerja jurujual yang berkelayakan. Jangan takut bayar gaji mahal asalkan dia memang mempunyai rekod cemerlang dalam kerjaya jualannya.
  2. Sediakan sistem untuk menguruskan semua aktiviti jurujual anda. Biasanya sistem yang sering digunakan adalah CRM – Customer relationship management.
  3. Jika ada kekangan kewangan untuk mendapatkan sistem CRM, pastikan jurujual mempunyai rekod semua prospek yang dihubunginya secara terperinci. Terpaksalah membuat semua itu secara manual.
  4. Tentukan hasil jualan yang perlu dicapai oleh semua jurujual. Terangkan kepada semua dengan jelas dan terperinci. jelaskan apa yang mereka perlu lakukan untuk mencapai sasaran itu.
  5. Letakkan sasaran aktiviti bagi mencapai hasil jualan. Jika kebiasaannya mereka perlu bertemu 10 orang untuk dapat melakukan satu jualan, tetapkan sasaran untuk bertemu 100 orang jika anda mahu 10 jualan.
  6. Pastikan semua pelanggan yang ada turut di jaga oleh para jurujual. Tetapkan kekerapan yang perlu untuk jurujual pergi menemui mereka.
  7. Pamerkan semua aktiviti dan pencapaian jurujual anda untuk tontonan umum.
  8. Berikan hadiah misteri pada pencapaian terbaik setiap bulan atau setiap tiga bulan.

2 perkara penting tambah hasil jualan

Ingat! untuk tambah hasil jualan ada dua perkara penting yang perlu dilakukan:

  • Memburu – Jurujual perlu keluar bersosial, sertai seminar, sertai pameran perdagangan atau lain-lain seumpamanya untuk memburu pelanggan. Kerja ini perlu dilakukan secara berterusan.
  • Menternak – Hasil buruan yang berjaya dibawa pulang perlulah diternak dengan baik agar mereka sentiasa gemuk. Ertinya prospek yang telah bertukar menjadi pelanggan mesti dijaga sepenuh hati agar mereka tidak lari.

Pastikan anda dapat amalkan kesemua yang saya ceritakan di atas. Sesuaikan dengan jenis perniagaan anda dan berusaha dengan gigih sehingga kerja tambah hasil jualan menjadi perkara biasa dan berjaya.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Dulu Saya pernah jadi jurujual. Setiap pagi bos akan jumpa bagi semangat..buat report aktiviti semalam dan planning apa nak buat hari ni.. tanpa jemu..memang berkesan.. fokus pada aktiviti dulu.. banyak buat prospecting.. banyak la hasil.. “law of large number” kata bos sya..

    banyak bos2 yg tekankan pada HASIL saja tp tak bimbing dan tunjukkan jalan..jurujual akan hadapi tekanan..yg lebih malang sekali bos sendiri tak tau buat sale (bos yg jenis elok sertai bengkel Tuan Tanah haha)..

    kita sebagai bos boleh menilai keupayaan jurujual kita, ada yang jumpa 10 org boleh close 5, ada yg jumpa 10 dapat 1 saja. mengikut skill masing2, maknanya kita boleh kerah atau beri tumpuan lebih kepada yg kurang kemahiran untuk buat prospecting yg lebih. perkara ini biasanya terjadi kepada jurujual yg baru..hantar mereka ke kursus2 atau seminar2 jangan lokek untuk bagi staff anda ilmu.

    dampingilah staff anda selalu.. hatta dengan bertanya khabar sekali pun sudah memadai untuk mencetus semangat kepada mereka.

    sekarang saya praktikkan pada staff saya. walaupun mereka bekerja sebagai pembantu gerai atau kiosk, kami buat perjumpaan seminggu sekali. tanya masalah atau cadangan..Alhamdulillah mereka seronok bekerja, bila pekerja happy customer pun happy bila customer happy..InsyaAllah poket pun happy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge