10 amalan hidup sihat agar hidup anda lebih baik

By | 31/05/2012
10 petua amalan hidup sihat

Hari-hari akan terlintas dalam fikiran kita akan amalan hidup sihat untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Kita terfikirkan amalan hidup sihat ketika memandu kereta, ketika mahu tidur, ketika mahu bertakbiratul ihram untuk solat, ketika mengaminkan doa imam, ketika buang air besar dan lain-lain lagi.

Kita kadangkala terfikir apakah amalan hidup sihat serta bagaimana mahu menjalani hidup yang lebih bermakna.

Kalau anda tidak pernah terfikirkan amalan hidup sihat sebegitu, anda tidak perlu meneruskan pembacaan tulisan ini.

Tapi jika anda sering terfikirkan apakah amalan hidup sihat, anda boleh mengamalkan 10 petua di bawah setiap hari untuk menjadikan diri anda seorang yang lebih baik kehidupannya:

  1. Keluar ambil angin – Kurangkan terperap dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. (Amalan hidup sihat ini bersumberkan dari “Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability” : Psychological Science.
  2. Bersenam – Jangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manfaatnya tapi hampir semua orang tak perduli untuk amalkan. Sedangkan amalan hidup sihat dengan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenam selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia amalan hidup sihat.
  3. Bersama dengan kawan-kawan dan keluarga – Jangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada amalan hidup sihat dan kebahagian hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis.
  4. Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas. Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. (amalan hidup sihat ini bersumberkad dari: “Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People” from Social Psychological and Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.
  5. Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur – Sebagai orang Islam, sia-sia jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu kita. Kajian membuktikan amalan hidup sihat dengan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.
  6. Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya. Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang lansung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan amalan hidup sihat ini dan perhatikan masa tidur anda.
  7. Cabar sedikit diri anda – Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Amalan hidup sihat dengan melaksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.
  8. Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah. Amalan hidup sihat dengan tersenyum atau ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita meningkat, ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.
  9. Sentuh dan belai orang kesayangan anda – Anda tidak ada anak, segeralah usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Amalan hidup sihat dengan sentuhan membuatkan kita hilang stress, membuatkan kita erat perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia. Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga membuatkan kita panjang umur.
  10. Jadilah orang optimis. Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya. Jangan lupakan amalan hidup sihat ini.

Jika kita lihat kesemua senarai di atas, kesemuanya adalah perkara yang terlalu ringkas dan mudah untuk kita laksanakan. Jadi mengapa kita hendak susahkan hidup kita untuk berjaya dengan melakukan berbagai perkara yang sukar. Kehidupan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.

Segeralah laksanakan semua amalan hidup sihat di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge