10 Kecelaruan tanda berjaya

By | 26/03/2013
audi_tt_manu_HR_07_010Apa tanda berjaya?
Bila sebut usahawan, ramai yang bayangkan kekayaan. Itu salah satu sebab majoriti orang kita mengidam untuk terjun berniaga. Itu juga merupakan salah satu motivasi yang membuatkan orang makan gaji mahu berhenti dan memulakan perniagaan sendiri.

Dalam banyak orang yang terjun untuk berniaga pula tak ramai yang selamat. Ini juga merupakan satu masalah juga kerana ia mempamerkan hanya mereka yang berjaya sahaja ke depan berbanding mereka yang tak berjaya.

Kebiasannya, mereka yang gagal akan menghilangkan diri jauh dari publisiti. Mereka tidak meninggalkan bekas untuk orang ramai mengesannya. Sebaliknya, yang berjaya pula akan menonjol dan mendapat publisiti samada di kalangan rakan atau saudara mara.

Bagi yang bernasib baik lagi akan terus naik dan naik hasil dari publisiti samada secara sengaja atau tidak sengaja seiring dengan kejayaan perniagaan mereka.

Keadaan menjadi lebih ketara apabila kebanyakan daripada kita mengukur kejayaan melalui beberapa perkara mewah yang dinobatkan oleh media melalui iklan dan sebagainya. Antara tanda berjaya yang diukur adalah:

  1. Rumah yang kita tinggal – Semakin besar rumah, maka semakin berjayalah anggapan orang sekeliling. Tambahan pula jika kita dilihat tinggal dikawasan yang eksklusif dan berprestij. Rumah bersar jadi satu tanda berjaya.
  2. Kereta yang kita bawa – Antara kereta yang dihubungkaitkan dengan kejayaan adalah Mercedes, BMW, Volvo, Camry, Hummer, Audi, Porche, Ferrari, Lamborgini dan lain-lain kereta continental yang dilonjakkan oleh iklan sebagai berprestij. Bawa kereta besar jadi satu tanda berjaya.
  3. Jumlah kenderaan yang dimiliki – Kereta untuk ke pasar lain, untuk ke padang golf lain, untuk percutian keluarga lain dan untuk melobi projek pula lain. Laman rumah hanya dipenuhi dengan berbagai jenis kereta yang berbeza walaupun penghuni rumah hanyalah 3 orang. Banyak kereta jadi satu tanda berjaya.
  4. Kasut yang kita sarungkan pada kaki – Jangan terkejut jika anda tidak dihormati jika hanya memakai selipar atau sandal masuk ke dalam bank atau menghadiri kenduri.
  5. Pakaian serta aksesorinya yang kita pakai – Banyak jenama pakaian yang dikaitkan dengan mahal dan elegan. Begitu juga segala aksesori lain seperti tali pinggang sehinggalah ke tahap butang pada lengan baju kemeja tangan panjang akan dipandang dan diukur.
  6. Jam tangan yang kita lilitkan di lengan РJika anda pakai jam tangan Casio yang basic berwarna hitam dari plastik. Di tambah pula dengan bercalar pada cermin plastiknya, cakap-cakap perniagaan anda mungkin akan hilang kredibiliti. Banyak jam berjenama yang menggunakan sistem mekanikal dijual beratus-ratus ribu sedangkan dari segi praktikal dan ketepatan berfungsi tidak dapat megalahkan jam quarza yang dijual dengan harga murah.
  7. Pen yang kita selitkan di poket – Antara pen yang hebat adalah Mont Blanc. Ada tompokan putih pada bahagian atas bucu penutupnya yang membuatkan orang mengerling pada poket baju anda.
  8. Dompet duit РJangan gunakan dompet plastik untuk keluarkan kad perniagaan anda ketika melakukan pertukaran kad perniagaan. Tambahan pula ada sedikit tercarik pada ruang menyelit dokumen peribadi. Orang akan terus hilang mood bila melihat keadaan begitu untuk berurusan dengan  anda!.
  9. Restoran yang kita makan dan minum – Orang yang diketahui berjaya akan lihat pelik jika makan dan minum di gerai tepi jalan. Tambahan pula ianya menjadi satu perkara rutin. Tambahan pula bila berurusan dalam perniagaan besar. Modesto, Doom, Starbuck dan lain-lain lambang kejayaan berprestij.
  10. Destinasi percutian yang diambil – Paris, London, New York dan lain-lain seumpamanya membeliakkan mata orang ramai. Jumlah kekerapan berkunjung mengerjakan umrah juga boleh menjadi satu ukuran. Eropah jauh lebih berprestij berbanding India atau Indonesia. Namun, asalkan namanya luar negara, ia membawa banyak perbezaan.
Mungkin cukup setakat itu sahaja saya senaraikan kayu ukur biasa yang kita sering guna pakai dalam mengukur kejayaan. Saya rasa ia sudah merangkumi tanda aras besar yang sering kita guna apabila membanding kejayaan seseorang yang berjaya dengan orang lain yang kurang berjaya.
Pembaca tentu tertanya-tanya apakah salah kita menggunakan itu sebagai tanda kejayaan?. Jawabnya sudah tentu tidak. Mereka yang memperolehi segala yang saya senaraikan di atas sudah pasti ada memiliki keupayaan yang lebih berbanding mereka yang tidak. Bagaimana dia mendapatkannya adalah persoalan lain.
Cuma ianya menjadi kesilapan besar jika kita mengandaikan mereka yang tidak mengamalkan segala yang disebutkan tersebut adalah golongan yang tidak berjaya.
Fikirkanlah betul-betul secara rasional, kita akan akui bahawa banyak lagi ukuran lain yang boleh kita perhatikan yang mana ia biasanya tersorok tetapi banyak mendatangkan manfaat pada manusia lain.
Sebagai contoh, cukup dengan sekali mengerjakan haji dan umrah dan gunakan wang lebihan yang ada untuk menderma pada orang susah atau badan dakwah samada secara diam-diam atau terbuka. Ia jauh lebih baik berkali ganda daripada menghabiskan RM5 ke RM7 ribu setiap kali mengerjakan umrah setiap tahun.
Membantu anak-anak yatim bersekolah atau menyalurkan dana untuk aktiviti dakwah jauh lebih mendatangkan manfaat daripada membayar ansuran kereta sehingga RM10 ke RM15 ribu sebulan. Anda boleh mendapatkan pelepasan cukai perniagaan juga jika kena caranya.
Buatlah sesuatu dengan sederhana dan jalani kehidupan yang ringkas. Matlamat mesti jelas untuk meringkaskan kehidupan kita daripada terkongkong dengan definisi masyarakat yang banyak tertipu oleh mainan iklan para peraih untung duniawi.
Cerita kedai kopi
Saya ada menceritakan tentang seorang kawan yang suka menjadikan kemewahan material sebagai batu ukur kejayaan sebelum ini. Kebetulan saya bertemu dengannya ketika sedang minum kopi bersama seorang kawan.
Seperti biasa sebaik saja dia melihat saya, dia terus bangun mendapatkan saya untuk bersalam. Saya melebarkan senyum dengan ikhlas (rasanya mungkin ikhlas…saya hanya manusia biasa!). Sebaik saja bersalam dia mula update aktiviti barunya berkembara dengan kumpulan peminat Ducati mewah….
Saya mula rasa meloya, rupanya masih tidak berubah kawan aku ini. Selepas itu diterangkan pula pengalaman menonton F1 di podium mewah. Kemudian diberitahu pula akan kembara lasak ke Safari secara eksklusif..bla-bla…saya tersenyum dan angguk kepala (ini memang tak berapa ikhlas).
Saya potong jalan dan cuba menamatkan keresahan. Tambahan pula kawan ada di depan, tak elok bercerita tinggi pada orang yang kita tak kenal. Terus terang timbul rasa malu pada kawan saya yang mendengar.
Namun apa yang bagusnya adalah dia mengambil bil dari atas meja kami dan melangsaikan bil. Dalam pada itu dia mengerling pada jam tangan yang saya pakai. Sambil menggelengkan kepala dia berkata, ‘masih pakai jam ni lagi?, dari dulu sampai sekarang masih tak berubah!’, tegurnya.
‘Masih tidak ada keperluan, bersederhanalah dalam kehidupan kita’, jawab saya perlahan. Dia hanya tersenyum dan berlalu untuk membayar bil.
Kawan saya tersebut amat peka dengan segala perkara yang saya telah senaraikan di atas. Antara benda yang cukup mendapat perhatiannya adalah jam tangan. Dia menghabiskan wang beratus ribu untuk membeli berbagai jam mewah.
Untuk apa tujuannnay itu saya tak pasti tapi sikap tersebut merimaskan apabila kita cuba mengajak orang lain berfikiran yang sama. Memang saya menggemari jam tangan, tapi hanyalah setakat mengkagumi seni dan strategi perniagaan di dalam industri tersebut.
Dari segi praktikal, cukuplah sekadar satu jam tangan yang berkualiti dan berfungsi dengan baik. Itupun jika anda bukanlah seorang yang membuat koleksi jam tangan. Dan saya bukanlah seorang pengumpul jam tangan.
Jam yang saya miliki sudah saya pakai sejak tahun 1997 lagi dan masih elok kemas dan berfungsi dengan baik. Kenapa saya perlu membeli yang baru dan yang baru lagi setiap kali keluar model yang terbaru. Bukankah yang ada masih elok. Lainlah jam saya hilang, barulah ada alasan kukuh untuk membeli yang baru.
Kalau diikutkan rasa hati, memang mahu, tapi biarlah begitu seadanya. Kejayaan tidak sepatutnya diukur berdasarkan kemewahan yang kita pamerkan.
Menghabiskan duit RM100 ribu hanya mengkayakan seorang taukeh jam, sedangkan membiayai Maahad Tahfiz dengan wang sejumlah itu, membuatkan pahala tidak terputus sampai anda mati.
Tumpukan saja pada perniagaan. Besarkan pendapatan syarikat. Sediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada masyarakat. Berikan peluang mereka yang berbakat untuk membina kerjaya atau perniagaan.
Salurkan keuntungan untuk memperbaiki perniagaan dan mengukuhkannya dan jangan lupa salurkan juga pada kerja-kerja agama dan kemasyarakatan. Itulah kejayaan sebenar. Jadikan perniagaan sebagai sebuah mesin penjana ekonomi yang hidup dan membesar ke tahap yang paling tinggi yang boleh.
Pada taukeh, kekalkan gaya hidup sederhana yang sesuai dengan jiwa anda!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

9 thoughts on “10 Kecelaruan tanda berjaya

  1. not now

    ada tak tips untuk tidak menghiraukan tanggapan dan kutukan org terhadap kita. mcm mana nak set mind kita? bagaiamana kita harus melayan mereka yg anti dgn kita dan selalu memperkecilkan usaha kita? boh penampaq satgi cuma ja…..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Memang sukar untuk mengawal ego dalam diri Itulah cabarannya, kita perlu berlatih untuk buat hanya perkara yang betul dan bukannya buat sesuatu atas rasa nak tunjuk bukti pada orang lain.

      Jika kita sering bertanya kenapa perlu aku beli dan apakah faedahnya untuk diri dan perniagaan, kita akan dapat jawapannya ya atau tidak.

      Jika ya beli dan perdulikan apa orang nak kata Begitu juga jika tidak kekalkan begitu dan perdulikan apa orang nak kata.

      Tip terbaik untuk menghadapi orang sebegitu adalah dengan mengelakkan diri daripada mereka. Hampiri mereka hanya jika perlu. Tapi jangan pula membenci mereka, sebaliknya kasihanilah kesilapan pemikiran mereka.

      Reply
  2. not now

    salam. mungkin pernulis boleh beri nasihat kpd saya. saya dah 7 tahun berniaga dan alhamdulillah rezki ada, walaupun x kaya. projek sentiasa ada sehingga akaun bank sykt selalu tinggal ratus ringgit jer. tapi saya prefer bersederhana. rumah teres jer, kete pun kete malaysia. tapi saya selalu rasa tercabar ego dgn saudara ipar yg mkn gaji. berlagak, sembang takmau jatuh…kata org utara. kadang2 rasa mcm nak ja buat dia terkedu dgn beli keter mewah (dia gila kete). nak suruh dia segan jer. tapi rasa membazir plak. ada tak tips utk tidak menghiraukan apa tanggapan org terhadap kita. sy rasa seolah-olah sentiasa diperhatikan….

    Reply
  3. not now

    salam. mungkin pernulis boleh beri nasihat kpd saya. saya dah 7 tahun berniaga dan alhamdulillah rezki ada, walaupun x kaya. projek sentiasa ada sehingga akaun bank sykt selalu tinggal ratus ringgit jer. tapi saya prefer bersederhana. rumah teres jer, kete pun kete malaysia. tapi saya selalu rasa tercabar ego dgn saudara ipar yg mkn gaji. berlagak, sembang takmau jatuh…kata org utara. kadang2 rasa mcm nak ja buat dia terkedu dgn beli keter mewah (dia gila kete). nak suruh dia segan jer. tapi rasa membazir plak. ada tak tips utk tidak menghiraukan apa tanggapan org terhadap kita. sy rasa seolah-olah sentiasa diperhatikan….

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Kalau nak ukur material tanda berjaya, tak pernah ada habisnya. Menahan diri dari pembaziran, menahan diri dari menunjuk-nunjuk daripada terpaksa hingga menjadi ikhlas dan melekat jadi sifat atau akhlak kita, adalah kejayaan yang tiada tolok bandingnya. Yakin dengan jalan yang kita ambil akan membuatkan timbul rasa kasihan pada kesilapan jalan orang lain, bukannya marah.

      Reply
  4. aman

    Hehe..ada saudara saya yg pentingkan semua di atas. rumah banglo mewah. kereta 5 biji kot 4 daripadanya kategori mewah. 1 je jenama tempatan utk anak dia belajar biasakan memandu. melancong ke eropah & timur tengah. belanja melancong 100k habis tak sampai sebulan.

    baru2 ni dia datang pada kami. perniagaan merosot. banyak payment sangkut katanya. bil air dgn elektrik rumah pun dah tak mampu bayar walau hanya 5k. bil utility pejabat lagi la semput nak bayar.

    kami tanya kenapa mintak tolong kami yg hanya tinggal rumah sederhana dan hanya berkereta wira. kenapa dia taknak mintak tolong adik-beradik dia yg kategori kaya. jawapnya “MALU”. takut jatuh standard org kaya dia. habis kita yg duit tak berapa nak ada ni nak tolong macam mana. bil elektrik rumah sampai 5k? 5k tu pada kami boleh makan setahun (makan je la. tak masuk kena bayar benda lain itu ini).

    jadi jangan anggap gaya hidup mewah hidup dia bahagia. banyak hutang kot. patut beli ikut kemampuan. ada duit beli. kalau tak cukup simpan la utk masa2 kecemasan.

    Reply
  5. Anonymous

    Ada ramai org yg berjaya Dan kaya tidak menunjuk2 dr aspek material…byk buat sumbgn amal,muka biasa jer,pakaian pun tidaklah berjenama…kereta Dan rmh shj yg ummpphh.
    Ini base on experiences sy byk bergaul dgn ilmuwan di university (not businessmen)…mereka byk tolong budak2 melayu yg keciciran (normally base on research).

    Cth mudah TS syed mukhtar yg pyh sungguh nk kuar muka d media tp byk kebajikannya..pakai perdana shj pun..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge