10 perkara biasa dan luar biasa

By | 27/03/2013

  1. Jika anda nampak perkara biasa itu biasa, itu perkara biasa, tapi boleh melihat perkara biasa itu luar biasa, anda memang luar biasa.
  2. Jika diberi pilihan samada mahu perkara biasa atau luar biasa, adalah perkara biasa orang akan pilih yang luar biasa. Memang perkara luar biasa jika ada yang memilih perkara biasa.
  3. Berpuluh tahun berniaga dan berjaya perkara biasa, tapi setahun dua berniaga dah berjaya perkara luar biasa.
  4. Setahun dua berniaga dan rasa putus asa perkara biasa, tapi berpuluh tahun berniaga masih istiqamah berusaha adalah perkara luar biasa (sebab itu perkara biasa jika dia berjaya)
  5. Sering mengidam miliki apa yang belum ada perkara biasa, tapi tak pernah jemu menghargai apa yang kita ada, memang luar biasa (sebab itu perkara biasa dia miliki apa yang orang lain tak ada)
  6. Mengeluh kekurangan dan tidak berusaha perkara biasa, banyak kekurangan namun terus berusaha adalah luar biasa (sebab itu perkara biasa dia lebih berjaya dan miliki apa yang orang tak ada)
  7. Berterima kasih bila dipuji perkara biasa, bertenang dan mendiamkan diri bila dikeji perkara luar biasa (sebab itu dia tetap tenang samada dipuji atau dikeji)
  8. Tahu jahil namun malas belajar perkara biasa, tak tahu dan tak mengaku pandai walau sentiasa belajar adalah perkara luar biasa (sebab itu dia sentiasa ke depan dalam apa jua perkara)
  9. Memberi benda yang kita tak mahu pada orang lain perkara biasa, memberi benda yang paling kita suka dan mahu pada orang lain adalah luar biasa (sebab itu dia sentiasa dapat apa yang orang tak dapat)
  10. Minta tolong bila terpaksa perkara biasa, menolong walaupun tidak diminta memang luar biasa (sebab itu semua orang bersedia menolongnya).
Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge