modern-studio-1500x1000Saya kongsikan di sini 10 perkara yang saya buat untuk berjaya dalam hidup yang mungkin anda boleh ambil untuk dijadikan panduan.

Lain orang, lain pula makna kejayaan terhadap dirinya. Makna berjaya bagi anda dan saya mungkin jauh berbeza. Itu bukanlah satu masalah.

Walaupun makna berjaya bagi kita semua tak sama, namun, saya yakin jalan untuk menempa kejayaan tersebut adalah sama.

Berikut antara perkara yang saya buat dan masih buat sampai sekarang untuk menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti, insyaallah.

#1 Berterusan belajar

Apa yang saya tahu selama ini berjaya membawa saya sampai ketahap ini dan sudah tentu saya tidak boleh harapkan maklumat, kemahiran, dan ilmu yang sama untuk membawa saya pergi ke tahap yang lebih tinggi.

Oleh itu saya mesti terus belajar dan belajar untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Hanya dengan menguasai apa yang saya belum tahu sekarang, dapat membantu saya pergi lebih jauh.

Antara perkara yang paling banyak saya lakukan untuk belajar adalah dengan banyak membaca dan berkawan. Walau bagaimanapun saya rasa macam masih tak cukup lagi. Insyaallah saya akan berusaha untuk tingkatkan lagi usaha belajar ini.

#2 Latih untuk bersabar

Ini urusan paling mencabar. Saya perlu sentiasa berlatih sampai mati untuk meningkatkan tahap kesabaran diri. Antara kesabaran paling penting untuk berjaya adalah sabar menunggu masa kejayaan itu tiba.

Kejayaan tidak akan datang sekelip mata. Berusaha sebulan kemudian dah harap nak berjaya juga adalah satu perangai yang pelik. Orang yang sabar, akan rasakan bahawa 5 tahun itu adalah cepat, sedangkan orang yang gelojoh pula akan rasa sebulan itu terlalu lama.

Antara teknik yang saya pakai untuk latih diri bersabar adalah dengan sentiasa fokus pada usaha dan aktiviti, kurangkan fokus pada hasil.

#3 Bina keyakinan diri

Tak ada orang boleh berjaya kalau tidak ada keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Ada berbagai cara orang tingkatkan keyakinan dirinya.

Ada orang pakai pakaian berjenama, pakai kereta besar, rumah besar dan berbagai sumber material lain lagi untuk meningkatkan keyakinan dirinya.

Cara tersebut memang banyak memberikan kesan yang positif pada ramai orang. Tapi ada sedikit masalah bila roda berputar turun ke bawah. Oleh kerana selama ini dia bergantung pada material untuk tinggikan keyakinan diri, maka bila tiada segala harta benda tersebut, dia mula hilang arah.

Saya berusaha tingkatkan keyakinan diri dengan cara lain yang tidak bergantung pada material. Antaranya adalah dengan pergi masuk kelas pidato, bercakap depan orang ramai, belajar bercakap dengan baik, tambah pengetahuan dan maklumat supaya tahu apa yang diperkatakan, dan lain-lain lagi.

#4 Banyak memberi, kurang meminta

Sentiasa bertanya pada diri sendiri, “apa yang aku boleh berikan ?”. Elakkan dari bersikap terlalu pentingkan diri sendiri. Orang yang pentingkan hanya dirinya akan selalu bertanya, “apa yang aku boleh dapat ?”

Bagi saya ruang untuk menjadi seorang pemberi adalah luas. Bukan sekadar berikan wang atau harta berupa material sahaja.

Ramai orang yang tunggu ada banyak harta untuk mula memberi, sedangkan senyuman juga adalah satu pemberian yang bernilai. Tolong buka pintu pada orang yang nak masuk ke dalam bangunan juga adalah satu pemberian yang baik.

Menulis kongsikan pengalaman macam yang saya buat ini merupakan salah satu usaha yang saya lakukan untuk mencapai maksud banyak memberi dan kurang meminta ini.

#5 Pegang teguh pada prinsip

Setiap orang mesti ada pegangan atau prinsip dalam hidupnya. Orang yang istiqamah dengan prinsip hidup, biasanya akan menjadi manusia yang hebat. Orang yang tak ada prinsip hidup, sekejap begitu dan sekejap begini, biasanya tak akan pergi jauh.

Antara prinsip yang saya masih pegang adalah, buat apa yang sesuai untuk diri sendiri berdasarkan keupayaan diri dan bukannya ikut ikutan. Orang lain nampak glamour, biarkan lah, itu kelebihan dan rezkinya. Kita bina sejarah diri kita sendiri dan bukannya cuba nak jadi orang lain.

Elakkan rasuah ! semua orang kata dia juga berprinsip, tak suka bagi rasuah. Tapi bila ada peluang besar menunggu, habis semua prinsip itu digadainya. Maka dicari alasan, kalau tak rasuah, susah nak berjaya dalam perbiagaan. Moga dijauhkan saya daripada masuk dalam golongan sebegitu.

#6 Banyak buat perkara berfaedah

Masa hanya ada 24 jam, setelah ditolak 8 jam untuk tidur, kita hanya ada lagi 16 jam. Apa aktiviti yang diisi untuk menghabiskan masa sebanyak 16 jam itu menentukan kejayaan masa depan seseorang.

Kemudian kita ada 7 hari dalam masa seminggu. Sama juga dengan masa di atas tadi, apa yang kita buat dalam tempoh 7 hari itu menentukan kejayaan masa depan. Begitulah juga dengan sebulan, setahun, dua tahun, 5 tahun dan seterusnya.

Cuba fikirkan apa aktiviti yang dan diisi selama ini?

Bila fikir begitu, saya akan rasa risau, sebab masih banyak kekurangan sedangkan masa semakin singkat menuju penamat.

#7 Relaks dengan kegagalan

Bila dah gagal banyak kali, saya dah mula relaks dengan kegagalan. Lagipun saya berniaga dan bukannya makan gaji. Kegagalan saya tak akan membuatkan Boss marah sebab saya tak ada Boss.

Bagi anda yang makan gaji sudah tentu amat risau dengan masalah gagal. Sebab itu cara terbaik untuk elakkan gagal adalah dengan mengelakkan diri dari mencuba. Orang makan gaji suka mengelak tugasan, mereka juga berikan banyak alasan untuk berhenti kerja dan berniaga.. semua itu adalah cara mengelakkan diri dari menghadapi kegagalan.

Satu lagi masalah orang takut gagal adalah disebabkan dia asyik fikir apa orang lain akan kata. Saya tak akan biarkan orang lain jadi hakim menentukan bagaimana kehidupan saya. Setiap kegagalan adalah satu pembelajaran.

Mungkin saya masih relaks hanya pada kegagalan tahap kecil, gagal pada tahap besar sudah tentu saya masih lagi ada perasaan takut dalam hati, dan itu perlu saya baiki.

#8 Sentiasa naikkan standard

Ini satu kelemahan yang saya ada yang perlu dibaiki. Kadangkala saya akan rasa selesa dengan apa yang dah ada. Ambil masa yang lama untuk paksa diri tingkatkan lagi prestasi dan naikkan lagi standard yang dah ada.

Salah satu sebab jadi begitu adalah bila kita tidak anggap kehidupan itu satu perlumbaan. Saya tak anggap berniaga itu satu perlumbaan untuk jadi kaya, jadi bila dah selesa dan rasa cukup makan, saya akan mula mengular dan menjadi malas.

Sikap untuk naikkan lagi pencapaian secara berterusan dan tidak mudah berpuas hati dengan apa yang ada perlu dipertingkatkan lagi supaya saya boleh pergi lebih jauh.

#9 Pupuk tabiat yang baik

Ini mungkin antara perkara paling penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Apa saja amalan atau tabiat yang baik yang ada pada diri seseorang, mampu membawa kejayaan pada orang tersebut.

Tabiat adalah sesuatu amalan yang dah menjadi kebiasaan dilakukan berulang kali. Oleh itu nak jadikan sesuatu amalan itu sebagai tabiat kita, mudah saja. Ulang buat perkara tersebut berkali-kali sampai jadi kebiasaan.

Antara tabiat baik yang saya berjaya tanam adalah seperti bersenam setiap pagi, berpuasa setiap hari isnin dan khamis, membaca, menulis dan banyak lagi.

#10 Tentukan sasaran

Sejak jadi usahawan, saya mula belajar untuk tentukan sasaran jangkamasa dekat dan sasaran jangka masa jauh. Tanpa ada kedua-dua sasaran tersebut, saya tidak akan berusaha untuk mencapainya.

Logik bukan ?, kalau tak ada sasaran, nak kelam kabut buat apa ? asyik relaks, tak buat kerja dan hanya bergerak apabila kena tekanan dari luaran sahaja. Orang begitu masa hidupnya dipenuhi oleh aktiviti nak jayakan sasaran orang lain, dan bukan untuk memenuhi sasaran dirinya. Alangkah sia-sianya hidup sebegitu ?

Total
154
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Saya sangat setuju dengan semua point terutamanya dengan poin #6 Banyak buat perkara berfaedah. Sebab memang kita rajin nak buat benda baik tetapi sentiasa diganggu seperti media social dan perkara tidak berfaedah.

  2. Paling sukar dan wajib ditempuh dan di juangkan kepada usahawan adalah kekal dengan objektif walau apa pun penghalang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge