sikap orang gagalSebelum bercakap tentang golongan sukses, saya kongsikan dulu pertanyaan dari salah seorang yang komen pada salah satu artikel saya yang lalu.

Soalannya berbunyi,

“Apa takrifan anda tentang sukses?”

Ada berbagai pendapat tentang takrifan perkataan sukses itu.

Satu ketika dulu, saya pernah dengar pandangan Mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir.

Katanya antara makna sukses yang mudah adalah, apabila kita dapat apa yang kita sasarkan. Itu sukses namanya.

Takrifan itu memang popular dan dipakai ramai orang apabila bercakap tentang sukses atau kejayaan.

Jika kita ambil makna tersebut, maka kehidupan ini sentiasa diikuti samada sukses atau tidak, asalkan kita ada matlamat yang ditetapkan sepanjang perjalanan mengharungi kehidupan.

Takrifan itu juga memberi makna bahawa sukses itu tidak ada perhentiannya. Sukses dengan takrifan itu juga bererti tidak ada makna gagal atau tidak sukses selagi kita terus mencuba.

Apa yang ada hanyalah ‘belum sukses’.

Bila kita tetapkan sasaran, kemudian berusaha mencapainya, sehingga tercapai, satu tangga sukses terhasil. Kemudian sasaran yang lebih tinggi ditetapkan pula.

Begitulah tidak akan habis sehingga malaikat maut datang mencabut nyawa dari badan.

Masuk dalam golongan sukses

Memandangkan sukses tidak pernah akan habis, maka saya suka buat takrifan sukses itu sebagai satu perjalanan.

Bagi saya sukses bukanlah satu destinasi, sebab ianya tak pernah habis selagi manusia itu hidup bernyawa dan waras akalnya.

Sukses itu adalah jalan yang kita ambil untuk menjadi insan terbaik berdasarkan potensi yang Tuhan anugerahkan pada kita.

Orang yang sentiasa berada di jalan tersebut adalah orang yang sukses selagi dia tetap istiqamah berusaha menjadi lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.

Itulah golongan sukses, iaitu mereka yang ambil jalan membina diri menjadi lebih baik sepanjang masa sehingga meninggal dunia.

Oleh itu, apa saja usaha kita untuk menjadi lebih baik membawa kita masuk dalam golongan sukses.

Termasuklah meletakkan sasaran, sabar, istiqamah, sentiasa belajar, banyak membaca, kawan dengan orang baik, merancang dengan terperinci dan seribu satu macam lagi usaha yang berkaitan dengannya.

13 sebab tak masuk golongan sukses

Selain dari tahu apakah cara-cara untuk sukses, anda juga perlu tahu sebab-sebab yang membuatkan anda tak masuk golongan sukses.

Jadi saya kongsikan kat bawah ini, 13 sebab yang membuatkan anda tak masuk dalam golongan sukses. Saya petik 13 perkara di bawah dari artikel di Business Insider yang membandingkan sikap orang berjaya dengan orang yang tidak berjaya. Klik sini untuk artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris.

  1. Takut kepada perubahan – Orang yang sentiasa rasa selesa dan tak mahu ada perubahan memang akan sentiasa menolak perkara baru. Mereka selesa berhubung dengan orang yang sama, selesa buat kerja yang sama, ikuti jalan yang sama, mendengar cerita yang sama, bincang dan baca isu yang sama, kawan yang sama, hampir semuanya sama. Macam aman nak sukses kalau macam tu ?
  2. Mengumpat orang atau bergossip tentang orang lain – Ini kerja golongan yang tidak sukses, mengumpat pasal orang lain dan lebih sedap lagi pasal keburukan orang lain. Tak pun gossip pasal kucing artis kesayangannya, atau pasal pakaian pelakon pujaannya dan lain-lain seumpamanya. Lebih elok bercakap pasal idea jauh lebih baik
  3. Salahkan orang lain dahulu – Tak ada harapan untuk sukses jika setiap kali ada masalah, dicarinya orang lain untuk disalahkan selain dari diri sendiri. Cuba tanya golongan tak sukses ini kenapa dia tak berniaga, seribu satu alasan keluar dan semuanya sebab orang lain punya pasal terutamanya kerajaan yang tak bantu dan berikan peluang dan sebagainya.
  4. Bolot semua kredit untuk diri sendiri – Bila ada perkara baik berlaku, semuanya diambil sebagai usaha dirinya sendiri. Orang lain dinafikan sumbangannya. Sekali buat begitu, jangan harap orang akan bantu untuk kali kedua.
  5. Sentiasa mengharap orang lain gagal – Sepatutnya kita doakan dan mengharap orang lain berjaya, tapi terbalik pula jadinya. Golongan yang tak sukses suka kalau orang mendapat kegagalan, supaya dia dapat tonjolkan dirinya sendiri. Bila kawannya berniaga dan rugi, dia akan mengumpat dan sebut, ‘aku kata dah !’
  6. Berhenti belajar – Apa saja pandangan syor orang akan diabakannya. Rasa dah pandai tak perlu belajar secara konsisten akan membunuh segala peluang untuk membaiki diri.
  7. Asyik minta orang tolong dia – bukannya nak tanya apa yang dia boleh tolong orang. Yang penting orang kena tolong dia terlebih dahulu, itu sikap yang menghampakan semua orang.
  8. Takut mencuba – semuanya berpunca daripada takut menghadapi penolakan, takut mendapat menghadapi keputusan yang dia tak mahu. Jalan pendek yang diambil adalah dengan mengelakkan diri mencuba dengan seribu satu macam alasan.
  9. Tidak bermuhasabah diri – Tiada ada langsung usaha untuk menyuluh kelemahan diri, kesilapan diri adalah ciri-ciri golongan yang tak akan sukses.
  10. Cakap banyak dan malas mendengar – asyik nak orang dengar pandangan dia saja yang kaya dengan alasan demi alasan dan negatif dalam masa yang sama tak sudi mendengar perspektif berbeza dari orang lain.
  11. Terlalu berahsia dan suka sorok kelemahan – Macam mana nak baiki diri dan mendapat idea untuk berubah kalau kita tidak terbuka dan sentiasa ttup kelemahan diri?
  12. Sering melihat sudut negatif – Lihat ramai kawan-kawan yang aktif┬ápolitik┬ádalam media sosial kritik apa saja yang dia baca, lihat dan dengar. Hampir tak ada yang baik dalam dunia ini bagi mereka sehingga lupa kelemahan diri sendiri.
  13. Tidak bersyukur, tidak berterima kasih dan pentingkan diri – Orang lemah akan sentiasa tak cukup apa yang ada padanya. Bila jadi begitu dia jadikan alasan apa yang tak ada untuk menghalalkan sikap tak mahu mencuba dan berusaha.

Sebenarnya masih banyak lagi kalau nak disenaraikan sikap buruk yang membuatkan anda tidak masuk dalam golongan sukses ini.

Jika anda setuju dengan takrifan saya bahawa sukses itu satu perjalanan membina diri menjadi lebih baik sampai mati, maka anda akan faham bahawa ianya adalah satu pengalaman kehidupan yang dianjurkan dalam Al-Quran.

Moga kita semua masuk dalam golongan sukses sehingga ke akhir hayat.

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Terima kasih untuk tips-tips ni tuan. Bila baca tips ni, saya pun terasa tak minat untuk bergaul dengan orang yang mempunyai sifat negatif seperti yang di highlight dalam artikel. Bimbang ianya berjangkit.

    Jangkitkan perkara yang positif itu bagus jugak, tapi kalau berjangkit dan jadi negatif macam orang yang belum sukses atau mungkin tak nak sukses tu, bahaya jugak rasanya ni.
    sabree hussin recently posted…Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge