Siapa yang tak suka orang suka pada dia?

Biasanya manusia seronok dan bangga jika orang suka pada dirinya. Kalau ada di kalangan pembaca yang kenal orang yang benci kalau orang suka pada dia, tentu orang yang suka padanya itu orang jahat atau orang gila.

Kalau orang mulia, orang yang baik-baik ataupun orang yang berjaya atau orang besar, yang suka pada kita, tentu kita gembira bukan?

Kenapa penting untuk orang suka pada kita?

Ada terlalu banyak perkata yang boleh membantu kita berjaya.

Dan dalam banyak-banyak perkara yang memberikan kesan dalam membina kejayaan, saya rasa salah satu perkara penting adalah aktiviti berkawan.

Untuk buat kawan, terlebih dahulu kita mesti mampu membuatkan orang suka pada kita. Oleh itu, asas membina jaringan kawan adalah dengan pastikan terlebih dahulu orang suka pada kita.

Anda tentu pernah alami, di mana orang yang anda kenal dah lama sejak di bangku sekolah tapi tak dapat merapatkan diri dengannya. Bukan tak mahu, tapi sebenarnya anda rasa tak selesa setiap kali berada dengannya.

Walaupun orang itu anda kenal, tapi disebabkan tak suka, maka ia hanya kekal sebagai kenalan dan bukannya kawan. Kalau nak jadi kawan, kenalah suka dahulu…tak gitu?

Mungkin sebab itu dalam FB ada butang LIKE. Jika anda like, maka itu tandanya ada suka. Seterusnya anda boleh jadi kawan.

2 cara buat orang suka

Memang ada banyak lagi cara kalau nak buat orang suka pada kita, tapi saya nak berikan tumpuan hanya pada dua cara yang akan disebutkan di bawah saja.

Ini disebabkan dua perkara di bawah nampaknya dah mula jadi satu masalah pada manusia zaman moden serba canggih sekarang ini. Dua perkara tersebut nanti juga, boleh membuatkan orang meluat dan menjauhkan diri dari kita.

Apakah dua perkara itu?

  1. Luangkan masa
  2. Berikan tumpuan

Luangkan masa untuk buat orang suka

Ramai orang yang nampaknya sentiasa sibuk. Sebenarnya mereka hanya sibuk dimulut tapi tidak sibuk secara fizikal. Ia hanyalah satu alasan untuk mengelak.

Ada juga orang yang sentiasa rasakan dirinya amat sibuk tapi sebenarnya dia hanya buang masa dan tak tahu apa sebenarnya yang dia lakukan.

Ada petua mengatakan,

“Orang yang banyak buat kerja biasanya sentiasa ada banyak masa…”

Memang itu terbukti kebenarannya. Orang yang banyak buat kerja menandakan dia menjalani kehidupan yang bermatlamat. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia tahu mana yang lebih penting di antara banyak perkara yang penting.

Satu lagi alasan sibuk adalah apabila kita rasa urat malas timbul dalam badan. Orang utara kata “Urat Baloq”. Bila urat itu timbul, memang malas nak jumla orang. Jadi nak mudahkan cerita, kita kata sibuk tak ada masa.

Walau apapun alasan yang ada dalam kepala anda. Kalau nak buat orang suka pada kita, maka sentiasalah sanggup luangkan masa bertemu dengan orang lain.

Samada penting atau tidak penting, luangkan masa bertemu dengan orang adalah sentiasa penting dan punyai banyak manfaat. Hanya orang yang ada masa sahaja akan disukai oleh orang lain.

Hanya orang yang ada masa saja akan ada ramai kenalan dan ramai kawan. Sebab orang suka pada dia, maka orang nak jadi kawan. Bila orang nak jadi kawan, peluang terbuka luas.

Berikan tumpuan untuk buat orang suka

Ini masalah besar pada pemilik telefon pintar. Mereka rasa terlalu ramai kawan dalam dunia cyber sampai dunia real depan mata jadi tak penting.

Kebanyakan dari masa, matanya tertumpu hanya pada skrin telefon pintarnya saja. Muka orang di depannya tidak ditatap. Mata orang di depannya tak direnung.

Lebih menghampakan lagi bila orang di depan sedang berbicara, matanya sibuk memerhatikan skrin. Jari jemarinya pula sibuk menaip mesej.

Itu salah satu daripada contoh tidak adanya tumpuan ketika bertemu dengan orang lain. Ada banyak lagi cara untuk mengesan orang tidak berikan tumpuan pada kawan, tapi itulah yang paling ketara sekarang ini.

Saya kenal ramai kawan-kawan yang berjaya dalam kehidupan mereka. Dan salah satu ciri-ciri penting yang saya perhatikan pada kawan-kawan yang berjaya hebat ini adalah daya tumpuan terhadap orang lain ketika berbicara atau ketika bertemu.

Mereka nampaknya berjaya menghindari gangguan ketika berkumpul atau bertemu.

Mereka juga biasanya nampak tenang dan tidak kelihatan tergesa-gesa seperti mahu menamatkan pertemuan secepat mungkin.

Bila ada bersama mereka, kita sentiasa rasa mereka ada banyak masa untuk diri kita. Ada kalanya kita pula yang rasa bersalah dan mahu membebaskan mereka.

Jadi ada dua perkara penting dalam urusan memberikan tumpuan di sini.

Pertamanya adalah buang semua gangguan lain samada perempuan menggoda lalu di depan, samada bunyi vibration telefon pintar atau apa-apa saja. Tupulah perhatian pada orang yang berbicara di depan anda.

Keduanya adalah duduk tenang dan aman. Jangan buat sibuk macam nak berambus keluar, atau macam nak terberak atau macam ada rumah terbakar di sebelah. Ketenangan yang kita pamerkan membuatkan orang selesa.

Cubalah amalkan apa yang saya kongsikan di atas kalau nak buat orang suka pada kita. Saya juga cuba sebaik mungkin untuk melakukan perkara yang sama.

Berusahalah untuk buat orang suka pada kita, kerana ia amat penting dalam apa saja urusan. Apatah lagi jika anda seorang peniaga. Pembeli hanya akan membeli daripada orang yang mereka suka.

Total
51
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

31 comments

  1. Helo, saya harap tuan/puan dapat membantu saya.
    Saya seorang yg pendiam tetapi saya cuba semahunya menjadi sahabat yg baik kepada sesiapa saja. Sayalah yg akan mulakan perbualan, bertanya khabar, berjenaka, selalu memberi galakan kepada sesiapa, selalu murah senyuman, tidak suka mengkritik atau mencari salah org, ataupun suka beri komen negatif, atau banyak mulut hal org lain.

    Namun yg hairannya, sekejap saja org lain akan menjauhi saya, bercakap bahawa saya tidak pandai berkawan, dan lebih menyakitkan hati, mereka akan memberi muka hodoh seperti mencemuh saya walhal saya tidak pula buat apa-apa kesalahan, cuma pendiam dan suka melayan diri sendiri dengan memikirkan hal kerja atau lebih fokus kpd kerja dn tidak suka membebel dan membuang masa.

    Pada saya, apabila bercakap banyak, kita tidak dapat fokus kpd kerja dan akan membuat silap. Akan tetapi rakan sekerja pula berpendapat bahawa saya ini sombong walhal saya yg selalu menegurnya dgn bertanya khabar siap dgn senyuman.

    Bagi mereka saya ni macam org yg tidak peramah! Pada pendapat saya, merekalah lebih teruk, lebih buruk kerana pada mulanya boleh berlakon macam terlalu baik, terlalu murni, tiba-tiba dgn sekelip mata boleh berubah perangai dan menuduh saya tidak pandai buat kawan!

    Adakah mereka hanya perlukan seseorg yg boleh bercerita dan melayan mereka dgn cerita? Org pendiam bukannya org jahat, kenapa begitu prejudis? Adakah mereka takut org pendiam akan melaksanakan kerja dgn lebih bagus kerana kami lebih fokus pada kerja?

    Org yg banyak bercakap bukannya baikpun! Apabila sudah habis modal bercerita, mereka akan mengumpat hal itu, hal ini, dan bercakap hal org lain! Bukankah kita perlu jauhi topik-topik begitu? Akan tetapi ramai org pula sangat suka mendengar dan melayan cerita mengenai hal org lain. Cerita itupun bukannya betul, tapi yg ditokok tambah supaya lebih menarik dan akhirnya org lain yg jadi mangsa apabila cerita mereka dibesar-besarkan dan diagih-agihkan!

    Saya telahpun berjumpa pelbagai jenis manusia. Ada yg baru kenal tetapi terus menyuruh saya meluangkan masa membantu mereka membuat kerja assignment kolej, wah bukan main lagi ingat hal diri mereka saja dan tidak ingat langsung yg saya bekerja dari awal pagi sampai lewat petang! Mereka sgt pentingkan diri mereka sendiri! Saya yg selalu menghormati masa org lain, perasaan org lain pula yg dituduh tidak pandai berkawan! Bayangkanlah rasa hati ini!

    Mengapa bencikan org pendiam??

    1. Orang yang beragama Islam tentu suka menerima salam dari saudara seagamanya. Orang bukan Islam mungkin rasa pelik sedikit, melainkan jika tuan ucapkan Salam 1 Malaysia !

  2. Harap boleh tolong…..saya seorang yang pendiam tapi saya mahu kawan dengan lain tapi ade sifat malu yang tak boleh dihilangkan saya sangat sepi sebab takde kawan lagi lagi dengan perempuan sekarang saya hilangkan sifat pendiam tapi tak tahu macam mane…saya dalam messenge memang banyak cakap buat sepuluh karangan pun boleh tapi bila saya jumpa depan2 saya jadi sebiji cam batu please help

    1. Cubalah untuk bercakap dengan dirangka tapi ingat kena pilih kawan yang betul tengok2 si pembunuh
      Cakap yang dah makan ke belum untuk wanita
      Ada masa tak nak belanja makan ni untuk lelaki

  3. bab beri tumpuan masa dengar mereka bercakap tu betul, lagi2 time diorang luah perasaan atau masalah. Mereka akan rasa dihargai dan akan cari kita lagi untuk kongsi masalah

  4. sy rasa sy x ramai kawan.. mungkin sy x pandai nk berkwan.. bila sy buat biz.. x de yg nk beli sgt.. jd mmg betul la.. org akan beli dgn org yg mereka suka.. sy rasa org x suka sy sgt.. mcm mne ye cara berkwan sbnrnya…

    1. Sama la…saya duduk kt tmpt saya ni sy meniaga lepas tu xramai kawan n xtau nk berkwn2 mcm mana jd xrmi orng2 muda nak beli ngn sy

  5. saya suka dengan petua tu, membuatkan saya baca dan berfikir banyak kali maksud di sebaliknya.

    berikan tumpuan…betul. tapi kerap kita ketemu dgn orang yg layan handset dia, matikan mood nak bbual dgn orang macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge