masalah dalam sistem persekolahanAda 2 masalah besar dalam sistem persekolahan yang kita ada, yang menghalang para pelajar dari menjadi kreatif.

Setakat kreatif biasa-biasa sahaja memang para pelajar ada kemampuan tersebut.

Tetapi, untuk menghasilkan tahap kreativiti yang hebat, jenis mereka yang berfikiran di luar kotak adalah sangat sukar.

Tahap kreativiti berfikiran diluar kotak dengan idea yang mampu menggoncang dunia tidak ada lansung terutamanya kepada para pelajar terbaik yang dihasilkan oleh sistem sekolah kita.

Sistem persekolahan hanya untuk sukses makan gaji

Tidak dinafikan sistem persekolahan yang ada sekarang berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya dalam hidup mereka secara umum.

Para pelajar yang cemerlang biasanya akan berakhir dengan kerjaya yang baik serta jawatan yang tinggi di dalam dunia korporat dan dunia makan gaji.

Semakin cemerlang kejayaan akademik mereka di dalam sistem persekolahan, semakin baguslah jawatan dan kerjaya yang mereka dapat.

Semakin teruk pula tahap pencapaian akademik para pelajar dalam sistem persekolahan, semakin lekehlah jawapan dan kerjaya yang mereka pegang.

Maknanya, sistem persekolahan yang kita ada sekarang amat sesuai bagi mereka yang mensasarkan kerjaya makan gaji. Ikut saja apa saja arahan cikgu ketika bersekolah, insyaallah anda akan jadi pelajar cemerlang dan akhirnya berjaya dalam kerjaya bila besar nanti.

Pelajar sederhana ramai jadi usahawan berjaya

Jika anda ikut sistem sekolah kemudian jadi pelajar cemerlang, anda akan mendapat ganjaran kerjaya yang baik bila besar nanti. Anda akan jadi pegawai besar dan bergaji tinggi.

Tetapi jika anda jenis yang tak suka ikut sistem sekolah, suka lawan cikgu dan akhirnya pelajaran tak berapa cemerlang sangat, elok jika masuk dalam dunia keusahawanan.

Sebab majoriti daripada para usahawan yang berjaya menjadi jutawan hebat, adalah terdiri daripada mereka yang sederhana sahaja dari segi pencapaian akademik.

Ini merupakan fakta dari kajian yang dijalankan di Amerika terhadap 700 jutawan berjaya di sana. Purata pencapaian akademik CGPA mereka hanyalah 2.9 sahaja.

Saya rasa perkara yang sama berlaku di negara kita Malaysia.

Kalau nak kerjaya hebat, jadi pegawai besar dan punya gaji besar, maka jadilah pelajar cemerlang dan ikuti semua arahan yang dikehendaki dalam sistem persekolahan.

Tapi jika anda tak punya keupayan untuk jadi pengikut sistem yang tegar dan tak suka berada dalam konkongan sistem, jangan risau sangat jika keputusan akademik tak berapa bagus.

Sikap tak suka ikut sistem sebegitu mungkin adalah satu kelebihan pada anda.

Cuba jadi usahawan dengan buat bisnes yang anda betul-betul minat. Insyaallah peluang untuk jadi jutawan dan mampu menggoncang Malaysia adalah tinggi.

2 masalah dalam sistem persekolahan

Secara logiknya, tentu kita mahu pelajar yang paling cemerlang, iaitu pelajar terbaik sesebuah sekolah menjadi seseorang yang mampu mencetuskan fenomena hebat seperti Einstein, pengasas FB dan sebagainya.

Tapi tak jadi begitu, mereka tak mampu untuk jadi macam tu.

Menurut Eric Barker, penulis buku Barking Up The Wrong Tree, ada 2 sebab utama kenapa sistem persekolahan yang ada sekarang menghasilkan pelajar cemerlang dan kaki makan gaji bergaji tinggi sahaja.

#1. Sekolah latih ikut sistem dan arahan

Sistem sekolah yang ada kesemuanya jenis yang mahukan para pelajar sentiasa ikut arahan yang diberikan kepada mereka.

Anda ikut segala arahan, buat segala apa yang disuruh, nescaya jadi akan mendapat ganjaran yang amat baik. Necaya akan jadi pelajar cemerlang.

Jadi sistem tersebut akan hasilkan pelajar yang hanya mampu ikut segala sistem yang dah tersedia bila keluar ke dunia kehidupan sebenar. Sistem tersedia dan tersusun baik biasanya ada di syarikat-syarikat korporat yang besar.

Jika anda masuk ke dunia keusahawanan, segalanya amat jauh berbeza.

Sistem dan arahan kat dunia keusahawanan adalah tidak tersusun dengan jelas dan terang seperti dalam sistem sekolah atau dalam dunia korporat. Dunia sebenar penuh dengan kekaburan dan sentiasa berada dalam suasana diluar jangkaan.

Hanya mereka yang jenis tak ikut arahan semasa sekolah sahaja akan bersedia untuk hidup dalam dunia sebenar dengan baik. Mereka dah terlatih untuk tak perdulikan sistem dan tidak bersedia untuk jadi sebahagian daripada sistem yang ada, maka keadaan itu amat sesuai untuk mereka di dunia sebenar nanti.

Dunia sebenar biasanya lebih memberikan perhatian kepada mereka yang tak ikut jalan biasa. Dunia sebenar mahukan kelainan. Lebih menarik perbezaan anda berbanding dengan apa yang ada, lebih ramai yang akan memberikan perhatian pada anda.

Jadi di dunia sebenar, anda akan diberikan ganjaran jika tak ikut sistem yang dah tersedia ada.

#2. Sekolah ajar anda tahu semua perkara umum

Ada banyak mata pelajaran yang anda perlu kuasai semasa belajar disekolah dahulu. Bila masuk universiti juga sama macam tu.

Anda kena skor kesemua pelajaran yang wajib kalau nak dapatkan keputusan yang cemerlang.

Bayangkan jika dalam banyak-banyak mata pelajaran itu anda hanya minat dan suka sangat dengan sau subjek sahaja. Dan keputusan subjek itu sentiasa baik. Anda sentiasa dapat 100% dan dapat 4 flat dalam mata pelajaran itu.

Tetapi mata pelajaran lain anda tak suka dan tak boleh nak ikut, Habis kesemua subjek lain anda gagal.

Dalam keadaan itu, sistem persekolahan yang ada akan menggagalkan anda secara total. Hampeh tak ada harapan.

Lihat pula dalam dunia sebenar.

Bayangkan anda hanya pandai satu perkara saja dengan tahap kemahiran yang amat tinggi tidak dapat dilawan oleh orang lain.

Walaupun anda tak pandai benda lain kat dunia sebenar, hanya pandai yang satu itu sahaja, dunia sebenar akan menjulang tinggi kehebatan anda itu. Besar kemungkinan anda akan kaya raya dan disanjung ramai hanya disebabkan kemahiran yang satu itu sahaja.

Keadaan itu amat berlawanan dengan apa yang diterapkan pada kita dalam sistem persekolahan. Anda tidak dibenarkan layan minat anda dengan mendalam dan ketepikan perkara lain sebab perlu lulus dan ambil tahu semua perkara.

Bersedia untuk keluar dari sistem

Artikel ini bukan nak hasut orang supaya jangan ikut sistem persekolahan yang ada sekarang. Tapi hanya nak berikan harapan pada mereka yang tak bagus dan tak cemerlang keputusan dalam dunia akademik.

Jika anda gagal dalam dunia akademik, itu tidak sesekali memberikan gambaran anda tak berguna dan berada di kelas bawah berbanding mereka yang berjaya dalam dunia akademik.

Bagi yang berjaya dalam dunia akademik pula perlu sentiasa sedar dengan apa yang dilakukan. Perlu sedar bahawa ada kalanya anda perlu keluar dari sistem untuk buat sesuatu yang luar biasa.

Ertinya, yang cemerlang tu, perlu pertimbangkan untuk pecahkan sistem dan keluar darinya untuk buat satu sistem yang baru.

Barulah hebat !

Seandainya semua orang ikut satu jalan itu, tidak semestinya anda juga perlu ikut jalan yang sama. Bebaskan diri dar9i jadi pak turut dan bersedialah untuk ikut jalan lain yang tak orang ikut.

Apa salahnya jadi pelik ?

sumber artikel – klik sini

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge