makanan sihatSaya nak kongsikan pada semua pembaca bahawa ada 3 cara buang masa yang amat baik untuk para usahawan amalkan.

3 cara buang masa ini juga amat baik untuk mereka yang makan gaji dan bukan usahawan amalkan. Apa yang orang makan gaji peru lakukan untuk amalkan 3 perkara buang masa ini adalah untuk rancang masa supaya ianya dapat dilakukan tanpa mengganggu kerja yang diamanahkan untuknya.

Sebenarnya, 3 perkara yang akan saya sebutkan nanti bukanlah kerja atau amalan yang membuang masa. Malah ianya merupakan amalan yang amat baik dan amat digalakkan oleh semua orang yang berjaya.

Namun begitu, ramai orang anggap ianya adalah aktiviti membuang masa dan tidak menyeronokkan. Sebab itu tidak ramai mereka yang melakukannya dengan berdisiplin dalam hidup mereka.

Jika anda nak pastikan aktiviti membina perniagaan tidak membunuh kehidupan anda dengan pantas, pastikan anda disiplinkan diri untuk mengadakan masa bagi melakukan 3 perkara penting ini,

Buang masa dengan Makan

Kedengaran pelik tapi memang ada usahawan yang amat sibuk dan abaikan masa untuk duduk dan menikmati makanan dengan baik dan sempurna.

Kalau mereka makanpun, dalam keadaan tergesa-gesa dengan telefon bimbit atau smart phone sentiasa ada di sisi. Mereka makan kelam kabut dan sebelah jari tak henti melayari atau melayan smatphone.

Oleh kerana terlalu sibuk juga ada usahawan yang pilih untuk makan makanan yang pantas. Asalkan perut kenyang, kira boleh saja. Untuk itu khasiat, cita rasa dan seumpamanya tidak diambil kira sangat.

Makan menjadi satu perkra yang membebankan pada sesetangah usahawan dan kalau ajak mereka makan, ianya bakal menjadi satu aktiviti yang membosankan.

Oleh itu, kalau nak kekal jadi usahawan dalam masa yang lama, jagalah masa makan anda. Nikmati makanan dan pilih makanan yang mahu dinikmati.

Makan berteman perlu jadi pilihan utama.

Belanjalah orang yang temankan anda makan. Nikmati masa makan itu dengan perbualan ringan dan tidak membosankan. Tutup telefon atau smartphone anda jangan dilayan perkara lain selain dari makan.

Makan banyak buah, makan banyak sayur, makan salad, makan ikan, daging, dan kurangkan karbohidrat seperti nasi untuk kesihatan yang maksimum.

Jangan tinggalkan sarapan. Nikmati sarapan dengan baik dan ambil masa lama sikit tak apa. Mulakan sarapan dengan keluarga, atau pasangan di rumah. Mulakan dengan makan buah-buahan atau saad kalau boleh kemudian baru makan berat sikit ketika bersarapan itu.

Buang masa dengan tidur

Ada kawan-kawan usahawan yang anggap tidur cukup itu amalan membuang masa. Mereka lebih suka berbual berborak panjang sampai ke pagi.

Oleh itu ramai usahawan yang kelihatan macam zombie. Muka pudar keletihan dan mata lebam jiwa pula mudah baran.

Walaupun ada yang anggap tidur dengan cukup itu buang masa, tak payah nak perdulikan apa kata mereka. Jika anda nak terus jadi usahawan dalam masa yang lama, pastikan jaga tidur supaya cukup, selesa, puas dan mengembirakan.

Tidur dan rehatkan diri dalam lingkungan 7 jam sehari.

Jaga persekitaran tempat tidur anda biar selesa dan enak. Hilangkan bau-bau busuk jika ada dengan jaga kebersihan dan sentiasa kemas dan bersihkan ruang tidur.

Bersihkan diri juga sebelum tidur dan jangan pejam mata dalam keadaan berpeluh melekit badan berbau dan tidak segar.

Ada kawan-kawan tak ambil peduli dengan perkara ini. Mereka bangga dapat tidur berselerak atau kerusi keras, bawah tangga dan tidak tetap bilik atau katil tidurnya. Sekali sekala masih boleh diterima, tapi jika ianya jadi amalan, ianya tidak boleh diteruskan.

Buang masa dengan jalan kaki sejam

Ini satu lagi yang ramai anggap buang masa. Apa ke halnya dok jalan kaki 3 atau 4 kilometer pagi-pagi keliling taman atau padang.

Lena atau lepak tengok tv lagi bagus. Borak sembang kedai mamak pekena teh tarik juga lebih seronok dari jalan kaki atau jogging sorang diri pagi-pagi begitu.

Sebab itu kita boleh lihat ramai orang berpagi-pagi dan terpacak di kedai kopi sedangkan terlalu sedikit orang yang bersenam berjogging atau jalan kaki menghirup udara segar di taman di waktu itu.

Kalau anda usahawan, dan nak jadi usahawan kekal dalam masa yang lama, pastikan anda usaha juga dengan apa cara sekalipun untuk luangkan masa jalan kaki 45 minit ke satu jam setiap pagi.

Kalau masih mudah dan cergas, boleh jogging sekurangnya 30 minit setiap hari. Banyak faedahnya yang boleh anda dapat dengan amalan bersenam ini.

Terbaiknya adalah di waktu pagi dan kalau tak boleh sangat buatlah waktu petang atau waktu-waktu lain.

Buang masa yang baik untuk usahawan

Samada anda baru nak mula berniaga atau dah lama berniaga, sila amalkan 3 perkara yang saya sebutkan di atas tadi.

Tambahan pula jika anda usahawan muda yang baru terjun jadi usahawan.

Berniaga bukanlah mudah. Ianya merupakan satu kerjaya yang amat mencabar dan memerlukan stamina, kekuatan jiwa dan kekentalan diri yang amat kuat. Dengan melakukan semua perkara tersebut di atas, anda boleh mendapatkan bekalan tenaga untuk menjadkan semua keperluan itu.

Itu semua perkara yang anda tak akan nampak. Sebab itu ramai yang anggap ianya 3 perkara yang buang masa dan mereka tidak berusaha melakukannya.

Bagi anda yang makan gaji juga boleh usahakan amalan yang tersebut di atas. Insyaallah anda akan lebih bertenaga, tahan lasak, tinggi stamina dan menjadi kegemaran Boss untuk kerja yang lebih penting.

Total
38
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Apa yang saya simpulkan sendiri dari baca artikel tuan (tak semestinya saya betul), ialah kualiti penggunaan masa. Mungkin bagi sesetengah orang mereka katakana satu aktiviti itu ‘membuang masa’.

    Tapi bagi mereka yang faham dan dapat menghayati tujuan sesuatu aktiviti itu dibuat, dia akan dapat untung daripadanya. Orang yang malas, tidurnya memang membuang masa. Tapi kalau orang yang penat, tidurnya itu rehat, supaya kembali bertenaga.

    Pekara yang sama dilakukan oleh dua manusia dengan mentality berbeza akan menghasilkan kesan yang berbeza.
    Azwan recently posted…RAMAI ORANG MASIH TERTANYA-TANYA KENAPA MUDAH DAPAT KERJA KERAJAAN.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge