tingkatkan hasil bisnesAda banyak cara untuk perbaiki hasil perniagaan. Tapi cara yang paling seronok untuk diikuti adalah cara yang mana dengan usaha yang sedikit, kita dapat menghasilkan peningkatan yang cukup banyak.

Usahawan yang nak permudahkan kehidupan serta aktiviti perniagaannya perlu memikirkan cara yang saya sebutkan di atas. Apakah cara terbaik dengan usaha yang sedikit, tapi dapat hasilkan peningkatan yang banyak.

Sebelum itu, cuba fikirkan dua kebiasaan atau cara bekerja yang selalu kita lihat. Jika kita andaikan bekerja itu adalah memindahkan seketul batu besar dari lokasi A ke lokasi B, bagaimana cara orang bekerja untuk mencapai matlamat tersebut.

Kebiasaannya ada dua cara:

  1. Kita bangun, bersenam sedikit dan mula mengangkat dan mengubah batu itu dari lokasi A ke lokasi B
  2. Kita berdiri dari jauh, dan mengarahkan dua orang pekerja untuk angkat dan pondahkan batu itu dari A ke B.

Jika anda bijak, antara 2 jenis pekerja yang saya sebutkan di atas, mana satu yang dibayar lebih tinggi?. Tak payah nak fikir kerana semua orang tahu pekerja dari kategori no 2 di atas biasanya dibayar lebih tinggi.

Cuba fikirkan lagi antara cara pertama dengan cara kedua, mana yang lebih teruk dan makan masa?, sama juga jawapannya anda semua tentu tahu, cara kerja pertama jauh lebih teruk dan makan masa.

Ertinya, dunia yang kita tinggal sekarang nampaknya bertindak seperti tidak logik. Orang yang kerja kuat sampai nak patah pinggang angkat batu, dibayar terlalu sedikit.

Sedangkan orang yang berdiri dari jauh, mengarah orang lain dengan beberapa perkataan, kemudiannya meninggalkan tempat itu untuk melakukan tugasan lain pula dibayar dengan jumlah wang yang banyak.

Saya sengaja berikan contoh di atas untuk membuka minda kita yang sukar menerima bahawa cara yang sepatutnya usahawan berfikir adalah mencari jalan mengenal pasti usaha yang sedikit menghasilkan peningkatan yang banyak.

Selagi kita tak biasakan diri untuk berfikir cara sebegitu, selagi itulah kita akan terperangkap dengan kerja yang banyak, ligat tanpa rehat dengan hasil pendapatan yang tak setimpal.

3 cara untuk perbaiki hasil perniagaan

Baiklah!, saya kongsikan 3 cara untuk perbaiki hasil perniagaan yang boleh kita amalkan untuk mencapai peningkatan yang hebat dengan usaha yang sedikit. Sebenarnya ada banyak cara untuk mencapai cara tersebut, tapi cukuplah kita amalkan 3 cara yang saya sebutkan ini untuk diamalkan:

  1. Sentiasa menyiasat – Jangan berhenti menyiasat dan menyiasat apa saja aktiviti yang berlaku dalam perniagaan kita. Penyiasat yang bagus boleh dipelajari daripada anak kecil kita yang baru belajar bercakap. Anak kecil tak berhenti bertanya sehingga dia mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Kita juga perlu begitu. Antara soalan yang kita boleh tanya adalah seperti:
    1. Bagaimana kita boleh ringkaskan kerja kita dan dalam masa yang sama dapat memberikan hasil sepuluh kali ganda atau lebih dari sekarang.
    2. Siapa yang buat kerja paling bagus dan menghasilkan peningkatan yang jauh lebih tinggi berbanding orang lain di antara pekerja kita yang ada.
    3. Produk apa yang paling mudah disediakan, tidak tinggi kosnya, tetapi menghasilkan keuntungan yang paling banyak.
    4. Siapakah pelanggan yang paling penting di antara pelanggan-pelanggan yang kita ada, yang paling banyak memberikan keuntungan. Kenapa?
    5. Dan lain-lain lagi seumpamanya.
  2. Networking tanpa henti – Jangan jemu-jemu membina jaringan. Memang kadangkala ini merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi jika usahawan terperangkap dengan urusan kerja hariannya dan terpaksa melakukan kesemua urusan perniagaan daripada beli barang, buat barang, hantar barang, terima komplain dan sehingga ke tahap cuci longkang pejabat. Bebaskan diri kita dari semua urusan yang memberatkan itu dan luangkan masa untuk aktif bernetworking. Jumpa semula semua kenalan lama, jumpa yang baru, dan follow up secara konsisten. Ada banyak peluang besar sedang menunggu di depan sebenarnya jika anda buat begitu.
  3. Cari mentor dan jadi mentor – Cuba fikirkan bagaimana kita sampai di sini sekarang. Ingat semula siapa yang menggalakkan kita, siap yang sering berikan semangat dan nspirasi pada kita. Tentu ada samada kita sedar atau tidak. Mereka sebenarnya adalah mentor-mentor yang ambil tahu dan mahu anda berjaya. Jangan lupakan mereka dan sering berhubung. Jika kita sudah berjaya di satu peringkat, jangan lupa lihat ke bawah, berikan galakan, ambil tahu dan tiupkan semangat pada yang masih di bawah. Kedua-dua aktiviti ini bukan memerlukan usaha dan masa yang banyak, tapi membuahkan hasil yang terlalu banyak dalam segala urusan kehidupan dan perniagaan kita.

Demikanlah sedikit perkongsian  tentang 3 cara untuk perbaiki hasil perniagaan yang sempat saya kongsikan di sini. Saya juga sedang berusaha melakukannya. Saya harap anda juga turut sama melakukannya. Insyaallah sama-sama kita berjaya.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge