Untuk membuat perubahan diri kepada yang lebih baik daripada sedia ada, kita mestilah bersedia untuk melakukan banyak perkara luar daripada kebiasaan.

Ada aktiviti yang dah biasa dilakukan sejak lama dulu, perlu kita tinggalkan. Ada juga aktiviti yang langsung tak pernah kita lakukan sejak dilahirkan dulu, terpaksa cuba diamalkan.

Itulah adalah perkara asas yang kita mesti percaya. Tak ada perubahan pada apapun jika kita hanya mengulang buat segalanya dengan cara yang sama.

Seperti mana kata-kata yang terkenal yang menyebut:

“Tidak siuman itu bermaksud mengulang buat perkara yang sama untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza…!”

Apa perkara yang perlu anda tinggalkan

Bagi mereka yang sering ke surau atau masjid, tentu sering mendengar nasihat para ustaz untuk menjadi mukmin yang bertaqwa. Biasanya para ustaz akan sarankan kita untuk tinggalkan segala yang dilarang dan laksanakan segala yang diperintahkan.

Jika kita sedar, agama kita sebenarnya dah berikan petua yang amat mujarab untuk melakukan perubahan pada diri sendiri.

Ada dua perkara penting untuk itu:

  1. Menuntut ilmu dari sejak lahir hingga ke mati – Ini adalah satu gesaan yang diwajibkan ke atas kita. Tiada kompromi ke atas usaha menuntut ilmu agar kita mendapat lebih banyak maklumat terhadap mana yang baik dan mana yang buruk.
  2. Tingalkan yang dilarang dan lakukan yang disuruh – Lanjutan daripada urusan menuntut ilmu itu pula kita disuruh bertaqwa dengan melakukan semua yang disuruh dan meninggalkan semua yang dilarang.

Proses mengamalkan kedua-dua perkara yang saya sebutkan di atas sudah cukup power untuk membuatkan kita semua sentiasa segar berubah dari masa ke semasa sehiggalah maut melanda.

3 perkara yang perlu ditinggalkan

Saya bukan nak syarah bab yang sama seperti mana anda dah biasa dengar daripada para Ustaz, sebaliknya saya nak kongsikan pengalaman 3 perkara yang perlu ditinggalkan untuk mendapat kesan yang cukup hebat dalam kehidupan anda sekarang

3 perkara yang akan saya kongsikan di sini adalah aktiviti yang saya biasa lakukan, tapi akhirnya berjaya ditinggalkan dengan sedikit usaha nekad.

3 perkara yang perlu ditinggalkan itu adalah seperti berikut:

  1. Menonton Berita TV secara rutin – Sejak remaja sampai tua saya tak boleh lepaskan aktiviti menonton Berita TV ini sehingga ia menjadi semacam ketagihan. Setiap kali mendapat berita yang berbagai ragam terutamanya yang buruk, jiwa akan bergelora dan tidak tenteram. Kesannya berangkai-rangkai membawa ke sudut lain dalam kehidupan seharian. Akhirnya saya nekad dan tinggalkan aktiviti menonton berita secara rutin.
  2. Membaca akhbar secara rutin – Ini juga lebih kurang sama dengan aktiviti yang pertama di atas tadi. Malah ianya lebih meluas dan membuang masa yang banyak. Cerita buruk juga amat banyak samada sosial maupun politik. Ia membuatkan diri jadi tak aman dan terasa dunia sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Saya tinggalkan juga aktiviti ini dengan nekad.
  3. Melayan FB berbaur politik – Ramai yang ada akuan FB dan saya tak ketinggalan. Oleh kerana saya punya ramai kawan yang aktif politik, maka FB saya juga dihujani dengan kisah politik yang melemaskan. Akhirnya saya berjaya ‘unfriend’ lebih daripada 4 ribu kawan yang gila politik siang dan malam.

Kesan hebat hasil selepas itu

Kesan paling ketara yang saya dapat adalah ketenangan jiwa. Minda tidak lagi meronta-ronta nak luahkan perasaan setiap kali bertemu dengan orang yang biasanya dalam keadaan yang sama.

Dua orang yang sama kaki tengok TV atau baca surat khabar, dan dihujani oleh berbagai maklumat negatif keadaan dunia sekeliling akan bercakap tanpa henti dengan penuh semangat setiap kali mereka bertemu. Mereka akan bercakap pada banyak perkara yang hampir kesemuanya diluar kawalan diri mereka.

Akhirnya mereka bersurai tanpa ada satupun kata putus dan mereka sebenarnya hanya membuang masa berjam-jam berkomen dan mengkritik dari Presiden Obama sampailah kepada ketua parti yang mereka ikut di kawasan tempat mereka tinggal.

Apabila jiwa tidak kacau, minda akan mampu memberikan tumpuan pada matlamat yang sedang kita usahakan.

Matlamat saya adalahuntuk membina perniagaan dan mengumpulkan maklumat berkenaan ilmu perniagaan untuk dikongsikan pada para usahawan.

Saya mahu menjadikan pengurusan perniagaan dan juga kehidupan itu sesuatu yang mudah dan berkesan. Maka perlu ada banyak masa untuk membaca dan berbincang dengan mereka yang jalani kehidupan dengan menjadi usahawan.

Apa pula matlamat anda? adakah anda berikan masa yang banyak untuk melaksanakan apa yang anda idamkan? atau anda masih lagi terikut-ikut dengan kebanyakan orang ramai yang asyik tenggelam dengan terlalu banyak maklumat yang tidak diperlukan.

Mungkin 3 perkara yang perlu ditinggalkan yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda membuat satu transformasi yang berkesan dalam kehidupan anda selepas ini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. tips yang berguna. mmg dah lama tak baca paper and tgk berita secara rutin. akan unfriend beberapa org yang taksub politik. terima kasih en writer, anda mmg awesome.

  2. tips yang berguna. saya akan buat sekarang. saya mmg dah lama tidak menonton berita dan baca suratkhabar secara rutin. kadang-kadang saja. tapi untuk fb, saya ada beberapa friendlist yang asyik bercerita pasal politik siang dan malam. akan diunfriend. terima kasih untuk tips

  3. sy xberapa setuju dgn pndpt diatas. xsemestinya tgk berita bc paper jdkn org tu xfokus. rsenya bnd ni pnting untuk tau isu2 semasa spya tau dan mengikuti perkmbgn terkini.

    1. Tak ada masalah untuk tak setuju. Itulah alasan yg saya pakai selama ini kononnya benda tu penting utk ikuti perkembangan terkini sedangkan tanpa tengok berita, tanpa baca paper, saya tak pernah ketinggalan berita penting terkini.

      Saya dapat update dari aktiviti networking dengan orang yg korbankan masa penting mereka utk ambil tahu semua itu… anda mungkin salah seorang yg jadi penyampai maklumat penting itu pada saya jika kita berkawan…. terima kasih berikan pendapat Tuan, amat dihargai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge