sebab makan gajiJumlah orang yang makan gaji jauh lebih ramai dari yang berniaga. Oleh itu jangan rasa risau jika anda masih lagi termasuk dalam golongan yang sama.

Bukan mudah nak berhenti kerja makan gaji dan menjadi seorang usahawan sepenuh masa. Sebab itulah, jika jumlah orang seperti anda yang makan gaji itu ramai bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Antara kelebihan jumlah orang yang makan gaji macam anda jauh lebih ramai daripada jumlah mereka yang berniaga adalah, kebanjiran tenaga kerja untuk dipilih oleh orang-orang macam saya yang berniaga.

Usahawan perlu berterima kasih pada golongan makan gaji

Oleh kerana saya tahu golongan seperti anda jauh terlalu ramai, maka ia adalah sesuatu yang melegakan. Nampaknya ada ramai orang yang boleh digunakan sebagai tenaga kerja syarikat saya.

Begitu juga para usahawan lain yang berniaga, mereka lega kerana anda semua boleh dijadikan sebagai tenaga kerja syarikat mereka. Sebenarnya, sumbangan daripada anda semualah membuatkan para usahawan seperti saya ada lebih daripada satu syarikat.

Para usahawan perlu ucapkan terima kasih pada anda semua yang memilih untuk jadikan makan gaji sebagai cara sara kehdupan. Terima kasih!

Bayangkan jika jumlah yang jadi usahawan lebih ramai daripada yang makan gaji. Yang pasti berlaku adalah jumlah tenaga kerja berkurangan dan tak ramai usahawan yang boleh buka lebih daripada satu syarikat.

Mukadimah di atas hanyalah satu cara untuk menunjukkan pada pembaca yang masih makan gaji betapa anda semua dihargai kerana sudi menjadikan kami usahawan sebagai majikan anda.

Saya harap anda jangan marah!, kalau marah, berhentilah kerja makan gaji dan masuk sertai kumpulan usahawan seperti kami.

Tapi tolong jangan ramai sangat yang marah, mentaliti makan gaji perlu ada ramai yang memilikinya agar urusan perniagaan kami mudah dan boleh buka banyak lagi syarikat.

Kenapa masih tetap makan gaji

Selain daripada makan gaji, nak buat apa? biasanya ada hanya dua lilihan lagi. Samada anda menganggur duduk saja atau anda menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan. Oleh itu kita boleh rumuskan ada 3 kumpulan orang dalam bab sara kehidupan:

  1. Makan gaji – Ini orang seperti anda yang rajin dan bersemangat untuk memajukan syarikat-syarikat para usahawan.
  2. Duduk saja – Ini sudah tentu bukan diri anda kerana yang duduk saja tapi masih mampu sara kehidupan ialah mereka yang banyak harta pusaka atau datang dari keturunan yang memang dah kaya. Kerjanya hanya habiskan stok tanpa perlu tambah.
  3. Usahawan – Ini orang seperti saya yang berusaha sedikit demi sedikit membina perniagaan untuk sara diri dan keluarga, kemudiannya mula membesar dan menyediakan pula peluang perniagaan pada orang lain. Kemudiannya buat lagi satu syarikat kerana risau takut ada yang tak ada kerja dan begitulah seterusnya satu demi satu syarikat di buka khas untuk orang-orang seperti anda (yang makan gaji)

Ok! Ok! cukup!, jangan naik darah kami!, mungkin anda dah mula rasa marah macam tu. Anda memang nak jadi usahawan tapi… Anda memang nak berniaga tapi…..

Jom kita lihat kenapa dan apakah yang menghalang anda berhenti kerja dan jadi usahawan sepenuh masa.

4 sebab kenapa masih makan gaji

  1. Tak tahu nak buat apa – Ini merupakan antara alasan paling popular. Mahu berniaga tapi tak tahu nak jual apa. Alasan ini seolah-olah anda tak pernah tahu anda ada sesuatu yang anda sukai dan kuasai. Anda rasa tak ada kemahiran dan kalau adapun tak ada orang yang ingin atau ambil peduli dengan kemahiran yang anda ada. Betulkah anda tak ada sebarang kemahiran….?
  2. Tak ada masa nak fikir – Ada juga yang kata begitu. Dia berminat nak jadi usahawan tapi terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir tentang idea perniagaan. Kalau ada idea pula, terlalu sibuk untuk mulakan langkah pertama untuk mula secara kecil-kecilan. Apakah anda begitu sekarang? terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk diri anda sendiri. Beruntung sungguh majikan tempat anda bekerja….jika anda termasuk dalam golongan ini, high level, ada idea, independant taoi tak ada masa untuk diri sendiri, tolong datang jumpa saya kalau-kalau saya ada kekosongan tempat kerja. Saya memang nak orang macam anda….tapi saya rasa anda hanya cari alasan dan suka menangguh.
  3. Takut habis dan tak ada duit – Ini juga satu alasan yang amat munasabah. Memang boleh pakai alasan tersebut sebab terlalu ramai yang menggunakannya. Cuba semak berapa ramai yang dah mati kerana habis duit disebabkan menjalankan perniagaan. Tak ada bukan? Malah ramai usahawan yang jatuh muflis sekarang tapi masih lagi berniaga ┬ádan naik semula selesaikan masalah muflis tersebut. Kalau takut habis duit, janganlah ambil risiko pelaburan besar-besaran. Habiskan setakat mana yang anda mampu saja.
  4. Takutkan persaingan – Kalau berniaga ada ke orang nak beli?, sedangkan ramai lagi orang lain yang buat perniagaan macam aku?. Itu pertanyaan besar yang membuatkan ramai tak berani berniaga. Takut persaingan ertinya tak yakin dengan kelebihan diri sendiri. Sentiasa rasa ornag lain lebih bagus dan diri sendiri sentiasa di bawah….jika anda begitu, tak payah dok cerita pasal berniaga.

Semua yang diberikan di atas boleh dijadikan alasan jika anda mahu terus jadi pekerja makan gaji sampai bila-bila.

Tetapi, jika anda benar-benar mahu jadi usahawan dan berhenti makan gaji, semua persoalan di atas akan bertukar menjadi soalan yang perlu diselesaikan.

Semua soalan itu boleh diselesaikan dengan mencari jawapan agar anda mula rasa yakin untuk ke depan. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Bezanya hanyalah, ada orang yang gunakan masalah untuk dijadikan alasan kenapa dia tak boleh buat. Dan segolongan lagi pula gunakan masalah untuk untuk cari jalan macam mana nak buat…anda golongan mana?

Kalau anda daripada golongan yang jadikan masalah sebagai alasan kenapa tak boleh buat, anda memang layak makan gaji dengan gaji yang tak pernah anda puas hati..sebab majikanpun tak suka orang macam itu!

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Tak sabar nak tunggu tarikh hantar surat resign…Jawapan kepada 4 sebab knp masih mkn gaji pun telah terjawab…ditambah pula dgn semangat kisah Tuan Sulaiman Yusof di atas… Semuanya di dalam perancangan. Doakan saya dpt join Tuan dan kawan2 usahawan yang lain…Insya Allah

  2. Sebab apa saya masih makan gaji?
    sebab tiap-tiap bulan gaji dapat. RM1800 tu!..cukup la bayar kereta RM750, sewa rumah baru RM600, belanja anak2 ala baru RM400, barang dapur sikit ja sekali pergi pasarraya tak kurang RM300…tak cukup? duit isteri saya ada boleh kongsi apa, seminggu nak gaji kalau duit habis boleh pinjam kawan atau pinjam mak kat kampung.. raya tahun lepas bagi kat mak RM100 dapat RM50 balik jadi la..(ini cerita dulu kala)

    Sebab apa saya berhenti makan gaji?
    sebab takut gaji tak berkat… takut apa yang saya dapat tiap-tiap bulan tak setimpal dengan apa yang saya berikan pada majikan. time kerja pun saya curik2 main Facebook. waktu lunch masuk lambat, solat lepas pukul 2, (sedangkan 1 jam dipertuntukan untuk makan dan solat sekali), solat lama2 sikit kalau ada geng gossip saya join sekali. waktu kerja pun saya jual insuran buat part time.

    Dan bila tengok kawan jadi usahawan saya cemburu, dia ada kereta besar rumah besar. sebulan untung puluhan ribu, dia kenal dato-dato tan sri-tan sri, main golf, bercuti ke luar negara. Fuhh!

    bila tengok indon jual air tepi jalan pun relaks je, bila tanya, satu hari boleh dapat RM300 .. tak tebakar ke? 1 bulan Boleh cecah 7 – 8 ribu tau. kita yang pakai tali leher sampai ke pusat baru Rm1800..

    Sebab apa saya join group Hidup Ringkas?
    sebab apa yang saya cita-citakan dah merasa, kereta besar, duduk rumah besar, hampir tiap bulan tidur hotel. mind setting tahap old school, bila bisnes dah ok sikit kononnya kena reward pada diri sendiri. penat kerja beb.. kena pamirkan pada khalayak. beli kereta besar dulu. memang dapat pujian..kena sanjung. yang jadi masalahnya tak tahan lama. bila bisnes merudum.. haa baru tau. langit tinggi rendah.

    saya dalam proses mengubah pemikiran yang dulu kepada hidup dengan ringkas, bukan ambil mudah..yang berbelit kita ringkaskan, pendapatan mesti stabil. tak perlu ikut nafsu kalau kita kurang sihat pun InsyaAllah duit masuk, orang yang makan gaji dengan saya tolong uruskan. terima kasih.

    terima kasih pada tuan tanah.. banyak tunjuk ajar dan nasihat, saya dah aplikasikan sedikit demi sedkit memang nampak ketara perubahan nya… Amazing! Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge