0302_robert-kuok_650x455Data pada senarai orang paling kaya dunia pada tahun 2015 setakat ini menunjukkan Robert Kuok berada di senarai ke 110 dengan jumlah kekayaan bernilai USD11.1 billion.

Data tersebut saya ambil dari Forbes yang menyenaraikan para billionaire dunia yang terkini.

Ada seramai 1,826 orang kaya dunia yang mencapai taraf billionaire. Penambahan seramai 290 billionaire baru.

Dalam 290 para billionnaire baru tersebut, 71 orang datang dari negeri China. Terdapat seramai lebih dari 240 orang billionaire ย dari negara China.

Kalau nak dicampur dengan jumlah orang China yang punyai kekayaan menghampiri USD1 Billion, jumlah itu boleh mencecah 400 orang. Kalau setakat millionaire, lagilah ramai.

Apa yang boleh kita katakan adalah orang berbangsa Cina yang berjaya dari segi kekayaan harta amat ramai. Semua itu adalah kesan daripada perubahan negara China mengamalkan dasar ekonomi terbuka.

Sebaik saja China menukar dasar ekonomi mereka, kejayaan rakyat tersebut mengumpul kekayaan dan menjadi warga billionaire dunia menjadi amat laju.

Itu tidak menghairankan memandangkan tekun bekerja, berdisiplin dan tahan lasak sudah menjadi budaya orang Cina.

Serba sedikit tentang Robert Kuok

” Jangan tamak hanya sebab sesuatu itu besar, jangan putus asa hanya sebab sesuatu itu kecil “

Itu adalah antara falsafah pegangan Robert Kuok yang membawa gelaran sebagai ‘Raja Gula’.

Atas dasar itu, beliau tetap tekun membina perniagaan gula walaupun peratusan keuntungan dari perniagaan itu adalah rendah. Begitu juga dengan perniagan lain seperti bijirin dan minyak masak.

Ayah Robert Kuok, Kuok Keng Kang berhijrah untuk mencari makan ke sini pada hujung abad ke 19. Dia bermula dari bawah, kerja kuat dan berjimat cermat sehingga berjaya membuka sebuah kedai Kopi.

Ketika Robert Kuok, masih bersekolah, bapa saudara beliau yang menjalankan perniagaan beras, kacang soya dan gula memberikan hak perniagaannya pada ayah Robert Kuok. Di situ bermulanya empayar perniagaan bijirin dan gula Robert Kuok.

typorama (4)Robert Kuok tidak dapat meneruskan pengajiannya di Universiti akibat serangan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Selepas perang tamat, dia mula membantu perniagaan bijirin dan gula keluarga.

Ia menjadi pendedahan awal Robert Kuok menyelami ilmu perniagaan dengan amalan kejujuran, tidak tamak buat untung dan sentiasa menghormati kepentingan pelanggan.

Robert Kuok menubuhkan syarikat perniagaan pertamanya yang diberi nama Li Ke Wu pada tahun 1947.

Syarikat pertamanya itu menjalankan perniagaan gula.

Nama syarikatnya kemudian ditukar kepada Kuok Brothers Limited apabila dia mula melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan perkapalan.

Ayah Robert Kuok sentiasa mementingkan urusan membina jaringan. Dia terkenal sebagai seorang usahawan berjaya ketika itu dan membina perhubungan rapat dengan pengasas UMNO, Dato Onn Jaafar ketika itu.

Selain itu, ayah Robert Kuok juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim.

Dari ayahnya beliau didedahkan pada falsafah perniagaan awal. Robert Kuok juga mempunyai kenalan yang hebat-hebat ketika zaman persekolahannya. Mendiang Lee Kuan Yew merupakan kenalan sekolahnya ketika sama-sama menuntut di Raffles Institution, Singapura.

Pendedahan awal arena antarabangsa Robert Kuok

Pada satu ketika, perniagaan Robert Kuok dilanda masalah. Dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari dunia perniagaan dengan pergi ke Britain.

Itu adalah satu keputusan paling baik yang dia pernah buat kerana sesampainya di sana, dia kagum melihat bagaimana orang putih menjalankan perniagaan mereka.

Dilihatnya orang putih punyai skil perniagaan yang cemerlang dengan pengurusan perniagaan yang teratur.

Dia juga terkesan dengan model perniagaan orang putih yang ke depan berbanding apa yang pernah dilihatnya.

Tidak menghairankan kerana ketika itu Britain merupakan sebuah negara yang sudah maju ke depan.

Antara perkara paling dibrikan perhatian oleh Robert Kuok adalah terhadap perniagaan ‘Stock Trading’ dan juga ‘Future Trading’.

Gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan gula dengan lebih jauh dan besar mula timbul dalam kepalanya.

Lebih kurang dengan Li Ka Sheng yang melihat kesempatan baik di Hong Kong ketika orang putih mahu tinggalkan Hong Kong, Robert Kuok juga melihat kesempatan yang sama ketika zaman orang putih mahu tinggalkan Malaya.

Dan apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah yang menyaksikan Robert Kuok terus gemilang naik menjadi orang paling kaya di Malaysia.

Banyak lagi cerita menarik tentang Robert Kuok ini. Anda boleh cari sendiri kalau nak tahu lebih lanjut. Antara yang menarik yang saya tahu tentang Robert Kuok adalah kefasihannya berbahasa Melayu.

Dia mampu berbicara bahasa Melayu siap dengan peribahasa. Dikatakan kefasihan Robert Kuok berbahasa Melayu mampu membuat ramai orang Cina lain yang lahir dan membesar di Malaysia merasa malu.

Nasihat Robert Kuok pada orang muda

Berikut saya berikan ringkasan 4 nasihat Robert Kuok pada orang-orang muda di luar sana yang mahu berjaya dalam perniagaan mereka.

Moga nasihat Robert Kuok yang baik ini dapat kita jadikan panduan untuk merintis jalan kejayaan kita dan jenerasi kita yang akan datang.

  1. Jangan berhenti mengejar peluang – Tak kira apa yang anda lakukan, jangan sesekali berhenti dari mengejar peluang yang ada di sekeliling. Sebaik saja ada peluang, tangkap peluang tersebut dan jangan berlengah-lengah. Pastikan anda kekal bermotivasi untuk semua itu.
  2. Sentiasa bersabar – Tidak ada jalan yang mudah dalam melakukan apa saja urusan kita untuk berjaya. Oleh itu bersabarlah. Jangan putus asa macam pondan (itu saya tambah). Bangun dan teruskan perjalanan setiap kali jatuh. Itu merupakan sikap yang wajib ada pada semua usahawan yang nak berjaya.
  3. Berwaspada dengan kejayaan – Ambil perhatian berat untuk sentiasa berwaspada terhadap kejayaan yang anda tempuh. Jika orang percaya kegagalan adalah sumber kepada kejayaan, berdasarkan pengalaman Robert Kuok, kejayaan juga boleh menjadi sumber kepada kegagalan.
  4. Menyumbang – Jangan lupa matlamat akhir ini. Jangan lupa untuk berikan semula sumbangan anda pada masyarakat bila dah menempa kejayaan. Lagi banyak yang anda sumbangkan lebih baik sebenarnya.

Sebagai orang yang mahu berjaya, kita jangan sesekali membenarkan orang memandang rendah pada keupayaan kita.

Jangan buang masa habiskan waktu degan mengejar hiburan siang dan malam. Gunakan masa yang ada untuk berusaha.

Memang ada ramai orang yang jauh lebih bijak daripada kita sebenarnya, itu pasti. Tapi bijak saja tak cukup jika masa dihabiskan dengan berfoya-foya membuang masa.

Orang yang average macam saya dan anda senang-senang saja meinggalkan mereka yang jauh ebih bijak itu jika kita istiqamah berusaha tanpa membuang masa.

Tambahan akhir pesan Robert Kuok pada orang muda

Sentiasa cari dan buat kawan. Biar berkawan ramai, seramai mungkin.

Tapi ingat !

Anda perlu pandai bezakan, mana satu kawan yang baik dan mana satu kawan yang buruk…

moga ada manfaatnya.

Total
89
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

16 comments

  1. Alhamdulillah.
    Terima kasih tuan atas perkongsian 4 nasihat Robet Kuok ๐Ÿ™‚

    Kadang-kadang ramai diantara kita terlupa untuk “Give Back” apa yang telah kita dapat.
    In sha Allah, saya doakan kita semua kaya & berjaya dunia akhirat! Aminn.
    Adzrif Sidek recently posted…Mana satu sikap anda?My Profile

  2. Betul2 motivated. Tetapi terpikir jugak… Kenapa kebiasaannya usahawan/orang2 kaya yg sgt menitikberatkan soal berjimat cermat, tidak tamak dan amat berwaspada tetang soal perbelanjaan berbanding orang makan gaji. Sedangkan mereka lebih pada cukup untuk meneruskan kehidupan.

      1. Itu la persoalannya… Kenapa orang yang makan gaji tidak berfikiran begitu. Golongan ini lebih selesa berhutang untuk kelihatan macam ‘orang kaya’.

      2. Kita sentiasa dihujani oleh pengaruh iklan pujuk rayu para pakar pemasaran untuk menyentuh emosi. Bayangkan bagaimana seseorang boleh tukar handphone baru sedangkan yg ada masih sempurna untuk digunakan… ! mungkin jiwa kebanyakan orang tak kuat agaknya untuk menggunakan akal yg murni

      3. Betul juga la… Itu la ciri paling penting yang perlu ada dalam diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jiwa mesti kental. Mungkin sebab ini juga menyebabkan bukan semua orang layak menjadi usahawan. Dikira insan terpilih lar usahawan ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge