tranquil-boat-800x533Untuk pastikan kita berjaya dalam kehidupan, amat penting untuk jadikan amalan belajar perkara baru sebagai salah satu daripada sasaran tanpa henti kita.

Tak kisah samada anda seorang yang makan gaji atau seorang usahawan.

Kalau anda seorang yang makan gaji, ada impian untuk meningkat dalam kerjaya dan naik pangkat, proses belajar perkara baru merupakan satu kewajiban.

Begitu juga kalau nak jadi seorang usahawan yang berjaya. Proses belajar perkara baru juga merupakan satu kewajiban samada anda suka atau tidak.

Ada sebuah buku yang terkenal dijual di MPH dan di kedai-kedai buku lain yang menceritakan maklumat penting tentang kehidupan.

Buku tu menekankan bahawa,

“Apa yang anda tahu, yang membawa anda ke sini sekarang, tidak cukup untuk membawa anda ke tempat yang anda nak pergi ¬†selepas ini”

Tajuk yang sama juga digunakan terhadap buku tersebut, tetapi ditulis dalam Bahasa Inggeris. Jika anda berminat, elok pergi ke MPH atau kedai buku lain dan dapatkannya senaskah.

Anda boleh klik link yang saya berikan kat bawah kalau nak beli buku tersebut melalui Amazon.com

What Got You Here Won’t Get You There: How Successful People Become Even More Successful

Ayat itu amat mendalam maksudnya. Kalau tidak difikirkan dengan mendalam anda tak akan faham. Anda perlu faham 4 proses belajar perkara baru untuk memahami kenapa ianya jadi begitu.

Untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam proses belajar perkara baru, mari kita lihat senarainya di bawah.

4 proses perlu dilalui dalam belajar perkara baru

Kita berikan penerangan dengan memberikan contoh bagaimana proses belajar berlaku kepada serang yang hanya ada pengalaman makan gaji dan nak jadi seorang usahawan dengan berenti kerja.

Dalam proses bertukar belajar perkara baru tersebut dan dalam apa saja perkara baru yang anda belajar, akan berlaku 4 proses berikut:

  1. Tidak sedar dan tidak cekap
    1. Anda ada keinginan untuk jadi usahawan sedangkan masih lagi makan gaji. Kenapa anda nak jadi usahawan mungkin atas dasar seronok tengok usahawan berjaya kerjanya bebas, relaks, bergaya, dan penuh dengan keindahan. Itulah secara umumnya yang anda rasa betul tentang menjadi seorang usahawan yang berjaya.
    2. Hakikatnya anda hanya bayangkan apa yang anda rasa betul berdasarkan maklumat kelabu yang ada dalam kepala. Apa yang anda tahu itu berkemungkinan besar jauh berbeza daripada hakikat sebenarnya yang dirasai oleh seorang usahawan yang berniaga secarasepenuh masa.
    3. Selagi anda tidak mendekati dan berkawan dengan para usahawan, pergi ke kursus sebenar tentang keusahawanan, bukan kursus yang menjanjikan ‘sure berjaya’, dan seterusnya terjun menjadi usahawan, anda sebenarnya masih lagi berada di dalam keadaan ‘tidak sedar dan tidak cekap’.
    4. Anda tak tahu apa sebenarnya yang anda tak tahu dan sudah tentu anda tidak ada skill yang mencukupi untuk menjayakan diri dan menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  2. Sedar dan tidak cekap
    1. Selepas mendapat inspirasi yang menggalakkan mungkin setelah balik dari seminar percuma Dr Azizan atau mana-mana kursus motivasi menjadi manusia hebat lain, anda terus campakkan surat berhenti kerja. Anda rasa leaga kerana hari ini anda telah pecat Boss anda sendiri daripada mengganggu hidup anda.
    2. Maka anda mula berniaga. Bermulalah satu lembaran baru terbuka satu demi satu. Anda rasa seperti terkena tumbuk bergilir-gilir oleh berbagai musuh yang datang entah dari mana.
    3. Pengalaman itu semua membuatkan anda mula sedar bahawa, ‘masih terlalu banyak sebenarnya yang aku tak tahu !’. Berbagai perkara yang tak pernah anda bayangkan berlaku.
    4. Mungkin selama ini anda ingat (ketika berada di tahap pertama tadi di atas) macam dah tahu. Rupanya tidak.
    5. Tapi alhamdulillah!. Syukur sebab anda dah sedar. Dan anda mengaku bahawa anda sebenarnya tak cekap menghadapi keadaan tersebut walaupun dah tahu.
  3. Sedar dan cekap
    1. Oleh kerana anda seorang yang degil dan memang terkenal sejak dari kecil jarang mengaku kalah walaupun dirotan dengan buluh kering sampai hancur, maka anda teruskan belajar dari kesilapan. Anda berkawan dengan ramai usahawan lain, anda berbincang, masuk kursus, bertanya cari jawapan dan balik untuk dipraktikkan.
    2. Hasil daripada proses belajar memahami dan belajar mengamalkannya, akhirnya anda mula cekap.
    3. Anda sudah faham apa yang selama ini orang dok cerita susah senang sebagai seorang usahawan. Anda juga rasa yakin untuk menceritakan perkara yang sama pada orang lain pula secara bersunggguh-sungguh bagaimana sebanranya nak jadi usahawan dan berjaya berniaga.
    4. Anda sudah berada di dalam keadaan sedar penuh maklumat dan dalam masa yang sama cekap mengendalikannya secara sedar. Berlakulah prubahan dalam kehidupan anda dan berlakulah peningkatan dalam perniagaan anda. Dari tak ada sales dan mula ada. Anda rasa bahagia dan sentiasa tersenyum dengan bangga.
  4. Tidak sedar, cekap
    1. Apa yang dilalui di atas berulang-ulang dan anda amat fasih sebagai seorang usahawan yang cekap mengendalikan perniagaannya.
    2. Hasil daripada mengulang buat apa yang anda dah tahu membuatkan anda jadi cekap.
    3. Punyalah tinggi tahap kecekapan anda itu, akhirnya membuatkan anda tak sedar lagi dalam erti kata tak perlu fikir untuk mengendalikan perniagaan anda.
    4. Itulah tahap yang kita panggil sebagai tak sedar dan cekap.
    5. Anda sebenarnya tak sedar apa yang anda sedang lakukan tapi anda amat cekap. Buat tanpa perlu fikir. Macam orang selalu kata, ‘pejam matapun boleh buat!’

Apakah perjalanan anda sudah tamat?

Tidak! sebab jika berterusan dalam keadaan itu, perniagaan anda hanya akan sampai ke satu tahap tepu. Sudah tiada lagi peningkatan.

Anda akan hairan. Cuba buat macam-macam kononnya nak tingkatkan lagi perniagaan anda tapi nampaknya semuanya tak menjadi.

Sebabnya adalah kerana anda sebenarnya amat cekap ulang perkara yang sama tanpa menyedarinya. Anda ulang dan ulang buat apa yang anda dah tahu, walaupun anda sangka itulah jalan betul nak keluar dari masalah perniagaan tepu yang sedang dihadapi.

Anda mula tengok usahawan lain yang lebih tinggi pencapaiannya, nampak macam anda tahu macam mana nak buat. Dan anda berlagak syok sendiri balik cuba nak buat.

Tapi percayalah, and atak sedar bahawa anda sedang ulang balik pa yang anda tahu saja.

Dalam situasi ini, anda sudah kembali ke tahp nombor satu di atas tadi.

Bermula satu lagi proses belajar perkara baru

Anda sudah jadi tidak tahu dan tidak cekap…

Ia adalah satu permulaan dalam satu lagi proses belajar perkara baru. Itupun jika anda tidak berlagak sombong perasan macam dah tahu.

Kalau anda tak sombong, anda akan cari orang yang boleh antu anda samada coach dari Hr Biz Coaching atau siapa-siapa saja mentor lain yang sanggup mengajar pertutunkan ilmu baru pula pada anda.

Total
12
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Saya sentiasa suka dengan ilmu baru yang boleh didapati hasil pembacaan di sini.
    Hidup memang kena sentiasa belajar dan terus belajar. Terima kasih untuk perkongsian ilmu tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge