5 alasan untuk tidak ‘renovate’ rumah

By | 19/10/2012

Perlukah kita mengubahsuai rumah yang kita beli?. Budaya renovate rumah ini cukup meriah di kalangan warga kota yang tinggal di kawasan perumahan. Baik dari kalangan kaum Cina, India maupun Melayu, semuanya ada kecenderungan renovate rumah. Yang membezakan antara mereka ada lah tahap renovate yang berbeza-beza.

Ada di kalangan orang kaya, bukan setakat renovate, malah diruntuhkannya keseluruhan rumah lalu dibina sebuah rumah yang serba baru. Seolah-olah dia hanya mahukan tapak tanah sahaja. Kadang-kadang meleleh air liur melihatkan rumah yang masih elok tanpa ada apa-apa kecacatan diruntuhkan Kenapalah buat begitu?

Dikalangan mereka yang ada tapi tak berapa berada pula, ubahsuai rumah untuk kelhatan hebat dari luar. Berbagai jenis jubin serta hiasan lain ditempel pada dinding. Cat glamour disapu, dinding kukuh penuh hiasan dibina beserta dengan tiang ala-ala rome terpacak megah menongkat bumbung.

Kos buat kesemua tersebut bukanlah murah. Untung juga sekarang ramai kontraktor dari kalangan pendatang yang menawarkan harga rendah, tapi ianya tetaplah mahal untuk mereka yang tidak berada. Apa yang menghairankan adalah, rumah itu saiznya begitulah juga, jumlah biliknya masih 3 buah.

Cuma ada sedikit perubahan dari segi hiasan dalaman yang majoritinya hanya untuk menyedapkan mata yang memandang. Selain daripada kegunaan untuk tuan punya rumah melihat terkebil-kebil atau untuk para tetamu atau jiran memuji tak ikhlas, tidak ada kegunaan lain. Malah langsung tak ada kegunaa fizikal yang bermakna.

Jika anda mahu meringkaskan hidup, pertimbangkanlah semula aktiviti atau keinginan untuk simpan duit atau keluarkan wang KWSP lalu dicampakkan buat renovate rumah. Berikut 5 alasan yang ingin saya berikan pada anda, kenapa tak perlu renovate rumah.

  1. Tak ada beza dari segi saiz rumah. Jenis renovate rumah sebegini memang perlu ditinggalkan terus. Keluasan, susun atur dan bentuk rumah kekal macam tu juga terutamanya dari dalam. Cuma bahagian luar saja yang diubah. Kenapa membazirkan wang sebegitu semata-mata untuk mempamerkan pada jiran?
  2. Simpan wang untuk beli rumah baru. Kekalkan keadaan rumah anda macam original. Tak ada hinanya jika rumah kekal macam asal. Kalau nak juga kelainan atau rumah yang lebih bagus elok simpan duit jangan ubahsuai rumah. Bila sampai waktunya modal cukup untuk beli rumah baru yang lebih sesuai dan besar, jual saja rumah lama dan pindah.
  3. Guna duit ubahsuai untuk perkara wajib. Ramai juga yang masih tak menunaikan fardu haji tapi ada pulak wang berbelas-belas ribu untuk ubahsuai rumah. Patutlah alasan tak pergi haji adalah kerana duit belum cukup. Simpan duit tersebut dan gunakan untuk menunaikan fardu haji dengan pakej mahal, tak payah tunggu Q tabing haji yang terlalu lama.
  4. Guna duit untuk kerja kebajikan. Setiap wang yang anda keluarkan bagi urusan kebajikan seperti sedekah dan sebagainya merupakan hak mutlak kepunyaan anda di akhirat nanti. Jika wang digunakan untuk ubahsuai, maka terbenamlah ia di situ dan langsung tak membantu anda di akhirat kelak.
  5. Jangan jemput perompak. Rumah dihias dengan megah beserta pagar yang mewah memberikan mesej yang salah pada orang jahat. Bagi mereka itu alamat tuan punya rumah banyak duit sehingga tak tahu nak buat perkara yang lebih bermanafaat. Dari dibiarkan tuan rumah membazir lebih baik dia masuk rompak dahulu.
Jika kita kuat jiwa dan mahu hidup ringkas dan bermakna, ubahsuai rumah memang lansung tak perlu. Melainkan jika kita ada perasaan takut nanti apa orang kata, maka kita mula tak mahu ketinggalan kasi rumah cantik melebihi jiran.
Latihlah diri untuk menggunakan akal fikiran. Jangan latih diri untuk mengikut apa amalan orang ramai kerana sikap berlumba siapa lebih hebat membuatkan kita menjadi murung dan kecewa. Berlumba dengan diri anda sendiri, hari ini lebih baik dari semalam. Itu sudah memadai untuk kita.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

5 thoughts on “5 alasan untuk tidak ‘renovate’ rumah

  1. mimi

    Saya setuju…
    Sebab renovation ni sebenarnya satu penyakit….
    Dah buat itu…nak ini pulak…
    Tak habis2….penyakit nak tukar sana tukar sini…
    Mula2 tambah belakang..lepas tu buat kichen kabinet…lepas tu baju banyak buat wardrobe bilik…
    Lepas tu besarkan parking….master room lah..

    Tu yg asb aku tak penuh2 tu….hehehe

    Reply
  2. Anonymous

    Kekadang byk faktor ubahsuai dilakukan. Lokasi dh cantik rumah pulak pintu pagar pun guna dawai ja. Mungkin sbb tu diubahsuai. Nk beli rumah besar pulak terletak belakang bukit berhutan tebal. Yang penting jgn membazir klu ada kegunaan blh diubahsuai

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge