cara untuk tak kaya dan kekal jadi orang miskin Ada dua cara untuk melihat apa ertinya menjadi orang miskin. Pertamanya kita lihat dari sudut kesusahan dalam hidup dan keduanya kita lihat dari sudut apa yang tidak dimiliki berupa harta benda.

Orang miskin tidak semestinya tidak ada harta, orang miskin juga tidak semestinya tak ada pendapatan. Kadangkala orang miskin ada gaji besar, rumah besar, jawatan besar tetapi perbelanjaannya jauh lebih besar, nafsu berbelanjanya jauh melebihi apa yang dia ada dan dapat.

Orang miskin juga boleh jadi memang rendah gajinya, senget rumahnya, tak ada kereta besar dan tak pakai baju berjenama. Sebab terlalu banyak kekurangan dia miskin dan terus miskin dan keperluan asasnya tidak dapat disara oleh apa yang dia mampu dapat dari pendapatannya.

Oleh itu perlu kita sedar jangan ingat gaji besar dan pangkat besar anda tak boleh dimasukkan ke dalam kategori orang miskin dan jangan ingat jika anda kerja rendah, gaji tak besar anda termasuk dalam golongan miskin.

“Yang dikatakan miskin itu bila pendapatan kurang dari perbelanjaan dan dia berterusan begitu samada secara sedar atau tidak sedar”

Biasanya kita dengar orang berikan petua macam mana nak jadi kaya, jadi saya fikir elok jika diterbalikkan masalah yang sama dengan memberikan petua bagaimana nak kekal jadi orang miskin dan susah.

Berikut 5 cara untuk kekal jadi orang miskin:

  1. Tidak teringat atau terlintas dalam kepala bahawa diri sendiri boleh jadi orang kaya. Ini cara paling mudah untuk kekalkan diri anda jadi orang miskin. Setiap kali ada impian nak jadi kaya, padamkan saja kerana itu perkara tak masuk akal. Orang lain boleh dan anda tak boleh. Buang semua kepercayaan dan lihat semua sudut negataif kenapa anda tak boleh jadi kaya.
  2. Jangan sesekali buat keputusan untuk jadi kaya. Buat keputusan nekad untuk kekal dalam keadaan miskin dan susah merana seadanya. Pujuk diri bahawa miskin itu seronok dan kaya itu tak seronok agar anda kekal dengan keputusan nak jadi miskin.
  3. Tangguh semua perkara yang perlu dilaksanakan. Jika anda masih juga ada keinginan nak jadi kaya dan keluar dari kemiskinan, tak apa!, jangan risau!, sentiasa tangguh apa saja yang nak kena buat untuk keluar dari kemiskinan itu. Tangguh betul-betul tangguh dan cara serta sediakan berbagai alasan untuk kekal tangguhkan kerja. Kalau boleh tangguh sampai tua dan sampai mati kekal tangguh.
  4. Jangan tahan diri untuk puaskan nafsu. Setiap kali ada benda yang nak dikecapi dan memerlukan perbelanjaan besar, samada penting atau tak penting, ikut nafsu itu dan berbelanjalah. Nak tahan-tahan buat apa, kata nak kekal miskin, jadi nafsu keinginan berbelanja mesti dibajai sampai mekar berkembang jadi raksaksa. Sentiasa semak duit lebihan jangan kasi ada, jika ada cepat-cepat belanja.
  5. Fikir dan rancang dalam jangka masa pendek sahaja. Tak perlulah susah payah nak pandang jauh. Tak perlu fikirkan bab anak-anak, tak perlu fikirkan bab hari tua, tak perlu fikirkan bab masyarakat perlu bantuan. Cukup sekadar fikirkan hal diri sendiri sependek yang mungkin. Anggap orang yang fikir jauh-jauh tu tak normal dan jauhi daripada mereka.

Cukup sekadar lima petua tersebut di atas untuk anda kekal jadi orang miskin. Tak payah banyak-banyak petua untuk kekal jadi orang susah dan orang miskin. Jika anda lakukan semua yang disebutkan di atas, besar kemungkinan anda akan kekal jadi orang miskin. Fikirkan sendiri samada anda ada semua atau salah satu dari yang saya sebutkan di atas.

sumber gambar

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

20 comments

  1. Saya lebih suka hidup bergini tidak ;tidak payah naik teksi lagi dryber saya bawa ;nak pergi luar negara ;saya memiliki 3 jet peribadi

    Nama jet tuh GLOBOL 7000 ;so kalau korang nak jadi macam saya kene lah rajin usaha jangan duk banyak berangan ok ;and then lagi 1 jangan merempit dan jangan berjudi ok

    Semua perkara itu akan mematikan hati okhem bersabar lah yup dalam menhadapi dugaan ekonomi yang semakin meningkat nih ?

    Jahat nye lah ;bab kata malik;yang kaya terus berkuasa :yang terus di pandang hina ,$?ok lah korang i ade mitting lagi besok hope korang happy lah dengan hidup yang sederhana nih yup dada

    Tan sri ucap kan selamat malam

  2. Lebih baik jadi miskin lagi best kan dari kaya ;sebab kalau kaya pon hati jadi pasti ramai musuh buat aper kan

  3. Betul tuh lebih baik jadi dari jadi kaya sebab kalau hati jadi keras senang pulak kita masuk neraka ka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge