tips hidup bahagiaMari kita lihat 5 rahsia hidup bahagia yang saya ambil daripada petikan di sini untuk sama-sama kita renungkan dan kalu boleh semak samada kita ada kesemua yang disebutkan tersebut.

Rumusan kepada 5 rahsia hidup bahagia yang disenaraikan ini adalah hasil daripada kajian yang mendalam dilakukan oleh orang barat.

Memang cubaan untuk mecari jawapan kepada kebahagiaan hidup menjadi satu cabang kajian yang amat diminati oleh orang-orang barat dalam usaha mereka mendapatkan kepuasan hidup.

Kajian sebegitu mungkin tidak berapa mendapat tempat di negara kita kerana kita diajar untuk menelan segala apa yang berlaku dalam hidup ini dan menyerahkannya pada ketentuan Ilahi.

Kita diajar untuk mempercayai Qada dan Qadar. Segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku adalah ketentuan Tuhan dan telah tertulis di Loh Mahfuz. Malah mempercayai akan Qada dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib kita semat kemas di dalam dada.

Namun begitu, saya berpandangan bahawa kita perlu megambil sikap yang betul dalam memahami perkara lalu, perkara yang sedang terjadi dan juga perkara yang akan berlaku.

Formula saya adalah seperti berikut:

  • Perkara yang lalu – Kita perlu redha dan akur dengannya. Apa yang telah kita dapat sesekali tidak akan dapat kita hindari dan apa yang kita tak dapat sesekali tidak akan kita dapat. Itu semua telah berlalu dan tidak akan dapat berpatah balik. Yang pentingnya adalah apa yang kita ambil iktibar dan belajar daripada perkara yang telah berlaku itu untuk digunakan dalam cubaan merangka apa yang belum berlaku.
  • Perkara yang sedang berlaku – Apa yang sedang berlaku juga perlu kita akur dan tawakkal. Kita mesti serahkan bulat-bulat pada Tuhan dan mengharapkan yang terbaik.
  • Perkara yang bakal berlaku – Walaupun semuanya telah ditentukan, kita sebagai makhluk yang lemah tidak tahu menahu selagi lembaran takdir tidak menunjukkan wajahnya. Oleh itu, berusahalah berdasarkan pengalaman lalu, berdasarkan hukum kejadian Tuhan moga kita dapat balasan pahala usaha. Jangan lupa berdoa pada Tuhan dan mengharapkan yang terbaik dariNya. Jangan putus harap pada Tuhan dan amalan doa itu adalah sebaik-baik expressi kebergantungan kita kepada Tuhan.

5 rahsia hidup bahagia

Berdasarkan kefahaman kita pada tiga perkara asas yang saya sebutkan di atas, mari kita lihat apakah rahsia amalan mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bahagia.

  1. Berkawan – Kajian membuktikan mereka yang bahagia dan mendapat kepuasan dalam hidup ada sekurang-kurangnya 10 orang kawan rapat yang boleh dikongsikan minat bersama. Orang yang ada ramai kawan secara automatik meningkatkan 20% tahap kepuasan hidup mereka.
  2. Punyai cerita kehidupan – Orang yang bahagia kehdupannya suka kongsi pengalaman dirinya yang menarik. Samada cerita dirinya sendiri ataupun cerita keluarganya. Semua orang ada sesuatu yang istimewa yang boleh dibanggakan disyukuri. Kongsikan bersama orang lain, pada anak-anak, kawan-kawan dan kenalan. Itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita tak dapat lihat adanya kelebihan pada diri kita, sudah tentu ada yang tak kena dengan otak kita. Kalau boleh tuliskan atau buat blog lagi bagus.
  3. Ada matlamat – Hidup tanpa ada matlamat untuk dicapai memang tidak ada kehidupan. Dengan adanya matlamat, akan wujud perjuangan, akan ada usaha. Bla ada usaha tentu ada jalan dan insyaallah akan ada kejayaan. Pastikan kita ada sasaran atau matlamat dan jangan hidup ikut kaki melangkah sahaja.
  4. Harta benda bukan segalanya – Lagi banyak kita kejar dan berikan ergantungan pada harta benda, lagi berkurangan rasa kepuasan hidup. Oleh itu, kurangkan terkejar-kejar dengan kebendaan atau wang ata harta benda.
  5. Sentiasa buat peningkatan – Pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, insyaallah kita akan bahagia. Peningkatan tak semestinya besar. Kecil-kecil lama-lama jadi besar. Pastikan kita buat perubahan dan pembaikan dalam hidup untuk dapatkan keluasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Cuba semak kelima-lima perkara yang tersebut di atas samada ada pada kita atau tidak. Kalau ada alhamdulillah kita termasuk dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Memang betul bahawa dengan kebahagiaan, kesenangan akan datang menyusul.

Demikianlah 5 rahsia hidup bahagia yang ada pada mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bermakna. Semua perkara tersebut adalah berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ratusan juta orang. Bagus untuk kita fikirkan dan jadikan panduan, Insyaallah!

Total
29
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. masih memburu kebahagiaan sejati..dengan mencapai apa yang diidamkan oleh manusia normal seluruh dunia iaitu kekayaan harta benda,amal ibadah dan budi pekerti..
    mrhanafi recently posted…Musibah MH370My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge