asas jadi pemimpinUntuk jadi usahawan bukan semestinya perlu ada ijazah, Master atau Phd. Semua orang dah tahu fakta tersebut. Sekeping kertas pencapaian akedemik tidak diperlukan untuk jadi usahawan berjaya.

Melainkan jika anda nak kerja makan gaji, buat permulaan, kertas pencapaian akademik memang ada kegunaannya. Itupun hanya pada awal waktu saja, bila pengalaman kerja semakin bertambah dari tahun ke tahun, kadangkala itu jauh lebih berharga daripada pencapaian akademik.

Kehidupan sebagai seorang usahawan ataupun sebagai pekerja makan gaji dalam keadaan sebenarnya tetap memerlukan beberapa kemahiran dalam bentuk asli yang bukan sekadar dipamerkan pada sekeing kertas.

Kemahiran asas dalam kehidupan untuk mebolehkan kita berjaya naik ke atas dan tinggikan martabat kita sebagai seorang insan yang berguna adalah keupayaan untuk menjadi seorang pemimpin.

Keupayaan memimpin diperlukan oleh semua manusia samada usahawan, ahli politik, ahli masyarakat, ayah, ibu, pelajar, cikgu, pekerja atau sesiapa saja. Kita tak dapat lari daripada memegang salah satu daripada tahap kepimpinan samada tinggi atau rendah.

Oleh itu, kita mesti tahu apakah kemahiran asas untuk jadi pemimpin jika ada hasrat untuk memajukan diri. Mari kita lihat apakah kemahiran asas tersebut.

6 Kemahiran asas untuk jadi pemimpin

Berikut adalah senarai 6 kemahiran yang semua pemimpin perlu ada menurut artikel daripada Havard Business Review.

  1. Memberi ransangan pada orang lain
    • Ini adalah kemahiran asas paling penting jika anda mahu berada di tahap kepimpinan yang paling atas.
    • Amat penting untuk dimiliki oleh seorang usahawan agar segala keputusannya berjaya dilaksanakan tanpa ada bantahan.
    • Ingat! memberi ransangan tidak sama dengan memaksa.
    • Usahawan bukan saja perlu meransang pekerja, malah usahawan perlu juga berupaya meransang pelanggan, pelabur dan lain-lain individu berkaitan untuk memberikan sokongan pada perniagaannya.
  2. Mempamerkan integriti
    • Boleh meransang atau mempengaruhi orang lain pada perkara buruk oleh orang yang buruk perangainya, tidak akan dapat bertahan lama. Bila pekung terbuka, semua orang akan lari.
    • Oleh itu, integriti yang dihiasa dengan kejujuran perlu ada pada semua orang yang mahu berjaya
    • Apatah lagi jika anda usahawan. Terutamanya pada usahawan yang mahu bertahan lama dalam dunia keusahawanan.
  3. Menjadi penyelesai masalah yang baik
    • Hidup yang bermakna, dalam satu segi adalah sama dengan aktiviti menyelesaikan masalah. Tak kira samada masalah diri sendiri mahupun masalah orang lain.
    • Selagi kita sanggup berhadapan dengan masalah dan cari jalan untuk selesaikannya, kehidupan akan jadi lebih bermakna.
    • Semakin tinggi tahap kepimpinan, semakin tinggi keupayaan menyelesaikan masalah diperlukan.
    • Oleh itu belajarlah jadi penyelesai masalah yang baik dan bukannya menjadi pencetus masalah pada orang lain.
    • Tambahan pula, seorang usahawan adalah individu yang kerjanya menyelesaikan masalah pelanggan, tak ada yang lebih penting untuk berjaya dalam perniagaan selain daripada keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik.
  4. Permudahkan perubahan
    • Pemimpin yang baik adalah agen kepada perubahan.
    • Perubahan amat perlu dari masa ke masa untuk pergi ke tahap yang lebih baik. Tak kisa sebagai seorang individu mahupun kepada sebuah organisasi.
    • Orang yang tak mahu berubah, biasanya tak akan ke mana-mana, dia akan kekal pada tahap akhir kedudukannya berada.
    • Mampu ubah diri sendiri masih tidak cukup jika kita berada di dalam petak kepimpinan. Kita mesti mampu membantu orang lain untuk berubah, barulah keseluruhan organisasi dapat berubah.
    • Petua yang paling baik untuk menjadi agen perubahan adalah sentiasa ingat akan perkataan ‘permudahkan’. Permudahkan apa saja tugasan anda, permudahkan juga urusan orang lain.
    • Jangan jadi ajen yang kerjanya mengusutkan keadaan. Anda akan terkeluar daripada senarai kepimpinan.
  5. Berkomunikasi dengan jelas
    • Ada orang yang jujur dan punyai integriti yang hebat, tapi malangnya dia tak berupaya menjelaskannya pada orang lain.
    • Ada juga orang yang punya idea yang cukup hebat, dia bijak dan punyai banyak ilmu, tapi tak berupaya berkomunikasi dengan baik.
    • Itu merupakan masalah rakyat di negara kita terutamanya pada majoriti pelajar yang tamat pengajian mereka di pusat pengajian tinggi. Mereka bijak menghafal, malangnya tak dapat membuat penyampaian dengan baik.
    • Tidak ada kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dan jelas hanya membuatkan segala keupayaan dan idea kita tertanam dalam kubur bersama dengan jasad bila kita mati kelak.
    • Pastikan kemahiran ini digarap dengan baik sepanjang hidup kita. Ikuti latihan, buat pembacaan dan berlatihlah tanpa jemu sehingga anda mampu berkomunikasi dengan jelas, baik dan ringkas dan tidak menjemukan.
  6. Bijak berkerjasama
    • Bila dah namanya ketua, ertinya perlu bekerja dengan ramai lagi orang lain di bawah. Ketua juga perlu mewakili kumpulannya untuk berbincang dan bekerjasama dengan ketua kumpulan yang lain pula.
    • Bijak bekerjasama adalah kemahiran yang ada hubung kait dengan kejayaan seseorang individu dalam melayari kehidupannya.
    • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ramai kawan dan pandai bekerjasama dengan rakan-rakannya sejak kecil, bila membesar biasanya lebih berjaya dalam kehidupan mereka dan menjadi ketua.
    • Kebijaksanaan untuk bekerjasama dengan orang lain juga adalah resepi untuk menjadi usahawan yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Tak ada usahawan boleh naik dan berjaya seorang diri tanpa adanya kerjasama dengan orang lain.

Semak 6 kemahiran asas yang anda ada

Cuba tuliskan semula kesemua 6 kemahiran asas yang saya senaraikan di atas. Semak satu persatu kedudukan anda dalam memiliki setiap satu daripada kemahiran tersebut.

Pastikan anda buat dua semakan. Mulanya semak berdasarkan pandangan diri anda sendiri. Kemudiannya semak juga berdasarkan beberapa rakan atau kenalan yang mengenali diri anda.

Pastikan anda memiliki kesemua kemahiran asas itu jika mahu berjaya dan menjadi ketua atau pemimpin dalam organisasi anda.

Gunakan 6 kemahiran asas untuk merekrut pekerja

Kemahiran asas yang disenaraikan tadi juga perlu diguna pakai sebagai satu garis panduan dalam merekrut pekerja ataupun rakan kongsi dalam perniagaan anda.

Semua syarikat yang berjaya dengan cemerlang banyak disumbangkan oleh keupayaan merekrut para pekerja yang tinggi daya kepimpinan mereka. Jangan pandang remeh dengan fakta memilih pekerja ini kerana ia bakal menentukan ke tahap mana perniagaan anda akan pergi.

Nota:

Saya tujukan artikel ini khas untuk diri saya sendiri dan juga pada para pembaca yang bercita-cita menjadi insan yang hebat. Mari kita sama-sama semak kesemua 6 kemahiran asas yang disebutkan di atas agar berjaya menjadi manusia yang berguna pada agama, masyarakat dan negara. Insyaallah

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge