orang sukaMacam mana nak bagi orang suka pada kita ya ?

Itu soalan yang sering bermain dalam kepala saya. Bukan atas dasar nak mengorat, dah kesuntukan masa untuk kerja macam tu. Tapi lebih kepada membuatkan perjalanan hidup menjadi lebih positif.

Tambah pulakĀ lagi, jika anda seorang usahawan.

Kalau seorang usahawan tak cari jalan bagiĀ orang suka padanya, alamat susahlah nak naikkan perniagaan.

Formula mujarab untuk berurusan dengan orang lain dengan mudah adalah dengan memastikan orang suka pada anda terlebih dahulu. Bila dia suka, dia selesa nak berkomunikasi dengan anda dan mudahlah nak tawarkan apa yang ada.

Bagi orang suka pada penampilan

Ini perkara utama yang mesti dilakukan terlebih dahulu. Jaga penampilan supaya orang selesa dan tertarik dengan anda. Jangan selekeh dan berbau. Tak ada orang yang suka pada orang lain yang berbau. Malah, orang yang badannya sendiri berbaupun, tak selesa berbual dengan orang lain yang badanya berbau.

Tapi bila penampilan anda dah menarik dan orang sudi nak berbual dengan anda, ada perkara lebih penting yang akan membuatkan orang kekal nak berbual dengan anda lebih lama.

Ianya bergantung pada cara anda berbual. Jika teknik berbual betul, barulah lengkap dan berkesan untuk bagi orang suka pada anda.

6 petua bagi orang suka

Ada 6 petua mujarab yang kalau anda amalkan, mampu membuatkan orang suka dan akan terus suka pada anda. Asalkan anda sering amalkan cara bersembang seperti mana yang saya senaraikan di bawah.

  1. Galakkan orang cakap berkenaan diri mereka – Ini memang terbukti berkesan. Bila anda tanya pasal diri orang yang anda sedang bersembang itu, dia akan lebih teruja nak bercakap berbanding perkara lain. Semua orang suka cakap pasal diri dia. Sebab itu FB dan Insta dipenuhi dengan aktiviti cerita pasal diri sendiri.
  2. Tanya soalan bila nak kritik – Bila anda nak betulkan kesalahan yang berlaku, jangan secara terus. Sebaliknya buat dalam bentuk pertanyaan. Matlamatnya adalah untuk buatkan orang itu sendiri yang menemui kesalahannya dan bukannya anda.
  3. Minta nasihat – Minta nasihat pada orang yang anda berbual, minta pandangannya dengan jujur. Teknik ini amat mujarab untuk membuatkan orang terus rasa sayu dan prihatin pada anda. Bila dah jadi macam tu, perbualan akan jadi lebih intim.
  4. Guna teknik 2 soalan – Kalau nak pastikan orang yang sedang anda berbual itu suka pada apa yang anda nak cadangkan, mulakan dengan soalan lain terlebih dahulu yang positif. Anda boleh tanya soalan seperti perkara paling manis pernah terjadi dalam hidupnya. Kemudian barulah tanya samada dia suka benda yang anda tunjukkan, keseronokkan tadi akan pengaruhi orang itu untuk setuju dan suka dengan tawaran anda.
  5. Ulang 3 ayat akhir – Setiap kali anda berbual dengan orang lain, cuba ulang 3 atau 2 ayat terakhir yang dia sebut. Contohnya jika dia kata ‘kesian kat dia !’, anda perlu ulang ayat yang sama, ‘kesian kat dia !’. Dengan berbuat begitu,anda berikan isyarat yang anda tumpukan perhatian dan mendengar ceritanya serta nak tahu lebih lanjut.
  6. Berikan pujian pada orang lain – Jangan lupa bergossip pasal orang lain ketika berbual. Tapi gossiplah perkara yang positif seperti menceritakan kerajinan orang lain yang anda kenal. tau cerita kepandaian orang lain. Apa saja gossip positif atau pujian anda pada orang lain, orang yang berbual akan membayangkan perkara sama ada pada diri anda. Jadi jangan keji atau kutuk orang lain, semua kutukan negatif itu akan dilihat ada pada anda oleh orang yang anda sedang berbual.

Nampak agak mudah juga nak laksanakan kesemua di atas kan?

Tapi perkara nombor satu tu agak susah sikit sebab biasanya kita terlajak nak cerita pasal diri kita sendiri dan terlupa orang kat depan dah mula rasa muak nak dengar.

Begitu juga bab berikan pujian pada orang lain. Kadang-kadang kita terlajak nak kritik orang lain kalau mood tak baik. Tak perasan orang kat depan akan lihat kita sama macam orang yang sedang kita kritik.

Moga dapat kita amalkan petua mujarab bagi orang suka kat kita di atas tu yang saya ambil dari artikel kat sini

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge