7 sebab kenapa anda perlu belajar menulis

By | 30/06/2012
7 sebab kenapa perlu belajar menulis

Belajar menulis dan mulalah menulis jika anda nak buat perubahan dalam hidup.

Saya sering syorkan pada kawan-kawan yang mahu membuat perubahan dalam hidup, agar memulakan perubahan tersebut dengan membuat satu perkara baru.

Perkara baru tidak semestinya sesuatu yang drastik dan memerlukan pengorbanan yang besar. Pilih saja sesuatu yang mudah yang tidak pernah atau terlalu jarang dilakukan selama ini.

Antara perkara atau aktiviti mudah yang setiap daripada kita mampu lakukan sekarang adalah menulis. (Melainkan anda buta huruf!). Belajar menulis yang saya maksudkan di sini adalah belajar mengamalkan ilmu menulis yang telah lama ada pada kita.

Ramai yang dah mempunyai komputer. Kita gunakan setiap hari untuk membaca berita atau apa-apa saja aktiviti lain seperti bersosial secara maya terutamanya di FB.

Namun jarang sekali kesempatan itu digunakan untuk kita belajar menulis. Kita jarang membuat penulisan yang diolah sendiri yang boleh mendatangkan faedah pada diri kita dan juga orang lain.

Blog merupakan salah satu alat menarik yang mana boleh kita gunakan untuk belajar menulis. Ia digunakan untuk menumpahkan buah fikiran dalam bentuk penulisan yang santai atau serius.

Ada ramai juga yang memang ada keinginan untuk menulis, tapi setiap kali mereka mencuba untuk melakukannya, ada saja masalah datang.

Tiap kali nak belajar menulis di blog, jari jemari mula menjadi kaku, fikiran terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula. Akhirnya ramai yang sekadar menjadi pembaca dan leka melayan FB.

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah seperti itu, mungkin senarai kelebihan menulis ini dapat dijadikan azimat sebagai motivasi untuk belajar menulis dan tanam serta pupuk tabiat menulis:

  1. Menulis mampu membuatkan seseorang menjadi bahagia.
    • Kajian mendapati bahagia dicetuskan oleh 3 faktor berikut di bawah:
      • Aktiviti terancang – 40%
      • Faktor genetik – 50%
      • Keadaan semasa atau suasana – 10%
    • Melakukan aktiviti terancang bagi mencetuskan kepuasan dan kebahagian boleh diberikan tumpuan jika kita mahu hidup tenang dan bahagia.
    • Antara aktiviti seperti itu yang terbukti memberikan kepuasan hidup, ketenangan dan rasa bersyukur adalah dengan belajar menulis sekurang-kurangnya 3 tulisan yang menzahirkan rasa kesyukuran kita dalam bentuk surat atau artikel.
    • Anda boleh buat semua itu pada blog.
  2. Turunkan berat badan dengan menulis.
    • Pelik tetapi benar! anda boleh menguruskan berat badan anda dengan hanya menulis. Ini merupakan penemuan hasil daripada satu kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mahu menurunkan berat badan mereka.
    • Apa yang ada perlu tulis adalah sesuatu yang menyentuh nilai-nilai kehidupan yang anda pandang tinggi seperti disiplin, keyakinan, akhlak yang baik, cara hidup yang sihat dan lain-lain seumpamanya.
    • Kajian mendapati mereka yang berbuat begitu berjaya menguruskan berat badan mereka tanpa disedari.
    • Bukankah itu sesuatu yang hebat yang semua orang boleh lakukan secara percuma dan tidak perlu pergi ke akedemi menguruskan badan?
  3. Merawat kekecewaan akibat perpisahan
    • Perpisahan kebiasaannya mengundang rasa marah, dendam, kecewa dan tidak tenteram.
    • Untuk mengatasi masalah itu, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menulis semula cerita asal terjadinya perpisahan itu.
    • Tulis semula kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan apakah kelebihan atau faktor positif terhadap segala yang telah terjadi.
    • Kajian terhadap mereka yang berbuat sebegitu mendapati mereka berjaya melupakan cerita lama dan memulakan fasa baru kehidupan dengan lebih yakin dan bahagia.
  4. Meningkatkan daya ingatan dan kemampuan belajar
    • Ini juga satu kajian yang telah dibuktikan oleh para pengkaji.
    • Mereka yang menulis karangan tentang apa yang telah mereka alami sebelum ini yang memerlukan luahan rasa serta emosi telah menunjukkan peningkatan daya ingatan yang baik.
    • Peningkatan terhadap daya ingatan berlaku setelah para responden ditugaskan menulis selama 5 minggu.
    • Bayangkan jika anda menjadikan aktiviti menulis sebagai rutin harian dan ia sentiasa dilakukan selama bertahun-tahun, sudah pasti daya ingatan anda meningkat dengan amat hebat sekali.
    • Menulis juga membuatkan daya pembelajaran akan meningkat, namun untuk ini kita perlu lakukan dengan menggunakan pen dan bukannya melalui keyboard.
    • Apa salahnya sekali sekala membuat catitan terhadap idea yang muncul atau maklumat yang anda baca atau dengar, ini diperlukan jika anda mahu tulisan anda bagus.
  5. Menulis membuatkan anda mudah dapat kerja
    • Jika anda baru saja dibuang kerja dan masih dalam trauma dan tak tahu nak buat apa, pastikan anda menulis pengalaman bagaimana anda hilang pekerjaan.
    • Tuliskan segala-galanya dan luahkan perasaan. Nyatakan juga kesan baik serta buruk daripada pengalaman tersebut.
    • Anda sudah tidak perlu pergi kerja, jadi tentu ada banyak masa untuk semua itu.
    • Kajian kepada mereka yang dibuang kerja lalu disuruh menulis apa yang saya nyatakan di atas mendapati mereka yang menulis berjaya mendapatkan pekerjaan jauh lebih cepat dan baik daripada yang tidak menulis.
  6. Mempercepatkan penyembuhan luka fizikal
    • Bunyi macam pelik sedikit tetapi itulah yang berlaku apabila mereka yang luka disuruh menulis dan meluahkan pengalaman mereka ketika mengalami trauma.
    • Satu kumpulan lagi yang turut sama luka disuruh menulis tentang pengurusan masa didapati tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding mereka yang menulis pengalaman trauma.
  7. Meningkatkan daya saing
    • Jika kita alami tekanan kerana terpaksa menghadapi cabaran temuduga atau peperiksaan atau sebagainya, selesaikan semua itu dengan menulis dengan terperinci apa yang anda risaukan.
    • Mereka yang berbuat begitu ternyata jauh lebih baik melalui cabaran tersebut berbanding yang tidak menulis.

Banyak lagi kesan positif yang mampu diraih jika anda mula belajar menulis.

Antaranya adalah seperti memperbaiki perhubungan, mencapai sasaran atau matlamat, melupakan kenangan pahit masa lalu dan banyak lagi.

Kalau nak disenaraikan sudah tentu menjadi terlalu panjang. Jadi bagi mereka yang memang ada keinginan untuk belajar menulis tapi masih tak buat-buat sampai sekarang, diharapkan senarai panjang di atas mampu memberikan anda motivasi.

Apa lagi belajar menulislah sekarang…!

7 thoughts on “7 sebab kenapa anda perlu belajar menulis

  1. nazrimi

    teringin aje nak menulis..tapi selalu takde idea..
    terapi yang bagasu untuk kesihatan juga ye..
    insyaAllah..tingkat kan azam dan berusaha untuk menulis..

    Reply
  2. Hazlen Jisan

    Masyallah. .idea yg bagus..saya akan mula menulis balik utk memberi nilai pd diri dan org lain melalui pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ni..terima kasih atas pandangan tuan.

    Reply
  3. AkmaOmar

    Saya memang suka menulis & membaca. Kalau kita amalkan minda kita peka dengan persekitaran.

    Saya tak pasti menulis memerlukan minat..tetapi pada saya menulis adalah rutin yang boleh dilakukan setiap hari sebab kita boleh dapat idea dari melihat faktor sekeliling kita 🙂
    AkmaOmar recently posted…Teknik Pengucapan Awam Yang BerkesanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge