8 tabiat orang kreatif untuk diamalkan

By | 16/02/2016

jadi kreatifApakah amalan atau tabiat orang kreatif ?

Ada yang berpendapat, orang kreatif itu dilahirkan untuk menjadi kreatif.

Bagi mereka, kreatif itu adalah hasil dari bakat semula jadi.

Tapi saya percaya bahawa semua insan yang dilahirkan normal mempunyai sifat kreatif bersama dengannya. Ertinya semua orang berupaya untuk jadi kreatif dan ianya bukanlah satu bakat terpilih.

Anda, saya dan semua orang lahir semula jadi kreatif !.

Usahawan perlu jadi orang kreatif

Ada banyak soalan macam mana nak mula berniaga yang saya dapat dari mereka yang memang benar-benar nak jadi usahawan.

Soalan paling popular mereka adalah nak berniaga tapi langsung tak ada idea nak niaga apa ?

Saya rasa masalah sebenar orang yang bertanya soalan sebegitu bukanlah masalah tak tahu nak berniaga apa.

Sebaliknya masalah sebenar mereka adalah tidak menggunakan sifat kreatif yang memang dah ada padanya.

Jadi kalau nak selesaikan masalah tak tahu nak niaga apa, anda hanya perlu jadi orang kreatif.

Apa yang diperlukan hanyalah tonjolkan semula sifat kreatif yang ada dalam diri. Keluarkan dan amalkan sikap tersebut dan jangan biarkan dia terpendam berkarat.

Berikut saya kongsikan 8 tabiat yang boleh anda amalkan untuk mengeluarkan semula daya krativiti yang memang dah ada dalam diri anda selama ini.

Saya petik idea ini dari buku terbaru yang sedang saya baca bertajuk, “Creative Confidence”. Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh usahawan.

8 Tabiat orang kreatif

#1. Orang kreatif memilih untuk jadi kreatif

Jika anda sering dimarahi oleh ibubapa, guru dan lain-lain selama ini sebab nakal, anda sebenarnya adalah kreatif.

Bila besar, anda mula pendamkan sifat nakal tersebut sebab takut atau fobia kena marah.

Sebenarnya anda pendamkan sifat kreatif yang ada dalam diri. Oleh itu mula dari sekarang pilihlah untuk menjadi kreatif.

Hanya dengan buat keputusan untuk jadi kreatif anda boleh pergi ke langkah seterusnya.

#2. Orang kreatif sentiasa anggap dirinya seorang pengembara

Pernahkah anda pergi mengembara ke mana-mana tempat baru yang belum pernah anda pergi?

Apa yang berlaku dalam pengembaraan tersebut terutamanya dari segi kepekaan segala deria ?

Biasanya anda akan perhatikan segala yang berlaku disekeliling dengan penuh minat. Berbagai perkara baru yang membuatkan anda memberikan perhatian.

Orang baru, pemandangan baru, budaya baru dan berbagai perkara menarik yang serba baru lagi yang mampu membuatkan anda menjadi seorang pemerhati yang prihatin serta amat menghalusi sikapnya.

Sekarang cuba fikirkan keadaan anda di tempat sendiri yang biasa sangat anda lalui. Anda menjadi seorang yang tidak peka. Anda rasa dah tahu semua yang berlaku dan apa yang ada sekeliling anda.

Orang kreatif tidak begitu.

Mereka pemerhati yang hidup. Ada saja perkara yang menarik minat mereka walaupun berulang kali melakukan perkara yang sama.

Anggaplah diri anda sebagai pengembara dan ambil perhatian pada semua persekitaran sekeliling. Jangan anggap ada sudah tahu semuanya lalu merasakan tak perlu berikan perhatian lagi.

#3. Orang kreatif izinkan diri mereka hanyut berkhayal

Bila seseorang itu dilihat leka seperti tidak sedar, kita labelkan keadaan itu sebagai sedang berkhayal. Agak malang sedikit apabila perkataan berkhayal sebegitu mendapat imej yang kurang baik, tambahan lagi jika di sekolah.

Maksud sebenar aktiviti berkhayal ini adalah aktiviti relaks dan tenangkan diri yang sengaja dibuat untuk menghanyutkan fikiran.

Dengan melakukan aktiviti itu minda akan mampu menghubungkan perkara-perkara yang baru yang selama ini terpisah. Itu merupakan penjanaan idea baru.

Banyak perkara atau idea baru ditemui ketika aktiviti hanyut berkhayal ini. Malah banyak penyelesaian terhadap masalah besar yang berat juga ditemui ketika orang sedang hanyut berkhayal.

Saya suka juga buat aktiviti hanyut berkhayal ini. Biasanya berlaku ketika memandu kereta dalam perjalanan jauh seorang diri. Ini merupakan satu aktiviti yang amat menyeronokkan.

Ketika berjalan kaki setiap pagi di taman juga, fikiran saya sentiasa akan dibiarkan hanyut berkhayal. Biasanya anyak idea penulisan dan idea menyelesaikan masalah perniagaan ditemui ketika aktiviti ini.

#4. Orang kreatif sentiasa cuba memahami kehendak orang lain

Apa tujuannya menjadi kreatif ?

Sudah tentu untuk mencari jalan atau pendekatan bagi menjadikan kehidupan kita dan manusia lain menjadi lebih baik.

Untk menjayakan usaha itu, tidak ada jalan lain yang lebih tepat kecuali dengan cuba meletakkan diri kita dalam keadaan orang lain. Itu dapat memberikan kefahaman yang lebih tepat dan mendalam bagaimana orang rasa dan bagaimana cara orang berfikir.

Untuk jadi orang yang kreatif, amalkan tabiat untuk sentiasa berusaha menyelami perasaan orang lain dan memahami cara mereka berfikir.

#5. Orang kreatif sentiasa turun padang

Aktiviti turun padang amat penting untuk melakukan usaha penelitian dan pemerhatian. Ini ada kaitan dengan tabiat #2 di atas tadi.

Anda tidak perlu pergi ke tempat baru untuk menjadi pengembara yang peka memerhatikan persekitaran sekeliling. Boleh pergi ke tempat yang biasa anda pergi dan cuba berikan perhatian terhadap sesuatu cara.

Biasanya orang kreatif akan membayangkan apa yang dia anggap biasanya berlaku terhadap sesuatu perkara, kemudian dia akan turun padang dan memerhati perkara tersebut untuk dibandingkan samada apa yang dia anggap itu sama atau tidak.

#6. Orang kreatif sentiasa tanya soalan kenapa?

Ini satu lagi tabiat orang kreatif. Macam zaman kita kanak-kanak dahulu. Apa saja perkara yang dilihat atau dinyatakan kita akan tanya kenapa ?

Kenapa buat begitu? kenapa jadi begitu? kenapa pergi ke situ dan seribu satu soalan lagi…. akhirnya kena marah !.

Tapi itulah sebenarnya aktiviti orang kreatif. Dia mahu pastikan apa yang dilakukan mempunyai sebab yang konkrit dan bukanlah sekadar ikut-ikutan.

#7. Orang kreatif sentiasa merangka semula konsep

Masalah dan soalan adalah saling berkait antara satu sama lain. Apabila ada masalah, biasanya kita akan merangka soalan untuk menjawab masalah tersebut.

Saya pernah cerita bagaimana para saintis Amerika menghadapi masalah menulis menggunakan pen ketika berada di angkasa raya bebas dari graviti.

Dari masalah itu mereka terus bertanya soalan, ” bagaimana dapat direka sebatang pen yang mampu digunakan di angkasa ? ”

Orang kreatif tidak akan terburu-buru sebegitu. Mereka sentiasa merangka semula soalan untuk mendapatkan perspektif yang berbeza.

Soalan lain yang boleh para saintis di atas bertanya adalah, ” bagaimana nak menulis di angkasa ?”. Itulah soalan yang rakan mereka dari Rusia bertanya terhadap masalah yang sama.

Hasilnya saintis Amerika habiskan beratus juta dollar untuk mencipta sebatang pen yang mampu digunakan di mana-mana saja.

Manakala rakan Rusia mereka tak perlu keluarkan apa-apa kos langsung untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka gunakan pensil untuk menulis di angkasa !.

#8. Orang kreatif suka kawan dengan mereka yang kreatif

“Enggang sama enggang, pipit sama pipit”, itu memang dah jadi lumrah.

Tapi itu haiwan !

Manusia boleh memilih dan buat keputusan. Bagi mereka yang kreatif, mereka akan buat keputusan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang juga sama kreatif.

Jika anda juga mahu keluarkan bakat kreativiti anda, maka pergilah berkawan dengan kawan-kawan yang kreatif juga.

Dan paling penting mereka bukan saja kreatif, malah menggalakkan kreativiti menjadi budaya dan gaya hidup.

8 tabiat untuk anda amalkan

Itulah 8 tabiat yang boleh diamalkan jika anda mahu keluarkan semula bakat kreatif yang memang dah ada tertanam dalam diri anda sekarang.

Selamat mencuba !

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

12 thoughts on “8 tabiat orang kreatif untuk diamalkan

  1. Mas Safari Ayob

    Itulah… dah lama sebenarnya saya ni kreatif… tapi takut untuk berkogsi idea…. haa..haa.. Untuk pembaca budiman yang mencari pendapatan tambahan di saat ekonomi meleset ni.. boleh cuba mendaftar diri di :
    http://csl.ink/1ePP ……….semuanya adalah percuma, pelaburan tidak diperlukan untuk menjana wang (USD) tetapi perlukan pemahaman ‘basic’ bahasa Inggeris..

    Reply
  2. Hawa

    Salam…sangat setuju bila anak2 atau murid nakal ini selalu kena marah sebab banyak buat ‘hal’. Itu yang membantutkan kreativiti mereka. Sepatutnya perlu salurkan ‘kenakalan’ itu ke arah yang bermanfaat supaya bila dewasa mereka akan kekal kreatif.
    Hawa recently posted…10 Idea Pallet Terbuang Untuk Kebun Sayuran Organik !My Profile

    Reply
    1. Shubhi Post author

      itu perkara biasa bila orang kreatif bertemu dengan orang yang terikat dengan gaya hidup ikut-ikutan

      Reply
    1. Shubhi Post author

      Perlu dilihat pula pada makna ‘malas’ dan ‘berserabut’ yang orang labelkan itu. Ramai kawan saya yang kreatif mereka rajin dan tersusun kehidupannya !

      Reply
    1. Shubhi Post author

      Kalau dah memang ada rakan-rakan yang kreatif tu kira dah ok, asalkan kerap bertemu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge