9 cara mudah kekal sihat dan elak sakit

By | 10/06/2012

_DSC5331Semua orang sudah tentu ingin kekal sihat bertenaga dan mengharapkan diri dijauhkan daripada sakit. Bagi mereka yang ada duit lebih daripada mencukupi, duit itu disalurkan kepada pembelian ubat-ubatan dan juga pil pemakanan tambahan yang banyak dijual di farmasi.

Jika memang duit banyak, pembelian seperti itu tidak menjadi hal, walaupun ia sebenarnya kurang bijak.

Tetapi ada juga yang duit mereka, hanya sekadar cukup makan, masih nak beli suplemen sebegitu. Dan pembelian pil-pil seperti itu yang kebiasannya amat mahal, membuatkan kehidupan menjadi tertekan sebab tak cukup duit.

Jika anda setuju dengan pendapat saya tentang kekayaan, cara mudah untuk menjadi kaya adalah dengan  mengurangkan keperluan. Salah satu dari cara nak kurangkan keperluan dalah dengan elakkan diri dari membeli pil-pil makanan tambahan.

Tambahan lagi keperluan seperti pil pemakanan tambahan lebih cenderung kepada rekaan dalam minda kita semata-mata. Semua itu adalah hasil dari terpengaruh dengan iklan yang sering merosakkan kehidupan yang sepatutnya boleh diringkaskan.

Sistem badan semulajadi kekal sihat

Sebenarnya sistem badan kita amat cemerlang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan dengan sendiri. Ia boleh diperkuatkan lagi melalui perkara-perkara mudah, yang boleh kita amalkan.

Dan yang paling menggembirakan sekali adalah, hampir kesemua aktiviti itu dapat kita lakukan dengan mudah dan percuma. Jika ada daripada kalangan kita yang masih mahu memberikan berbagai alasan untuk mengelakkannya, tidak ada siapa lagi yang dapat membantu anda.

Berikut antara senarai perkara-perkara yang boleh mengekalkan kesihatan dan juga mampu mengelakkan diri kita daripada jatuh sakit.

  1. Menziarahi orang yang sakit walaupun sekadar demam selsema membuatkan badan kita secara semulajadi memperkuatkan sistem ketahanan badan. Kesan yang sama juga terhasil walaupun kita sekadar melihat photo orang yang sakit. (Sumber: “Mere visual perception of other people’s disease symptoms facilitates a more aggressive immune response.” dari Psychol Sci. 2010 May;21(5):649-52. Epub 2010 Apr 2.)
  2. Membelai binatang peliharaan seperti anjing atau kucing dapat menguatkan sistem ketahanan badan kita. Ia tidak semestinya kucing sebenar, malah sekadar patung anak kucing juga dapat memberikan kesan yang sama. (sumber dari buku: “59 Seconds: Change Your Life in Under a Minute“)
  3. Bersenam. Ini tak payah nak diterangkan lagi, semua orang tahu mengenai kelebihan bersenam tapi malangnya kita lebih suka mencari alasan kenapa kita tidak dapat bersenam daripada mencuri masa  untuk melakukan senaman.
  4. Elakkan daripada hidup dengan tertekan. Tekanan atau stress adalah salah satu daripada punca terjadinya kacau bilau dalam sistem ketahanan badan kita. Salah satu daripada cara mengelakkan tekanan hidup adalah dengan mengamalkan kehidupan yang ringkas mudah dan sederhana.
  5. Menulis. Ya! tentu anda terkejut mendapat tahu bahawa menulis boleh membantu anda menjadi sihat. Kajian mendapati mereka mencurahkan dengan tulisan kisah kehidupan trajik atau trauma yang telah mereka hadapi sebelum ini dapat meningkatkan tahap kesihatan. Ini berikutan kajian yang menemui masalah kesihatan kita ada hubung rapat dengan kisah zaman silam dan juga trauma kehidupan yang telah kita lalui. Jadi untuk sihat, ceritalah pengalaman anda. (Sumber: Disclosure of traumas and psychosomatic processes.” from Soc Sci Med. 1988;26(3):327-32.)
  6. Tidur dengan secukupnya. Tidur sebenarnya salah satu daripada keajaiban sistem pemulihan tubuh badan manusia. Tidur secukupnya jangan disalah faham dengan belasah tidur cukup-cukup sampai lebih daripada 8 jam sehari.  Jika anda seorang yang kaki jaga malam seperti spesis burung hantu, pastikan anda gantikan semula pada waktu tengahhari.
  7. Bahagia. Ya! hanya mereka yang bahagia sahaja kebiasannya sihat. Mereka yang tidak bahagia kebiasannya dilanda berbagai penyakit, pening, sakit urat, pitam, stroke dan lain-lain. Jangan anda berikan syarat seperti “aku akan bahagia, jikalau kesihatan aku pulih semula”. Sebaliknya anda perlu buat keputusan untuk bahagia sekarang juga walau apapun yang terjadi, kesihatan tentu akan menyusul.
  8. Placebo membuatkan rawatan yang anda ambil kerkesan 4 kali ganda daripada biasa. Walaupun anda tahu ianya hanyalah placebo, ia tetap berkesan.
  9. Jika anda masih tidak sihata sekali sekala, pastikan anda berjumpa doktor yang baik hati dan anda suka, kerana ia lebih banyak membantu untuk mempercepatkan kesihatan anda berbanding dengan doktor yang biadap, berlagak atau tidak anda sukai.

Marilah kita amalkan semua yang saya sebutkan di atas agar kita tidak lagi membuang masa untuk memikirkan tentang kesihatan kita.

Kita juga dapat mengurangkan kos ubat merawat sakit dan wang tersebut dapat kita gunakan untuk menabung dan seterusnya mencapai status cemerlang manusia yang hidup ringkas.

2 thoughts on “9 cara mudah kekal sihat dan elak sakit

  1. Zam

    Woww… ni tips yg rare tapi aku suka! Thanks bro bihi.. aku duk kulim, bila hang mai lalu sini roger la aku. Nak sgt jumpa hang sembang bisnes.. 01119622878 zam. Kol tau. 2 Minggu ni hari2 aku layan blog hang, buat nota hehe best giler, semangat berkobar ni. Kol tau!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge